Rahsia sedekah, membawa rezeki melimpah ruah buat wanita ini. Nyata segalanya ketentuan Ilahi. Tidak menyangka niat ikhlas sedekah hanya RM14, telah menjemput rezeki berlipat kali ganda.
Nyata, rezeki tidak salah alamat buat wanita ini. Ikuti perkongsian Nurull Azliza Nordin ini. Moga kita pun dimurahkan rezeki sepertinya.
“BERANGKATKAN UMRAH BUAT ANAK INI.”
“Sedekah cuma RM14…Kuasa Allah akhirnya dibalas tunai hingga RM14,290!”
Subhanallah!
Allahuakbar!
Wahai Allah, jadikanlah cerita ini asbab hidayah buat diriku dan umat ini.
“Kita tadahkan tangan dan panjatkan doa, meminta kepada pemilik segala-galaNya. Pasti tidak akan sesekali sia-sia. Bahkan, semua itu ada nilainya di sisi Allah SWT.”
Petang itu, saya ke masjid. Duduk beriktikaf sambil termenung sendirian. Memikir, merenung nasib diri. Sudah beberapa hari jatuh sakit (demam aje pun) tapi masih belum kebah. Bahang kepanasan masih terasa hingga ke pelupuk mata. Hidung berair dan tersumbat. Selesema. Sesekali, bila nak bernafas terasa seolah-olah dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Tiap kali bersin, mulalah imaginasi tahap tinggi. Risau andainya jantung terus berhenti. Tettttttttt…..Mulalah rasa takut nak mati. Baru nak ingat Tuhan.
Saya pandang skrin telefon. Wallpaper saya agak serabut dipenuhi angka-angka. Sengaja saya jadikan poster Umrah Ramadhan sebagai wallpaper supaya setiap kali ‘log in’ telefon, dapat mengingatkan diri saya bahawasanya tarikh berangkat umrah dah semakin hampir. Mata saya tertumpu pada bahagian kanan di sudut bawah sekali.
Harga pakej 41hari Ramadhan Syawal: RM14,290.00
Tarikh berlepas: 03 Mei 2019.
IMBAS KEMBALI
Segala-galanya bermula apabila saya secara tidak sengaja ‘terhadir’ ke kursus ejen umrah Syarikat Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd. Niat asalnya cuma nak teman seorang sahabat FB. Itupun tak pernah bersua muka. Tunggu punya tunggu, sahabat saya ini terpaksa datang lewat atas alasan tertentu. Nak taknak, terpaksa juga saya masuk belajar. Sesi awal kursus, saya kerapkali dijadikan ‘bahan eksperimen’ ustaz. Dahlah saya terpaksa duduk meja hadapan sekali, diri pula langsung tak bersedia apa-apa. Mekah dan Madinah pun belum pernah sampai. Tup tup, asyik kena jawab soalan.
Cerita tentang jarak hotel, nombor pintu sekian sekian, King Abdul Aziz…King apa lagi, saya pun tak tahu. Terkebil-kebil mata pura-pura faham. Teringat saya saat Ustaz Naemi bertanyakan tentang nama masjid yang berkubah hijau di Madinah..suka hati saya jawab Masjid Quba’. Main tembak aje. Nak jawab masjid Assobirin AU5 kang…nampak tak ‘international’ pula. Malu Ya Rabbi. Hakikatnya, memang Assobirin aje yang saya tahu. Memang kubah hijau pun! (Jawapannya: Masjid Nabawi)
TAKDIR ATAU ALLAH?
Sepanjang kursus, biarpun saya sering dijadikan ‘bahan’, namun hati saya begitu tersentuh dan terkesan dengan kata-kata Ustaz Naemi, salah seorang Mutawwif Harmony.
Teringat lagi dialog di antara kami berdua.
Ustaz: Macammana awak boleh datang sini?
Me: Takdir bawa saya ke sini.
Ustaz: Siapa yang cipta takdir?
Me: Allah.
Ustaz: Siapa yang gerakkan takdir?
Me: Allah.
Ustaz: Jadi, awak ada disini sebab takdir ke sebab Allah?
Me: Sebab Allah.
Ustaz: Allah tak pilih semua orang. Allah cuma pilih dan jemput orang yang istimewa aje. Dan bila Allah dah jemput, jalan ceritanya pandai-pandailah Allah nak reka. Logik Allah tak setanding logik manusia.
