“Rezeki & Nikmat Allah, Mentua Terima Dulu & Sekarang.” Walau Berbeza Agama, Nana Mahazan Syukur Ibu Mentua Sokong Berhijab

Share

Pengacara Nana Mahazan  mendedahkan,  ibu mertuanya, antara sebab dia memutuskan untuk mengenakan hijab adalah kerana ingin menjadi muslim yang lebih baik.

Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini, dia pernah mendapat pertanyaan daripada ibu mertuanya mengenai keputusannya untuk berhijab.

“A short story i would like to share will all of you. After my hijrah, MIL asked me (twice), why now i put my hijab on? I answered, i want to be a better servant to my creator.

“And then she said, being a better person isn’t it from the heart, ur attitude, ur behavior? Not how u look right?

“Masa tu macam tak sure nak jawab macam mana sebab betul kan, jadi baik ni is beyond just how we look. It is how we act, apa yg kita buat, cakap, kiranya keseluruhan sebab tu ianya harus selari.

“Istiqomah bukan sahaja dari berpakaian. Amal ibadat. Percakapan. Adab. Tingkah laku,” ujar Nana lagi.

Perkongsian tersebut dimuatnaik Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan menerusi laman Instagramnya.

Justeru, dia harus menjelaskan mengenai perkara tersebut memandangkan ibu mertuanya itu bukan beragama Islam.

Begitupun, Nana bersyukur kerana dikurniakan ibu mertuanya yang sangat memahami dan sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya.

“Well susah nak explain sebab my MIL is non muslim kan. Her concern macam tak panas ke? Hehehe.. but i did say, i want to be A BETTER ME. A new version of me yang trying to please my Almighty. Secara keseluruhan.

“Syukur alhamdulillah, MIL saya sgt supportive. Dari dulu. She accepted me for who i am dulu dan sekarang. Rezeki dan nikmat Allah, MIL dan saya sangat baik. Takde masalah.

“I am far from perfect, but i am trying on daily basis to improve myself. To be a better muslim. Doakan,”  pohon Nana yang mula berhijab pada Ogos yang lalu.

Sumber: Nana Mahazan