Memiliki keluarga bahagia adalah kunci rumahtangga itu hidup dalam suasana yang harmoni. Tambahan pula kehadiran cahayamata penyeri buat pasangan suam isteri.

Namun, ada pasangan yang cepat mendapat zuriat dan ada yang sebaliknya. Sudah pastinya pelbagai usaha dilakukan agar mendapat cahayamata buat penyeri rumahtangga.

Begitulah yang dilalui oleh pasangan ini sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Eddie Dieana menerusi facebooknya.

Biarpun isteri menolak untuk menggunakan kaedah Persenyawaan in vitro (IVF) atas kerisauan bajet dan kejayaan kaedah ini, beliau tetap setia dan mendoakan agar dikurniakan zuriat. Akhirnya doa pasangan ini dimakbulkan setelah 9 tahun berkahwin mereka dianugerahkan sepasang kembar.

Siapa sangka berkat sabar dan sentiasa membahagiakan pasangan, akhirnya ‘rezeki’ datang jua walaupun lama menunggu.

Ikuti perkongsian ini. Moga jadi inspirasi.

Rezeki Bersabar! Isteri Risau Soal Bajet Tolak IVF, Selepas 9 Tahun Dikurniakan Kembar.

Hari ini genaplah anak saya berumur 1 tahun. Pejam celik cepat je masa berlalu.
Rasa macam baru je semalam saya dan isteri berbual pasal nak dapatkan anak.

Masih segar dalam ingatan saya. Malam tu saya menyatakan hasrat yang saya teringin nak ajak wife untuk cuba jalani rawatan IVF.

Dengan selamba isteri saya cakap. “membazirlah B, kan duit tu kita boleh gunakan untuk perkara lain”

Tipulah kalau saya tak tersentak dengan kata² tu. Almaklum dah hampir 9 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat. Mestilah saya berhasrat untuk ikhtiar.
Malah saya cuba meyakinkan isteri masatu.

“Duit kita boleh cari, tapi untuk dapatkan anak. Belum tentu kita boleh dapatkan?.”

Isteri saya membantah lagi sekali.
“Ye tahu kita mesti cuba, tapi belum tentu kita buat terus jadikan, kalau tak jadi rugi je bayar dah la mahal. Baik duit tu kita buat pergi umrah. Doa depan Kaabah.”

Rezeki Bersabar! Isteri Risau Soal Bajet Tolak IVF, Selepas 9 Tahun Dikurniakan Kembar.

Saya agak hampa dengan jawapan tu.
Sebagai seorang suami yg bekerja berhempas pulas.
Saya yakin saya mampu untuk cari duit sebanyak tu untuk mencuba asalkan kami boleh dapat zuriat sendiri.

Setelah mendapat respon yg agak mengecewakan. Malam tu saya cuba mengasingkan diri dari isteri.
Biasalah merajuk orang laki.
Dalam hati saya beranggapan isteri saya tak serius untuk dapatkan anak walau telah hampir 9 tahun menunggu.

Saya pun ambil bantal dan baring depan tv.
Saya bagi alasan nak tunggu tengok bola start. Padahal dalam hati sebenarnya saya amat kecewa. Tapi saya jarang tunjuk depan isteri saya apa yg saya rasa.

IKLAN

Naluri seorang isteri memang takkan dapat dipisahkan. Beliau dapat merasakan yg saya sedang merajuk.
Malam tu lebih kurang jam 2 pagi isteri saya kejut ajak saya masuk bilik.
Saya pun pura² mengatakan tunggu game bola pukul 2.45 pagi.

Tak lama lepastu isteri saya peluk saya erat².
Kemudian melutut dihadapan saya.
Dia mintak maaf, buat saya terasa hati katanya. Saya hanya diam dan pura² tak tahu.

Tak lama lepastu isteri saya dengan bersungguh bercerita. Dia mengatakan sebagai seorang isteri. Siapalah yg taknak anak. Semua orang nak anak. Cuma dia taknak saya membazir.

Saya pura² keraskan hati. Biasalah, nama pun lelaki. Dalam rumah tangga, mesti ada pasang surut. Mana ada orang bahagia 24 jam. Mesti akan ada waktu yg mereka akan tergelincir sekejap.

Tak lama berselang, saya lihat isteri saya menangis sebab saya tak layan dia. Dia masuk bilik dan ambil Alquran. Dia halang pandangan saya dari lihat TV. Tak lama lepas tu dia letak Alquran di hadapan saya.

