Tiada ungkapan yang lebih tepat selain rasa syukur dan gembira kerana dapat membahagiakan keluarga dengan hasil titik peluh sendiri.
Demikian juga dengan penyanyi dan juga usahawan, Lan Kristal. Dalam satu perkongsian baru-baru ini oleh isterinya, Sheila ada memuatnaik luahan rasa terharu dan sebak dek rezeki yang mereka sekeluarga peroleh.
“Sambung kisah smlm.. .Alhamdulillah.. 13 thn bersama.. semua kami buat sama2.. gado sama2.. tido sama2.. makan sama2.. nangis sama2.. beli kete pon hasil bersama2! .
“Org lain mungkin dah lama pakai.. kami baru dpt rasa.. .Rezeki anak2 yg kami tumpang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sheila percaya amalan bersedekah dan berkongsi rezeki akan mendapat rahmat serta rezeki yang mencurah-curah daripada Yang Maha Esa.
Ads
“Jangan penah rasa penat untuk bersedekah.. jangan penat cari rezeki & sentiasa ada rasa ikhlas utk memberi manfaat pd ramai orang..
“selalu memberi makan InsyaAllah rezeki tak putus.. .Lagi rasa ketat, sesak.. lagi banyak sedekah..
“Percayalah.. Allah tahu bila masa yg sesuai utk bagi rezeki pd hambanya.. .Bila di duga.. terus doa doa doa! Hidup bukan utk dinilai manusia.. hidup utk masa “depan” kita kat sana.. .
“Jgn nilai rezeki org dgn rezeki kita.. ia pasti berbeza.. cukup sekadar mensyukuri seadanya..,”ujarnya lagi.
Untuk rekod, Sheila dan Lan telah mendirikan rumah tangga bersama pada 5 Disember 2009.
Hasik perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Aqid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
Dalam hidup berpasangan, suami isteri bukan saja perlu ‘standby’ untuk tempuh bermacam-macam dugaan hidup. Tapi juga kena bijak merancang pakej kehidupan dengan seni rumahtangga yang bijak!
Sebagai isteri, seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan suami untuk tempat bergantung. Walaupun anda Majistret dan suami cuma pun hantar surat, seharusnya anda gembira dan bersyukur kerana setiap pasangan itu juga adalah rezeki daripada Tuhan.
Ramai orang berkata tidak akan dekat dengan orang yang penuh dengan kejahatan. Tapi seharusnya sebagai manusia kerdil, kita perlulah sentisa melihat dan ambillah kebaikan walaupun cuma SATU dalam kejahatan seseorang. Ini membuktikan tiada manusia yang sempurna.
Jom semak 7 Tips menarik ni~
1. Senyum bila bercakap dengan suami. Kalau boleh, bercakaplah dengan suara yang rendah, dan sedikit manja. Bukan orang lain pun..suami sendiri. Kalau muda-muda dulu selalu buat, jadi teruskan sampai anak 5,6 atau 7
2. Sediakan masakan atau makanan kegemaran suami. Kalau tak reti masak, jangan bimbang beli saja di restoran mak mah. Atau cara malas, sediakan secawan kopi dan surat khabar sebagai ‘combo’. Pasti suami senyum riang.
3. Teman suami tonton cerita kegemaran mereka. Jangan duk sibuk layan fesbuk atau ‘whatsapp’ ketika menonton ‘movie’ bersama. Suami pantang bila ditanya “eh kenapa jadi camtu bang?” – selalunya suami mahukan anda sama-sama fokus menonton dengan dia.
4. Sambut suami dengan wajah yang bersih, ceria dan wangi bila suami balik dari kerja. Jangan mengeluh depan suami atau membebel bila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaiknya, tenangkan hati si suami yang letih setelah bersesak-sesak tempuh traffik jem atau baru kena marah dengan bos di tempat kerja tadi. Tanya dia, “nak makan dulu atau tidur terus.. ?” pasti senyum dia dengan layanan anda.
5. Sekali sekala tu, offer diri untuk picit-picit badan atau kepala suami. Suami ni biasanya nak sedap dan di manjakan oleh isteri. Fakta yang perlu tahu, suami sebenarnya lebih manja daripada anak dan perlukan perhatian.