Lebih kurang begitu bunyinya.
Fuhhh….
Hati terus berbunga-bunga. Terasa diri begitu istimewa. Pasti Allah yang ‘jemput’ saya datang hari ni. Terus saya tanamkan azam untuk jadi tetamu Allah dan nak berdakwah agar ramai lagi mereka di luar sana yang berkemampuan agar bersegera pergi menunaikan Umrah/Haji. Jangan tangguh-tangguh lagi. Rugi.
MULA BERDAKWAH
Sejak peristiwa itu, saya mula menulis di fb berkaitan umrah. Dakwah dan dakwah. Sehinggalah pada suatu hari, saya menulis berkaitan 6 Tips Dipilih Menjadi Tetamu Teristimewa Allah (Olahan semula daripada tips Uncle Hashim). Ramai juga yang ‘share’. Saat itu, terdetik rasa bersalah di hati. Saya dakwahkan orang sedangkan saya sendiri pun tak amalkan tips tersebut. Dalam 6 tips tersebut, ada satu tips yang saya belum buat iaitu beranikan diri untuk bayar deposit (sebagai komitmen untuk pergi umrah). Bila saya kerap menulis berkaitan umrah, ada suatu saat..saya terkesan dengan dakwah sendiri. Waktu itu, saya mula menangis. Menangis sepenuh hati. Sebelum ini, ada azam nak pergi umrah tapi taklah sekuat azam sekarang ini. Rasa diri jahil, hina, berdosa dan segala macam. Kata orang, nak berubah jadi baik kena istiqamah 40hari dekati Allah. Saya bertekad untuk umrah 41hari ramadhan syawal dengan harga pakej RM14,290. Errrr…korang rasa, saya mampu ke nak bayar??? Lols ?
DEPOSIT ATAU SEDEKAH?
Nak dijadikan cerita, bulan tersebut saya dah pasang niat untuk bersedekah RM1K untuk umrah fakir miskin. Pada masa yang sama, timbul niat nak bayar deposit umrah. (Sepatutnya deposit perlu cukupkan RM1K). Sekali lagi, serba salah saya dibuatnya. Nak bersedekah atau nak bayar deposit umrah?
Mujur ada sahabat-sahabat baik yang sering mendengar dan sudi memberi pandangan di saat saya keliru dalam membuat keputusan Nur FatihahAwang Amalina Huraiyah Siti Nurhanim Musminah Binti Mustain Nur Aisyah Amira Nordin. Soalan mereka mudah. Yang mana datang dulu? Niat bersedekah atau niat umrah? Akhirnya, saya berkeputusan untuk sedekahkan RM1K buat fakir miskin. Manakala, untuk deposit umrah saya cuma mampu bayar RM429 sebagai deposit permulaan. Ambil pakej RM14,290 sedangkan bayar deposit cuma RM429. Korang rasa, tak ke segan? Muka ni dah macam siput sedut nak sembunyi dalam cengkerang. Disedut-sedut pun taknak keluar. Umpama ditabur-tabur garam, biarlah mati dalam cengkerang. Malu nak tunjuk muka lagi. Sehinggakan sahabat yang menemani saya berkata, “lepasni aku taknak teman hang lagi. Malu oiii malu. Mana nak letak muka ni. Beriya ambil pakej paling mahal. Acah-acah orang berduit. Padahal..wassalam..” ?
Januari…
Februari…
Mac…
Saya pulang ke kampung. Bercuti. Dalam masa yang sama, saya ke UTC untuk renew passport antarabangsa. Disebabkan passport asal tertinggal di KL, terpaksalah saya declare passport hilang semata-mata nak minta mak abah ‘selawatkan’ passport saya.
“Mak, abah.. tolong pegang passport ni dan selawatkan sikit. Biar boleh ‘terbang’ Ramadhan nanti. Nak pergi umrah 41hari ni!”
Pinta saya.
Biarpun wajah mereka separuh redha, nak tak nak mereka turuti juga. Dah tahu dah perangai anak mereka yang seorang ni, selagi tak layan, selagi itulah dipaksa-paksa. Huhu.
OK OK..SAMBUNG SEMULA CERITA IKTIKAF DI MASJID TADI..
Siang-siang begini, saya berani beriktikaf seorang diri. Lain pula di malam hari, dengar cicak bunyi cot cot cot pun saya terus cabut lari. Penakut Ya Rabbi. Heh!
