Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza. Rezeki juga bukan sekadar wang ringgit tapi pelbagai bentuk yang dikurniakan kepada kita. Dan kita terima dan redha apa yang tuhan bagi kepada kita.
Begitulah yang dikongsikan ini.
REZEKI
Hamka pernah berkata,
Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.
Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.
Ads
Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.
Allah swt hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda
Ads
Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.
Ads
Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.
Kredit: Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas berkongsi momen indah keluarga bila mana anak perempuannya telah ‘melangkah ke alam dewasa’ beberapa hari lalu, terbaru penampilan Dzakira Talita Zahra, anak Shuib dipuji ramai.
Mana tidaknya, Talita yang hadir berhijab pada majlis berbuka puasa bersama keluarga dilihat cukup cantik dan ayu.
Terharu dengan penampilan anaknya itu, Shuib meluahkan rasa bangga dan terharu.
“Talita, daddy bangga la tengok awak. Cantiknya,” luah Shuib terharu.
Shuib berkongsi momen bermakna bagi dirinya itu menerusi Insta Storynya.
Menerusi perkongsian video berkenaan, Shuib berbuka puasa bersama keluarga sebelum memperlihatkan Talita yang tampil memakai jubah berwarna merah hati yang dipadankan dengan tudung rona kelabu. Cantik sekali.
Malah penampilan anak kecil itu dipuji wargamaya yang rata-rata berbangga dan memuji penampilan terbaru Talita yang ayu dan cantik.
Terdahulu, Dzakira Talita Zahra merupakan anak kedua Shuib bersama allahyarhamah Siti Sarah. Shuib dan arwah turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Menjadi isteri terbaik buat suami bukannya sesuatu yang mudah. Serba serbi kena menjaga kesantunan diri agar semua sentiasa rasa sayang dan tenteram apabila berada di samping isteri. Nak tahu bagaimana nak jadi isteri idaman suami. Ikuti 18 cara ini supaya suami makin sayang.
1. Akur pada suami Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
2. Berkelakuan baik terhadap suami Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka. Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.
3. Jangan bebankan suami Ada isteri terlalu ‘demand’, meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek untuk suami Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.
5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.
8. Jangan membelakangkan suami Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.
9. Jaga harta suami Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.
11. Solat bersama suami Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.
14. Pandang muka suami bila bercakap Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.
16. Jangan terlalu kongkong suami Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.
17. Urut badan suami selepas balik kerja Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.
18. Jaga makan minum suami Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.
Sumber: pakarsuamisteri.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam keterujaan mahu menyambut lebaran, segala persiapan disediakan walaupun anak yang dikasihi sedang sakit.
Namun luluh hati ini, bila semuanya sudah tersedia, anak pula pergi selamanya 2 hari sebelum Syawal menjelma.
Itulah yang dilalui oleh pasangan Shahrul Amri Ibrahim dan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid meskipun pemergian anak mereka iaitu Allahyarham Muhammad Tariq sudah dijangka sejak dia dilahirkan.
“Kami memang memang sudah mengetahui keadaan Tariq (umur tak panjang) sejak dia dilahirkan kerana arwah disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. Malah sepanjang empat bulan usianya selepas dilahirkan dia berada di dalam wad dan menerima rawatan.
“Doktor pun sudah sedia maklum yang jangka hayat anak saya tidak panjang.”
Keadaan kesihatan Tariq bukanlah asing dalam kalangan pengguna TikTok kerana bapanya itu sering berkongsi gelagat si kecil berkenaan menerusi platform tersebut.
Bercerita lanjut tentang berita duka itu, Shahrul berkata dia dan isteri bagaimanapun tidak menyangka anaknya akan menghembuskan nafas terakhir pada 20 April lalu iaitu pada usianya setahun 6 bulan.
“Tariq berada dalam keadaan baik sehingga Rabu (19 April). Sebab tu kami tak sangka keesokan harinya dia akan pergi selamanya,” luahnya hiba.
Menurut bapa berusia 27 tahun itu, anaknya meninggal dunia semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman isterinya di Benut, Johor.
“Kami keluar rumah kira-kira pukul 7.05 pagi… pada masa ni dia tidak berhenti merengek (menangis).
“Setibanya di salah sebuah stesen minyak di Kajang, Selangor… isteri saya dapati Tariq sudah tidak bernafas,” ujarnya sambil mengakui tangisan anaknya pada pagi itu berbeza daripada kebiasaan.
Tambahnya, sejurus tiba di Hospital Kajang, doktor mengesahkan bahawa anaknya sudah meninggal dunia pada pukul 7.39 pagi.
Katanya lagi, jenazah Tariq dikebumikan di Rompin, Pahang iaitu kampung halamannya.
“Salam Lebaran daripada kami berdua. Tahun lepas raya bertiga, tahun ni berdua sebab Tariq dah beraya awal dekat syurga,” tulisnya ringkas.
“Tahun lepas kami dapat beraya bertiga tapi tahun ni hanya baju sahaja yang tinggal. Memang terasa kehilangan lebih-lebih lagi pada isteri yang sepenuh masa bersama Tariq.
“Pun begitu, dia terima dan reda dengan ketentuan Allah. Cuma saya bimbang keadaan dia yang kini sedang hamil anak kedua.
“Oleh itu, saya limitkan kerja dan memperlahankan sedikit perjalanan bisnes demi meluangkan masa bersama isteri,” katanya yang pernah tular melakukan tiga kerja sekali gus sejak bujang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.