Sambil memegang Alquran Isteri saya berkata.
“Demi nama Allah.
Sesungguhnya saya memang nak sangat anak. Tetapi belum rezeki kita.
Tolonglah faham, bukan saya taknak anak. Cuma taknak kita bazir duit.”

Setelah melihat kesungguhan isteri memujuk hati saya. Barulah saya yakin dengan kata2 beliau walau ada sedikit merajuk lagi.

Saya tanya dia. “Betul ni? tak main².”

Isteri saya bangun dan peluk saya. Mana mungkin nak main² hal macamni.
I sendiri memang nak sangat anak. Tapi I kan dah operate. Doktor cakap dalam tempoh 2 tahun ni kita akan dapat anak. Kita sabarlah sikit. InshaAllah dalam masa terdekat kita akan dapat anak.

Allahuakbar.
Malam tu sedikit sebanyak membuat hubungan kami semakin erat. 
Saya pun bangun dan ambil semula bantal dan masuk ke bilik.

IKLAN

Tak lama lepastu isteri perli saya. “Bukan ke tadi u nak tengok bola, pergilah baring dekat depan tu.” “tak apalah, bola tu bila² boleh tengok.”

Sesungguhnya, Allah maha mendengar. Apa yang diperkatakan oleh isteri dihadapan Alquran. Benar² terjadi.

HAMIL 

Rezeki Bersabar! Isteri Risau Soal Bajet Tolak IVF, Selepas 9 Tahun Dikurniakan Kembar.

5 minggu berselang.
Isteri saya pulang dari kerja.
Beliau bersalaman dengan saya yg berada depan tv dan terus masuk ke bilik mandi.

Saya macam biasa. Malam minggu wajib tonton EPL dulu. Tak lama berselang isteri keluar dengan towel dalam keadaan menggigil.

“Cuba U tengok ni”

Dia tunjuk pregnancy test ada 2 line.
saya agak terkejut dan happy sekejap.
Saya pun pura² cakap.

“Nanti call lah adik u tanya. Betul ke mengandung kalau macamtu.
Kadang benda ni bukan boleh percaya sangat.”

Saya pura² menenangkan keadaan.
Sebab taknak terlalu berharap.
Kalau tak ada nanti kesian pulak wife.

IKLAN

Wife saya pun menghubungi ahli keluarganya memaklumkan keadaan tersebut.

Saya pun dengan pantas pura² nak mandi jugak. Masuk je bilik air. Bukak pancu4 air tu laju-laju. Selaju mana air tu jatuh. Selaju itulah airmata saya mengalir kegembiraan.

Hanya Allah yg tahu masa tu.
perasaan setelah kian lama menunggu.

Keesokannya saya pergi kerja macam biasa.
dalam pukul 12 tengahari macamtu isterinsaya call mengatakan yg beliau disahkan hamil 5 minggu.

Sekali lagi airmata jantan ni mengalir baq hang. Tapi terpaksa cover².
takot kawan tempat kerja nampak saya menangis kegembiraan.

Setelah pulang ke rumah.
Perkara pertama sekali saya cakap dengan isteri. Berhenti kerja dan saya cakap saya akan tanggung semua perbelanjaan rumah selepas ni.

Sebelum ni bukanlah tak mampu tanggung semua. Tapi isteri bekerja sebab nak hilangkab bosan tinggal dirumah sepanjang hari.

Doa seorang isteri yg bersungguh² untuk memujuk hati suaminya.
Allah makbulkan.

Bukan 1 anak tuhan bagi.
sepasang sekali gus.

Alhamdulillah, berkat bersabar.
Akhirnya Allah beri tepat pada waktunya.
Tanpa perlu jalani rawatan ivf. Kami dapat anak secara normal. Berkat doa seorang Isteri yg sentiasa bersabar.

Sekarang kedua² anak ni lah yg meneman isteri saya dirumah saat saya terpaksa berjauhan. Dan isteri tak lagi rasa sunyi sebab dia sebuk uruskan kedua² doktor yg sedang membesar ni.

Saya redha saya kurang diberi perhatian.
Asalkan perhatian untuk kedua² anak saya di beri secukupnya. Saya taknak anak² saya kurang kasih sayang.

Dan terima kasih saya ucapkan kepada yg menyumbang hadiah basikal untuk kedua² anak saya dan yg telah menyumbang duit untuk saya beli kek kepada mereka.
Semoga murah rezeki anda semua.

Dan saya berharap buat insan diluar sana yg masih belum dikurniakan anak.
Jangan putus harap.
teruskan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin Jangan pernah berputus asa dalam berdoa, in shaAllah, Allah kabulkan…
Cepat atau lambat pasti hadir.

Sumber: Eddie Dieana

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI