Rezeki memang tak pernah salah alamat, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bangga dan syukurnya terhadap pencapaian akademik anak sulungnya, Airit Rayyan baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Rita di laman Instagram memaparkan anaknya itu yang sedang mengambil anugerah di sekolah. Rita juga kelihatan bersungguh merakam momen tersebut sebagai kenangan.
Baginya, hadiah ulang tahunnya tahun lepas yang diberi oleh Rayyan adalah dengan berjaya menempatkan diri di MRSM dan tahun ini pula dia dihadiahkan dengan sesuatu yang membanggakannya sebagai seorang ibu.
“Tahun ni Ryan bg hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi. Syukur Alhamdulillah.
Ads
“Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku, sudah memadai. Rezeki Ramadan,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Rita tak terlepas untuk memanjatkan rasa syukurnya dan sempat memberi kata-kata semangat untuk anaknya itu.
Ads
“Mommy tak mintak lebih cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yg kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita,” tambahnya.
Rita juga memberi pesanan agar menjadi yang terbaik bukan untuk memuaskan hati orang lain malah, untuk diri sendiri.
Untuk rekod, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola tempatan, Aidil Zafuan pada Disember 2008 namun rumah tangganya berakhir pada 5 September 2013. Mereka turut dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki daripada hasil perkahwinannya ini.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mempunyai hobi sememangnya menyeronokkan dan banyak manfaatnya. Antaranya dapat mengurangkan perbelanjaan membeli sayur-sayuran. Namun, berkebun ada cabarannya seperti serangan haiwan perosak tanaman.
Sudah tentu kita rasa ralat apabila sayuran di tanam tidak membuahkan hasil yang ‘sempurna’.
Namun kini pelbagai petua dikongsi dimedia sosial menghalang haiwan perosak ini. Selain dibeli dikedai, pelbagai petua alami digunakan malah kos pun murah. jimat!
Ikuti cara seorang wanita ini yang menggelarkan dirinya ‘nenek’, menerusi facebooknya, Siti Samsiah dengan memberi petua mudah untuk mengelak serangan ulat yang mengakibatkan daun bayam brazil rosak.
Pagi ni nenek nk kongsi cara nnek mengatasi masalah ulat yg suka sgt meratah daun bayam brazil. Jgn pulak ada yg tanya belalang.. benak….semut…anai2…atau utk pokok lain yg tu nnek belum buat ujikaji ya… Nnek kongsi bab ulat jer ni. Aritu ada jugak nnek dh bgitau tapi mungkin tak perfect. Ramai yg tanya itu ini. Nnek sebut camca teh pun ramai yg tak fhm.
Kali ni hrpnya semua dpt memahami. Insyaallah kita usaha DIA yg tentukan.
Panduan ada di gambar.
Rebus satu camca kecil bunga cengkih (1 sudu kecil) dgn 1 liter air sampai mendidih. Sejuk kan. Tapis. Terus guna jangan di tambah air lgi. Sembur pd bayam brazil 2 ke 3 kali dlm seminggu ikut suka awal pgi atau lewat ptg. Sembur hari2 pun lgi bagus sampai nmpk pucuk baru tak di mkn ulat.
Boleh nmpk kesan di mkn ulat pd daun lama tu. Daun baru dh elok cun melecun.
Dah pulih daun-daun selepas disembur air rebusan cengkih.
Mudah aje kan. Barulah seronok dan semangat nak bercucuk tanam.
Bila bergelar ibu bapa ni, pelbagai kerenah anak-anak ditempuhi. Namun nak didik anak-anak kenalah bermula dari rumah. Perkongsian dilaman facebook bapa ini, MohdFhais ini amat bermanfaat apabila berkongsi peraturan mendidik anak-anak di rumah. Jom semak catatannya.
4 Peraturan Penting Mendidik Anak di Rumah.
Benda ni nampak simple, tapi kesan dia sangat besar dalam diri anak-anak.
Kalau anak malas pergi sekolah, selalu tidur dalam kelas, lambat tangkap semasa cikgu mengajar maka semak la semula 4 peraturan ni.
Ada atau tidak.
Menurut hasil dapatan dari ceramah Dr Shukri Abdullah semalam ini 4 peraturan yang wajib ada dalam setiap rumah.
1. Perihal Solat Didik anak solat ni penting. Kalau tak ajar anak hormat agama, hormat Allah, makanya susah juga dia nak hormat mak ayah.
Apatah lagi cikgu di sekolah, lagi la tak di hormatinya. Bila tak hormat mulalah kena marah sikit berdendam, cikgu mengajar di depan dia tidur.
