Direzekikan untuk bertemu dengan orang yang baik-baik sememangnya satu rezeki yang paling disyukuri. Apa lagi bila melibatkan anak-anak dan orang tersayang.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok, seorang ibu memuat naik video pembantu rumahnya yang melayani kedua anaknya dengan baik sehingga menyentuh hati ramai.
“Saya tidur lama sangat, terdetik nak tengok CCTV. Rupanya ini yang bibik buat dekat anak-anak saya,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi video itu, pembantu rumah dilihat sedang memangku bayi dan memeluk anak kecilnya dan melayani mesra mereka. Begitu juga ketika hendak pergi sekolah dan sewaktu mengaji di rumah.
Menurut ibu ini yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya, video itu ketika dia jatuh sakit baru-baru ini.
“Saya terpaksa menyerahkan tugas jaga empat anak termasuk bayi berusia lima bulan kepada bibik.
“Kita ni kalau jatuh sakit pun mesti asyik fikirkan anak. Jadi saya terdetik nak periksa kamera litar tertutup CCTV untuk pantau anak-anak.
Ads
“Sebaik tengok video saya sebak dan terharu tengok bibik layan anak saya, terutamanya dua yang masih kecil,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pembantunya yang berasal dari Indonesia itu turut mempunyai anak yang sebaya usia dengan anaknya.
Akuinya lagi, pembantunya itu sudah berkhidmat selama setahun malah berjiwa keibuan dan begitu penyayang dengan anak-anak.
Dia paling bersyukur kerana direzekikan untuk bertemu dengan orang yang baik.
Ads
“Dia juga mempunyai anak lebih kurang sebaya anak ketiga saya, jadi saya faham dia sebenarnya mahu melepaskan rindu pada anaknya yang ditinggalkan di kampung halaman.
“Dia pandai jaga anak saya dan faham dengan kerenah mereka. Malah kalau anak demam pun dialah yang bantu saya.
“Dapat pengasuh yang baik juga adalah satu rezeki. Semuanya atas izin Allah,” katanya lagi.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan peningkatan kes sembuh dan discaj covid-19 menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang PKP Fasa 3 sekali gus berjaya meratakan lengkungan graf (flattening of the curve) dan negara kini memasuki fasa pemulihan.
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang jururawat meluahkan rasa sebak apabila wad mulai lengang setelah pesakit yang dijangkiti virus bahaya itu telah sembuh. Bagaimanapun, beliau terkenangkan saat wad dilimpahi alunan bacaan Al-Quran dan laungan azan. Rindu saat itu yang akan dijadikan kenangan semasa menjadi frontliner ketika penularan wabak itu.
Berikut perkongsian beliau.
Bye bye memori covid 19
16 march 2020 – 29 april 2020
ward teratai 2c hospital tengku ampuan afzan,kuantan.
sayu bila tengok ward kami dah lengang tiada patient pesakit covid19.
dah takde dengar suara laungan azan ,ayat suci al quran dan solat berjemaah. ward lain masih ada cuma beberapa ward sahaja ditutup disebabkan kes di pahang semakin menurun
terkesan di hati rindu saat ade mereka yang muliakan agama mu -YA ALLAH walaupun di uji di asingkan dari keluarga dan masyarakat sekeliling.
SOLAT TERAWIH DI WAD
Sebak apabila malam 4 ramadhan mereka menunaikan terawih diketuai imam pesakit tabligh dan di akhiri dengan takzirah yang terkesan di hati para pesakit dan juga kami frontliner yang bertugas.
i will miss this moment. kenangan indah menjaga pesakit covid19. kluster tabligh , adik tahfiz , uia, tudm
terimakasih kerana dikurniakan pengalaman dan kenangan yang paling berharga. semoga kite jumpa lagi di lain masa.
maaf atas kekurangan yang ada. semoga kite semua dikurniakan kesihatan yang baik.
