Dulu-dulu, resepi goreng ikan memang salah satu hidangan kegemaran yang tidak dapat ditandingi.
Ia bukan sahaja memberikan kenangan nostalgia, tetapi juga menghidupkan kembali momen orang dulu-dulu di kampung.
Ayuh, kita kembali ke zaman dulu-dulu untuk menggoreng ikan dengan cara tradisional yang membuatkan semua orang teringat akan masakan nenek moyang mereka. Yang pasti resipi yang digunakan membuatkan ikan goreng rangup. Makan panas-panas dengan nasi kosong pun sedap!
Berikut resipi yang dikongsikan menerusi perkongsian akaun Real Mistik
. Oleh kerana keunikan resipi yang dikongsi, hantara itu telah meraih perhatian ramai.Bahan-bahan:
5 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
2 inci kunyit hidup
5 sdb cili kisar
3 sdb garam halus
Belacan skit ( optional )
Cara penyediaan:
1 Tumbuk kunyit hidup, belacan dgn garam sampai hancur lps tu tumbuk bwg meroh bwg putih tak lumat ssangat pun tak apa
2. Masukkan cili kisar gaul-gaul rata masukkan dalam bekas bertutup. Jika nak simpan lama pun boleh. Simpan dalam peti ais, bila nak guna ambik sikit
3. Lumur ikan dengan perap sekejap lepas, kemudian goreng ikan sampai garing.
4 Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur atau nasi goreng ikan
Pastinya bau aroma hasilan perapan bawang dan putih membuatkan rasa ikan lebih sedap. Bahan ikan goreng lebih rangup. Memang boleh laju ikan goreng jika masa dengan cara ini.
Nak cuba jom ikut resipi ni. Selamat mencuba.
TIPS CARA PILH IKAN SEGAR
Bau
Perkara pertama apabila membeli ikanadalah menyemak bau ikan yang ingin dibeli. Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar. Tetapi jika sudah berbau busuk dan hanyir, itu adalah petanda ikan itu sudah tidak segar.
Mata
Selain itu, lihatlah mata ikan kerana mata ikan yang segar jernih, terang dan cembung. Manakala ikan yang tidak segar pula matanya suram, merah dan tenggelam.
Kulit dan sisik
Ikan yang segar mempunyai kulit yang cerah berkilat dan sisik yang melekat kuat. Manakala ikan yang tidak segar kulitnya pudar dan mempunyai sisik yang kusam dan mudah tertanggal.
Isi
Ikan yang segar, isi atau dagingnya apabila ditekan akan terasa keras dan ia akan menganjal kembali ke keadaan asal. Jika isi atau daging ikan lembik dan lembut, maka ikan itu sudah tidak segar.
Sumber: Real Mistik