Bertani adalah satu pekerjaan yang mulia. Walaupun mungkin memenatkan pada pandangan sesetengah pihak. Namun hasilnya sangat lumayan. Nak kata peribahasa, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Demikian juga dengan sesebuah kejayaan, takkan dicapai tanpa adanya usaha.
Bapa ku, inspirasi ku.
Bapa saya seorang petani. Seluruh hidupnya sejak tamat sekolah darjah 6 adalah bertani sepenuh masa. Rezeki bertani inilah dibuat biaya kami 4 beranak dan belanja kami 2 beradik belajar sampai habis universiti.
Tahun 2015, Daerah Ranau dilanda gempa bumi. Bapa saya antara petani yang terjejas teruk. Sumber air utama ke kebun telah musnah dihanyutkan kepala air pasca gempa tadi.
Tahun yang sama, saya ambil keputusan berhenti kerja makan gaji di agensi kerajaan dan balik kampung mau jadi usahawan tani, bapa saya nda larang dan nda juga sokong. Diam saja. Ya begitulah kebanyakan bapa-bapa pun. Kerisauan itu tetap ada sebab kerjaya petani pada 6 tahun lepas adalah sangat nda trendy bahkan dianggap pekerjaan kelas bawahan.
Tapi saya tetap percaya, dengan usaha keras dan sikap yang betul, rezeki berbudi pada tanah itu sentiasa ada sebab depan mata saya ada bukti yang hidup, itulah bapa saya.
Agensi-agensi kerajaan, keluarga, para guru dan mentor, rakan-rakan seperjuangan dalam keusahawanan dan lain-lain. Namun, penyokong No.1 saya tatap bapa saya. Beliaulah yang jadi chief engineer, arkitek, kontraktor, quality control, big bos dan jadi partner sparring antara kami berdua. Soal kerja, berselisih pendapat itu soal biasa. Balik rumah, beliau tetap bapa saya 😊
Kawan saya pernah cakap, orang dulu-dulu mungkin nda berpeluang sekolah tinggi-tinggi macam kita sekarang. Dari segi ilmu, pengalaman, IQ, kemahiran, sikap dan ketekunan yang diorang miliki, jauh lebih hebat. Itulah yang saya nampak ada pada bapa saya, Daddy Joe.
Nah! Dalam gambar inilah antara kerja bapa saya masa PKPD. Beliau buat kebun hidroponik vertical di kawasan sekangkang gajah di halaman rumah kami. A to Z beliau bikin sendiri. Sejak Julai lepas, ini pusingan tanaman yang ke 4. Belakang rumah pun ada lagi. Belum masuk lagi projek-projek DIY beliau yang lain.
#mydadmyhero #verticalgarden #verticalfarming #kundasang #kampunglife #mountainpeople
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club