Agak lama berdoa..bermuhasabah diri… Saya tinggalkan masjid dengan satu harapan.
“Ya Allah, hamba nak tinggalkan sekejap dunia ini selama 41 hari. Betul ni, tak tipu. Please..please..”
SEDAPNYA AIR KELAPA…
Selesai beriktikaf, saya menuju ke sebuah gerai di tepi jalan. Di sebelah saya kelihatan seorang lelaki berjanggut, berkopiah dan berjubah kelabu. Saya pandang pakcik tersebut. Banyaknya air kelapa yang dia beli!
Pakcik tersebut menghulurkan beberapa keping wang kertas kepada si penjual. Sambil-sambil tu, dia menyeluk semula poketnya. Seluk kanan, seluk kiri. Seluk lagi. Meraba-raba. Tercari-cari.
“Kejap ya, lagi RM14. Mana saya letak duit.”
Kata si pakcik tadi.
Gelisah. Seluk lagi kanan dan kiri.
Saya sekadar menunggu dan memerhati. Si penjual hanya tegak berdiri. Si pakcik tadi pula sibuk menyeluk poket sana sini.
Melihat situasi tersebut, saya akhirnya menyeluk poket baju. Mencapai duit yang ada. Allahu…tepat pula ada RM14! Saya hulurkan buat si penjual.
“Tak apa, pakcik. Saya bayarkan, ya.”
Pakcik tadi sekadar mengucapkan terima kasih dan mengambil bungkusan air dibawa ke kereta.
Saya seluk kembali poket baju dan seluar. Ya Allah…duit dah tak ada. Macammana nak beli air? Terus saya cancel order. Muka tersengih nak cover malu.
“Tak apa, kak. Lain kali saya beli. Duit habis pula.” SERAH DOKUMEN
Tetiba, dipanggil pakcik tadi dari tempat parkir keretanya.
Pakcik: Awak kenal Cikgu Nor Hashim?
Me: Cikgu Hashim mana, ya?
Pakcik: Harmony.
Me: Oh, Uncle Hashim umrah tu..kenal.
Pakcik: Tolong serahkan dokumen ni pada dia.
(Sambil dihulurnya sampul)
Me: Pakcik siapa, ya?
Pakcik: Tak apa, serah aje. Dia kenal.
Belum sempat saya respon apa-apa, dihulurnya sampul ke tangan saya. Dalam keadaan yang serba salah, terpaksalah saya ambil juga.
Dan pakcik terus berlalu pergi….
EPISOD DUIT BERSEPAH…
Saya ‘Whatsapp’ Uncle Hashim dan katanya tiada sesiapa di Office. Dah satu hal pula saya terpaksa bawa pulang ‘amanah’ orang ke Jannah.
Di Jannah, pada mulanya situasi tenang dan damai. Sehinggalah seorang sahabat meluahkan..
“Macammana orang tu boleh tahu hang kenal Uncle?”
“Kalau dokumen tu penting..Macammana dia boleh serahkan dokumen sesuka hati je di tepi jalan?”
“Dia tak takut ke kalau-kalau pembawa sampul ni tak amanah?”
“Hang senang-senang terima sampul orang tak dikenali. Entah-entah dadah!”
Waktu itu, semua dah mula kecoh. Dalam kekalutan, sempat lagi kami berteka-teka.
“Rasanya dalam ni ada kopiah..
Eh ada kain..
Eh ada flyers kot..
Eh ada buku gamaknya..
Eh..tapi bila disuluh di lampu, macam duit!”
Setelah Uncle izinkan kami bukakan sampul….
Akhirnya,
MasyaAllah!
Duit bersepah!!!
Seluruh warga Pusat Jagaan Nurul Jannah menjadi saksi.
RM14,290 ditinggalkan beserta sekeping nota.
Subhanallah!
Alhamdulillah.
Barangkali, inilah yang dikatakan ‘MENERIMA DENGAN MEMBERI.’
Siapa pakcik tu???
Entah.
Uncle Hashim pun tak kenal. Saya lagilah tak kenal.
P/s:
Rajin-rajinlah beli air kelapa. Mana tahu, berjodoh lagi. ?
Terima kasih, Ya Allah!
Dear Pakcik,
Love You ?
Eh…Thank You ?