Sujud ini yang akan bentuk anak kita jadi manusia cemerlang. Tak bongkak, tak keras kepala dan mudah di lentur. Percayalah mak ayah sekalian.
Solat banyak manfaatnya. Salah satunya ialah ia mendidik anak tentang displin. Solat kena ikut waktu, dan tepat pada waktunya. Tak boleh ikut suka hati nak solat. Ini displinnya.
Jaga solatnya maka terjaga akhlaknya.
2. Perihal Belajar Pastikan ada waktu belajar semasa di rumah setiap hari, setiap minggu. Tegas beliau lagi, belajar bukan buat kerja sekolah sahaja. Kalau tak ada kerja sekolah tak perlu belajar.
Bukan begitu!
Kerja sekolah tu hanya latihan, untuk memantapkan lagi pemahaman apa yang di belajar di sekolah.
Selain tu, anak kena buat sendiri ulangkaji pelajaran, baca buku berulang kali, buat latihan tambahan dan latih tubi sebanyak yang mungkin. Ini maksud belajar di rumah.
Mak ayah kena beri sokongan penuh. Semasa anak belajar jauhkan segala gangguan, tutup televisyen, tutup handphone. Ini berkenaan masa depan anak kita juga.
Pengorbanan mak ayah hari ini boleh jamin masa depan anak-anak.
3. Perihal Tidur Tidur kena cukup. Tidur kena awal. Jam 9-10 malam mesti kena tidur dah. Baru anak tak susah nak bangun pagi. Bangun pun tak layu. Jangan ajar anak tidur lewat walaupun cuti sekolah.
Dah terbiasa tidur lewat nanti susah nak hilangkan tabiat tu. Tabiat nak buang bukan mudah. Boleh bergaduh bab tabiat ni. Dendam pun ada.
Sebelum tidur jauhkan pengaruh skrin seperti televisyen, handphone, tablet dan sebagainya. Benda ni semua parasit. Parasit ni la yang akan hasut mata anak kita untuk terus leka main games, tengok video dan main media sosial.
Lagi satu penting! Jangan bagi anak bawa telefon masuk bilik tidur. Percayalah, mereka tak tidur. Mesti main handphone punya sampai ke tengah malam.
Tidur ni kalau betul-betul jaga boleh jadi penawar segala penyakit termasuk penyakit malas dan ketagihan. Kalau sanggup tak tidur main handphone maknanya anak dah sakit la tu.
4. Perihal Sarapan Anak yang tak bersarapan waktu pagi akan pergi sekolah dengan otak seakan sama seperti orang tua umur 70 tahun.
Lembap, tak fokus dan mudah berangan !
Ini punca anak tak bertenaga semasa di kelas. Bukan sahaja fizikal tapi mental juga. Cikgu mengajar dia lambat tangkap, dalam kelas boleh tertidur dan paling parah cikgu mengajar tapi fikiran dia melalut perkara lain.
Remeh je kan sarapan ni, tapi kesan dia amat dasyat sekali.
Saranan beliau lagi, sarapan paling baik waktu pagi makanan yang ada protein seperti ikan, telur, ayam, kekacang, daging dan susu.
Selain perut kenyang, otak anak pun lebih cergas dan mudah tangkap bila belajar. Insyaallah.
Begitulah, sebenarnya kalau nak anak kita jadi hebat di dunia yang luas ini mulanya mesti dari rumah.
Mak ayah la kena tunjuk contoh teladan yang betul. Bak kata pepatah, kuih mesti ikut acuannya kan.
Kalau kita boleh ikut 4 peraturan ni dengan baik, nescaya anak pun tak akan banyak beri masalah pada kita kelak.
Belum terlambat untuk berubah, nak anak berubah kita kena berubah dulu.
Sumber: FB Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuti sekolah ni pastinya ibu ayah tidak akan melepaskan peluang untuk membawa anak-anak bercuti. Tentunya percutian yanga ada kolam atau taman tema. Kebiasaannya, anak-anak akan bermain air dalam tempoh yang lama ekoran teruja dengan percutian yang dinantikan sekian lama.
Namun, disebalik keseronokkan itu, ibu bapa kena pastikan anak mandi dalam kolam dalam keadaan terkawal supaya tidak berlaku beberapa risiko kesihatan kepada anak-anak. Perkongsian Doktor di laman facebooknya DrEzairyM.Sallih sungguh bermanfaat supaya ibu bapa dapat mengenal pasti masalah kesihatan anak-anak terutama setelah balik daripada bercuti.
Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.
Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui.
Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.
1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.
2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?
3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.
4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.
5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.
Rujuk gambar : pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.
Mari #kongsi info ini kepada orang yang kita sayang. Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.