Adat duduk berjiran, pasti akan bersedekah antara satu sama lain. Termasuklah ketika seseorang itu menjalankan ibadah korban, pasti akan sedekahkan bahagian daging tersebut pada jiran dan golongan yang memerlukan.
Disebabkan ramai kenalan, pasti ada ketika anda akan dapat daging dari beberapa pihak kan? Oleh kerana itu, penuh peti dibuatnya nak simpan daging korban! Haa yang mana masih lagi ragu-ragu dalam proses penyimpanan daging untuk pastikan sentiasa segar dan boleh simpan lama, di sini ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan bersama. Jom ikuti perkongsian ini!
Ini cara-cara yang boleh diikuti.
1. Asingkan Daging
Asingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang.
Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.
2. Jangan Terus Cuci Daging Korban
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
Ads
3. Jangan Simpan Semua Daging Dalam Satu Bekas
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
4. Jangan Terus Simpan Dalam Freezer
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer.
Ads
5. Jangan Defrost Daging Guna Air Panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
Ads
6. Simpan Daging Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit.
Ia kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
Tips Tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.
Musim Cuti Sekolah sinonim dengan aktiviti sunat atau khatan bagi memenuhi salah satu tuntutan ibadah yang disyariatkan dalam Islam. Alhamdulillah tahun ini, Bintang Kecil dengan kerjasama HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH telah mengadakan satu acara berkhatan beramai-ramai iaitu Program Jom Sunathon Bintang Kecil pada 10 Disember 2022.
Upacara yang signfikan dalam fasa kehidupan seorang lelaki ini disertai oleh 30 orang kanak-kanak berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Bermula dengan perarakan masuk peserta yang diiringi paluan kompang dan bunga manggar menggamatkan suasana majlis. Tidak dengan itu, seterusnya acara pemotongan pulut kuning dan gimik bersiram yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak menjadikan majlis Jom Sunathon begitu istimewa.
Apa yang menarik dalam acara Jom Sunathon ini adalah penyertaan dari peserta non-muslim yang secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan mengenai kebaikan berkhatan kepada bangsa lain.
Editor Bintang Kecil, Encik Kim Rahim serta Puan Wan Erni yang merupakan Editor Pengurusan Family And Parenting, Nu Ideaktiv Sdn Bhd mengucapkan tahniah kepada semua kanak-kanak yang menyertai acara ini dan sangat berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan memberikan kepercayaan serta sokongan kepada kami dalam mengadakan aktiviti sebegini.
Selain itu, ucapan penghargaan turut diberikan kepada pihak pengurusan Hospital Islam Az-Zahrah atas jalinan kerjasama ini. Semoga kerjasama di antara kedua pihak ini dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usia yang melebihi separuh abad, warga emas ini masih lagi memerah keringat mencari rezeki demi sesuap nasi.
Walaupun hasil yang diperoleh tidak seberapa, namun itu sudah disyukuri kerana sekurang-kurangnya dapat juga membuatkan dapur mereka berasap.
Kisah sepasang suami isteri yang mencari rezeki dengan mengutip tin dan botol kosong untuk dijual ini dimuat naik menerusi laman instagram Dato Seri Aliff Syukri.
Dia yang berkesempatan menemui warga emas itu melahirkan rasa sedih sayu melihat kehidupan pasangan suami isteri tersebut yang terpaksa mencari rezeki dalam keadaan diri sudah uzur.
Pakcik jangan sedih..pakcik kena kuat demi keluarga🤲🤲
Sayu Dan sedih melihat nasib pak cik ini bersama seorang isteri yang hidup bergantung kepada Tin Dan juga Botol Kosong…tapi sy puji sbb mereka rajin mencari rezki halal.
Lebih menyedihkan, hasil jualan tin dan botol kosong itu tidak seberapa, hanyalah RM5-10 sehari.
Saya memberhentikan kereta dan sempat berborak dengan pak cik ini berkenaan dengan beliau. Beliau sudah tidak larat sbb sbb dah berumur 60Tahun..
Bayangkan dengan RM 5 ke RM 10 sehari, apakah yang boleh dilakukan. Dengan sewa rumah perlu dibayar RM 200 hingga RM 300 . Beliau juga cakap pada musim covid ni lagilah teruk dan terjejas…
Lebih menyentuh hati suami kesayangan Datin Shahida ini adalah, tatkala melihat wajah tua warga emas tersebut, Aliff Syukri terbayangkan arwah ayahnya sendiri.
. Apabila saya melihat nasib pak cik ini, saya amat bersimpati saya teringat kepada Arwah Abah sy yg dah tua.. dan sebab itulah saya mengulurkan sedikit rezeki apa yang saya ada dan sokongan daripada anda semua yang membeli produk @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia saya dan tudung saya @as.hijabofficial untuk saya berikan kepada mereka.
. Kepada anda di luar sana yang ingin menyalurkan sumbangan, anda boleh hubungi No Tel yg sy beri ini.. Dan kepada anda yang memerlukan bantuan daripada saya untuk anda membantu anda tetapi saya perlu cari orang yang betul-betul susah boleh DM Kepada pada saya atau Manager saya @iwan_utaraa akan bawa sy utk bantu anda
Rezeki tidak pernah salah alamat. Seorang pemudah melahirkan rasa syukur setelah duriannya bernilai RM500 sebiji telah berjaya dijual. Lebih menarik pembelinya adalah seorang menteri!
Terbaru, beliau mendedahkan telah ditawarkan menjadi influencer untuk jenama makanan berasaskan durian. Meluahkan rasa syukur beliau memohon warganet mendoakannya.
Terdahulu, video klip video dikongsi di laman Tiktok milik @juneysbakery tular sehingga menarik perhatian ramai.
Hakikatnya beliau secara berseloroh menjual durian pada harga yang mahal itu adalah harga yang perlu dibayar lelaki itu bagi membaiki cermin keretanya yang dipecah setelah ditimpa raja buah yang gugur.
Menteri beli durian RM500 sebiji
Namun siapa sangka, videonya telah mendapat perhatian ramai sehingga dia dihubungi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan petang semalam.
Walaupun durian itu sudah dimakannya, menteri tersebut telah meminta nombor akaun banknya untuk memberikan sumbangan kewangan.
DURIAN RUNTUH..
Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral jatuh atas cermin kereta saya. Saya jawab yang saya dah makan dan tanyaTuan daripada mana?
Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak, Rupa-rupanya YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia. Beliau minta no akaun dan sumbang untuk menampung kos… Rezeki saya hari ini.
Keadaan bahagian cermin belakang kereta yang pecah gara-gara durian gugur.
Warganet ucap tahniah dengan rezeki berganda.
Sumber : Wan Mahussin Wan Zain
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.