6. Jangan biarkan rumah berselerak. Walaupun orang lelaki ni jenis yang sepah-sepah, tapi mereka sebenarnya suka suasana yang bersih dan tersusun. Cara ini akan bantu hidupkan suasana ringkas dan tenang dalam diri suami lagi-lagi jika sedang dilanda masalah.
7. Update diri supaya tidak selekeh depan mata suami. Anda boleh semak majalah fesyen terkini untuk pikat semula hati suami. Isteri harus ingat, berhias untuk suami itu wajib. Kalau dulu boleh pakai bedak 3 inci lipstik warna pink, sekarang jangan gatai2 repek bedak sejuk 24 jam dekat muka. Orang lelaki ni jenis yang suka kepada perkara yang cantik-cantik.
Sumber: info.gerobokanim.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan kosmetik, Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias baru-baru ini dihambat kontroversi apabila berpenampilan seksi ketika bercuti di Pulau Langkawi. Belau memuat naik beberapa gambar berbikini dan pakaian wanita tanpa segan silu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
Perkongsian itu juga turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menulis surat terbuka buat usahawan muda itu.
“Kami menerima beberapa keping gambar saudara yang ditularkan beberapa hari lepas. Sejujurnya, saya tidak pasti sama ada ianya benar ataupun tidak. Apapun, anggaplah surat terbuka ini sebagai satu luahan yang jujur, penuh kasih sayang daripada seorang saudara Muslim kepada saudaranya yang lain.
“Hati saya terdetik untuk menyampaikan surat terbuka kepada saudara Safiey Ilias walaupun sebelum ini sudah ada niat untuk berjumpa tetapi saya merasakan perlunya sebuah perkongsian dengan saudara dalam memahami haqiqat al-hayah,” kata mufti menerusi catatan Qalam Mufti: Safiey, Jom Mengeteh!, pada Jumaat.
Safiey yang sebelum ini pernah menjadi sebutan kerana keputusannya untuk berhijrah daripada seorang mak nyah untuk kembali kepada fitrah, disifatkan oleh mufti sebagai satu perkhabaran yang gembira.
“Semasa saudara mengumumkan untuk ‘berubah’, saya antara individu yang amat gembira dengan keputusan tersebut. Apa yang pasti, sudah tentu ia juga menggembirakan ibu bapa saudara.
“Namun, laut tidak selalunya tenang. Saya faham dan mengikuti siri-siri tekanan yang saudara terima dalam usaha untuk kekal dengan ‘imej baharu’. Dan, saya tahu yang ianya amat-amat sukar untuk dilalui dan pahit untuk ditelan.
Menurut Zulkifli, beliau melihat Safiey benar-benar berusaha untuk keluar dari segala permasalahan tersebut namun Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah diaturkan-Nya.
“Sejujurnya, saya katakan saudara adalah antara insan yang istimewa dengan pelbagai kurniaan nikmat yang Allah anugerahkan kepada anda. Alangkah baiknya anugerah tersebut disyukuri mengikut neraca syariat seperti ajaran Nabi SAW,” katanya.
Terdahulu, Safiey dilaporkan pernah membuang implan payu dara selain menunaikan umrah, sebagai usahanya untuk kembali ke pangkal jalan.
Usahawan berusia 25 tahun itu bagaimanapun kembali tampil berpakaian wanita, sekali gus mengejutkan banyak pihak.
Zulkifli berkata, Safiey dijemput ke pejabat beliau untuk berkongsi pandangan dan luahan bagi membolehkannya membantu usahwan muda itu untuk kebaikan bersama.
“Saya tidak pasti samada ruang yang tersedia ini sesuai atau tidak. Namun, saya dengan rendah hati menjemput saudara ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk kita bertukar-tukar pandangan, berkongsi rasa hati dan mungkin ada sudut yang boleh saya bantu untuk kebaikan bersama.
“Pada dasarnya, saya cuba memahami perasaan dan kehendak saudara. Mungkin boleh sama-sama kita duduk mengeteh dan berbincang secara santai untuk kebaikan kita semua,” katanya.
