Rezeki Mangsa Banjir, Ikan Kelah RM3,100 Bantu Tampung Belanja Rumah.

Share

Sesungguhnya setiap rezeki kita atas muka bumi telah ditulis dan ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, tinggal kita berusaha hendak mendapatkannya dengan jalan yang diredai Allah S.W.T.

Begitulah yang dilalui oleh seorang nelayan yang tidak menyangka mendapat seekor ikan besar berharga ribu ringgit.

Abd Hadi Sulaiman, 47, dari Kampung Chegar Perah, Lipis Pahang,  memperoleh ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.

Menceritkan detik berjaya menangkap ikan berkenaan, katanya kesempatan air sungai surut dua hari lalu, dia memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar.

Abd Hadi berkata, banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan susulan Sungai Tanum melimpah masuk ke rumah.

Berkat doa

Berdoa berharap jaring yang dipasang dapat menangkap ikan yang besar akhirnya berbaloi.

“Semalam pada 6.30 patang, saya turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaring ini.

“Apabila turun ke sungai ini pada 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai,” katanya.

Tak sangka

Meluahkan rasa syukur, hajatnya untuk mendapat ikan bersaiz besar berjaya mendapat ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum, 20 tahun lalu.

“Saya menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula.

“Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini,” katanya.

Sukar ditemui

Mengakui ikan berkenaan sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai. Mungkin terperangkap akibat dihanyutkan arus deras ketika banjir.

Sehubungan itu, siapa sangka ikan kelah merah besar itu dianggarkan bernilai RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram.

“Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.

“Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada jaring untuk juadah keluarga pula,” katanya.

Sumber: Harian Metro

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club