semoga semua ward ward lain akan clear dan dikosongkan. masih ada lagi beberapa ward yang masih buka and di negeri lain beransur kurang pesakit covid19.
semoga covid19 zero case dan kite boleh beraya bersama family.
thanks a lot untuk team 2c yang sukarela berjihad demi merawat patient covid.tq team covid 2c. walaupun baru kenal berbeza tempat betugas sebelum ni ada yang di ward ,klinik dan hospital lain . kite sama sama bantu membantu dalam memberi perawatan pesakit covid 19 . we are fighter!!
tahniah sebab kita berjaya melawan covid19. tahniah sebab kite hampir ke bebas covid19.
Dan last sekali alhamdulillah baju berlapis lapis bukan baju raya kami.
Dulu masa bujang kereta bersih je, tetapi lepas kahwin, masyaAllah kereta penuh dengan permainan dan makanan kanak-kanak. Namun ada juga ibu bapa yang sebaliknya. Namun, perkongsian bapa ini Mohd Fhais cukup inspirasi. Beliau tak kisah jika keretanya bersepah dengan barang permainan anak-anak. Jelas momen indah membesarkan anak-anak pasti menjadi kenangan manis buatnya. Baca perkongsian bapa ini.
Tak Kuasa Nak Kemas Kereta, Biarlah Macam Ni Janji Boleh Jalan
Kadang tu malu nak tumpangkan orang. Dengan mainan bersepah, selipar berterabur, sampah merata dan bau busuk.
Teruja masa mula-mula beli kereta dulu lain, rajin ya amat. Setiap minggu cuci kereta. Kalau tak ada duit nak hantar car wash, sanggup cuci sendiri. Secalit tahi burung pun boleh jadi angin satu badan.
Maklumlah kereta tu lambang kemegahan lelaki masa tu. Biar tuan kereta selekeh asalkan kereta tak selekeh. Kereta kena kilat, air freshener kena wangi dan kekemasan dalaman jadi keutamaan.
Baru ada wow factor !
Barang-barang dalam kereta orang lain tak boleh usik, bahkan awek sendiri pun tak boleh. Aduh, boleh bergaduh lah kalau orang kacau barang dalam kereta.
Setelah ada anak, segalanya berubah
Tapi tu dulu, sekarang kereta nak jadi apa pun dah tak kuasa nak layan. Asalkan boleh jalan dah cukup senang hati.
Siapa yang dah kahwin dan anak sorang dua mesti faham. Pagi ni basuh, petang dah kotor balik. Semakin di kemas dalam kereta, semakin banyak pula barang yang di tinggal.
Bukan bermaksud lepas kahwin jadi malas nak jaga kereta, cuma malas nak tambah beban kepala. Banyak lagi benda lain nak fikir. Baju kat rumah pun tak terkemas, apatah lagi nak kemas kereta.
Terlalu fikir nak kereta cantik pun tak boleh sangat, nanti serabut. Bila serabut mulalah ringan mulut nak marah anak. Diorang bukan faham pun kalau kita cakap sayang kereta kotor.
Daripada habiskan masa untuk kereta lebih baik habiskan masa dengan anak-anak.
Kereta kita layan special macam mana pun bukan boleh terbang, tapi anak insyaallah dengan layanan special kita dia boleh terbang jauh menuju kejayaan.
Sumber: FB Mohd Fhais Raikan anak-anak bukan kereta. Kongsikan ya supaya bermanfaat. #CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian Johan Raja Lawak berkenaan caranya mendidik anak-anak cukup dikagumi. Walaupun nampak moden, namun ilmu agama sangat dititikberatkan.
Tidak hairanlah apabila penyampai ini menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarganya.
Pemilik nama sebenar, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz mengakui itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selain mendedahkan dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama.
“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.
“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.
Menurutnya, Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas yang akan memandu seseorang muslim itu dalam mengenal Pencipta.
“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu.
“Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.
“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...