Saya menerima beberapa keping gambar saudara yang ditularkan beberapa hari lepas. Sejujurnya, saya tidak pasti samada ianya benar ataupun tidak. Apapun, anggaplah surat terbuka ini sebagai satu luahan yang jujur, penuh kasih sayang daripada seorang saudara Muslim kepada saudaranya yang lain.
Saudara Safiey,
Entah mengapa pada petang Jumaat yang mulia ini selepas Asar, hati saya terdetik untuk menyampaikan surat terbuka kepada saudara Safiey Ilias walaupun sebelum ini sudah ada niat untuk berjumpa tetapi saya merasakan perlunya sebuah perkongsian dengan saudara dalam memahami haqiqat al-hayah.
Saya berharap saudara dalam keadaan yang sihat sejahtera, berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Semasa saudara mengumumkan untuk “berubah”, saya antara individu yang amat gembira dengan keputusan tersebut. Apa yang pasti, sudah tentu ia juga menggembirakan ibu bapa saudara.
Namun, laut tidak selalunya tenang. Saya faham dan mengikuti siri-siri tekanan yang saudara terima dalam usaha untuk kekal dengan “imej baru”. Dan, saya tahu yang ianya amat-amat sukar untuk dilalui dan pahit untuk ditelan. Saya nampak saudara betul-betul berusaha untuk keluar daripada segala permasalahan tersebut namun Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah diaturkan-Nya.
Saudara Safiey,
Sejujurnya, saya katakan saudara adalah antara insan yang istimewa dengan pelbagai kurniaan nikmat yang Allah anugerahkan kepada anda. Alangkah baiknya anugerah tersebut disyukuri mengikut neraca syariat seperti ajaran Nabi SAW.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. Riwayat al-Bukhari (7507)
Imam al-Nawawi berkata: “Hadis ini jelas pada sisi pendalilannya, bahawa walaupun dosa walaupun terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari semua (dosa) dengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya sah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/128)
Saudara Safiey,
Saya tidak pasti samada ruang yang tersedia ini sesuai atau tidak. Namun, saya dengan rendah hati menjemput saudara ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk kita bertukar-tukar pandangan, berkongsi rasa hati dan mungkin ada sudut yang boleh saya bantu untuk kebaikan bersama.
Pada dasarnya, saya cuba memahami perasaan dan kehendak saudara. Mungkin boleh sama-sama kita duduk mengeteh dan berbincang secara santai untuk kebaikan kita semua. Saya tunggu jawapan saudara.
Akhukum fillah,
S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lepas raya badan terasa cukup berat untuk berjalan. Langkah kaki terasa makin lemah disebabkan peningkatan berat badan yang mula naik tanpa sedar.
Ditambah dengan kemasukkan angin yang banyak hasil daripada makanan bersifat angin seperti ketupat dan sebagainya.
Malah lepas raya juga ada yang mula mengadu sembelit kerana makan terlampau banyak tetapi usus tidak dapat berfungsi dengan baik.
Sakit dibuatnya dengan keadaan tubuh yang semacam ini. Jika tiada masa untuk berurut ada baiknya anda amalkan minuman-minuman yang mampu menyingkirkan angin dalam badan.
Perkongsian oleh Nasir Nasir di facebook ini boleh juga anda cuba. Mudah sahaja dengan tiga bahan dapur yang sentiasa ada di rumah kita. Angin keluar berdesup lajunya. Jom cuba.
Perkongsian dari fb, so try buat dah 2 hari dan kesannya badan rasa ringan. Buang air besar lawas sangat-sangat. Tak malu nak cakap bila setiap kali buang air besar najis keluar warna hitam. Kentut pun setiap masa. Sesuai untuk wanita lepas datang period dan nak keluarkan darah beku.
Bahan-bahan:
Halba
Serai
Halia
Air secukupnya
Caranya:
1. Potong serai 2 batang ketuk-ketuk. Halia dalam 5-6 hiris dan halba 1 sudu besar.
2. Masukkan air, agak-agak untuk korang sekali minum dan muat nak letak dalam mug.
3. Guna asam jawa segera je senang.
4. Bila air rebusan dah tapis dalam mug, masukkan asam jawa untuk rasa masam-masam.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.