Restoran Terapung Ini Tawar Harga Berbaloi Makanan Laut, Wanita Ini Kongsi Pengalaman, Bikin Netizen Teruja!

Share

Bercuti dan makan bersama keluarga adalah  momen yang mengembirakan semua orang.

Namun, situasi dikenakan ‘caj’ terlampau mahal hidangan yang ditempah untuk hidangan keluarga tentu memberikan ‘kejutan’.

Sebagaimana viral baru-baru ini sebuah restoran terapung di Langkawi yang mengenakan bayaran makanan sebuah keluarga pada harga lebih RM1000.00.

Rentetan daripada kisah itu, wanita ini turut berkongsi sebuah restoran terapung di Krabi, Thailand yang menawarkan hidangan makanan laut fresh termasuk ikan siakap. Malah harga juga berbaloi dengan menu yang hidangkan.

Ikuti perkongsian beliau.

Ini restoran kawan kita di Krabi. Restoran terapung juga. Terletak di Koh Klang. Nak ke sana kena naik bot. Ikan, ketam, udang semua segar- segar dan hidup lagi. Boleh pilih sendiri dari sangkar. Harga mampu milik.

Tak ada caj tersembunyi. Masakan sangat sedap dan setaraf hotel. Diorang pernah menang beberapa anugerah. Ramai pelancong asing mari ke sini sebab agen pelancongan suka bawa makan – makan di sini sambil melawat pulau Klang.

“Food presentation” dia pun macam di hotel. Yang sediakan makanan ni semua chef bertauliah, ada sijil kulinari. Tapi harga tetap mampu milik.

Kita suka mari sini setiap kali ke Krabi. Dah berpuluh kali ke sini. Kadang tu makan gratis je sebab kawan kita tak nak kita bayar. Bila lama tak jumpa, gitulah 

Sumber:Lia Jamalee