Selalunya bila ke kedai makan, ini antara menu yang dipilih. Udang celup tepung yang simple tapi sedap. Anak-anak pun suka.
Apa kata hari ini boleh cuba buat sendiri di rumah. Mudah dan sedap dimakan sebagai snek minum petang bersama seisi keluarga.
Admin kongsikan resipi air tangan dari Puan Fatyma Idris. Selamat mencuba!
RESEPI UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN JE
Bahan-bahan
Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Ahh jomm. Selamat mencuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Takkan Nak Biar Telefon Jadi Pengganti Orang Yang Kita Sayang…”- Padu Perkongsian Ibu Ni!
Sekali sekala cuba kita lihat apa yang telah mengubah kehidupan kita sekeluarga dengan adanya gajet di rumah.
Penggunaan telefon pintar pada hari ini sudah dianggap sebagai keperluan wajib dalam komunikasi bahkan menjadi medium untuk mengetahui maklumat semasa, membantu memudahkan tugasan harian dan sebagainya.
Bahkan bukan lagi sesuatu yang pelik apabila kita melihat ada ibu bapa akan ada banyak masa bersama telefon pintar berbanding meluangkan masa dengan anak-anak. Semua ini lama kelamaan akan buat anak faham satu perkara iaitu apa sahaja yang ada dalam telefon adalah lebih penting daripada mereka.
Berkongsi kisah berkenaan, Adlil Rajiah Mohd Nasir seorang ibu dan juga penulis berkenaan keibubapaan yang tidak asing lagi di media sosial menitipkan pesanan agar kita sebagai ibu bapa perlu sedar macam mana hubungan kita bersama anak pada 12 tahun pertama umur mereka, macam itu lah juga hubungan anak dengan kita pada 12 tahun terakhir umur kita nanti.
Untuk itu jom baca perkongsian penuhnya di sini.
Ingat tak hari tu saya ada tanya—
“If you could have a superpower, what would it be?“
Pastu jawapan aneh2 je korang bagi. Sebenarnya saya buat posting tu sebab saya sendiri pernah ditanya soalan yang sama oleh anak saya, Haikal.
Pernah sekali masa kitorang baca komik superhero sama2, tiba2 Haikal tanya saya—
“Kalau mama boleh ada superpower, mama nak superpower apa?”
Dua kali dia tanya.
Tapi sekali pun saya tak jawab.
Sebab masa tu saya leka tengok phone dan tak layan Haikal tanya.
Esoknya, saya terdengar Haikal tanya kawan dia, soalan yg sama—
“Daniel, kalau kau boleh ada superpower, kau nak superpower apa?”
“Aku nak kuasa the flash. Supaya aku boleh tulis laju-laju, siapkan homework laju-laju. Takde la kena marah dgn mak aku sebab tulis lambat. Kau pulak nak superpower apa, Haikal?”
“Aku nak superpower boleh bercakap dengan haiwan.”
“Aikk kenapa pulak?”
“Supaya aku ada kawan berbual bila mak ayah aku sibuk tengok phone. Kadang2 aku tak tahu nak borak dengan siapa bila dua2 tak nak layan aku. So kalau dapat bercakap dengan semut pun best jugak.“
“Hahaha!”
Berdekah diorang berdua ketawa.
Itu lah pertama kali, saya tak rasa bahagia melihat anak ketawa. Dan untuk kali yg ke-8247183510479, saya rasa gagal lagi sebagai seorang ibu.
3 pesanan untuk diri saya sendiri (dan ibu bapa di luar sana):
- Bila phone wujud dalam hubungan kita dengan anak, contohnya; bila kita bercakap dengan anak tapi mata kita dekat phone, atau bila tangan kanan kita main dengan anak tapi tangan kiri kita sibuk scroll phone, atau bila pandangan kita pada anak tiba2 beralih pada phone everytime ada notification masuk.
Semua ni lama kelamaan akan buat anak faham 1 perkara— apa sahaja yang ada dalam phone parents adalah lebih penting daripada mereka.
- Bila anak dah start faham macam tu, mereka akan mula rasa “kurang”— kurang penting, kurang disayangi, kurang dilihat, kurang didengari, kurang selamat.
Dan ini akan buat anak mula cari sesuatu/seseorang to fill the void/emptiness/needs. Dan lama2, ibu bapa bukan lagi menjadi orang yang mereka harapkan.
- Teknologi smartphones yang sedang perlahan2 rampas kualiti hubungan kita dengan anak2 hari ni, takkan hilang, takkan reverse effect, takkan pupus, malah akan jadi lebih canggih, lebih praktikal, lebih integrated dengan kehidupan seharian dan pekerjaan kita.
We human can never win over gadgets/phones.
We human can never be more fun, more attractive, more uplifting than digital contents.
Tapi ada benda yang phone/gadgets tak boleh kalahkan manusia iaitu—
real love, real interactions, real feelings.
Ingat, macam mana hubungan kita bersama anak pada 12 tahun pertama umur mereka, macam tu lah juga hubungan anak dengan kita pada 12 tahun terakhir umur kita nanti.
Semoga allah sentiasa beri peringatan, petunjuk, dan peluang untuk kita perbaiki tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Untuk Haikal, Mama minta maaf.
I wish i could read your mind and feelings.
That’s the only superpower that i would love to have.
Sumber : Adlil Rajiah
Jom tonton video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Ummi, Adik Cantik Kan? Kritikal Di ICU Terhidu Gas Beracun, Ibu Mangsa Kongsi Gurauan Terakhir Anak Sebelum Ke Sekolah. Sebaknya!
Malang tidak berbau. akibat perbuatan pihak tidak bertanggung jawab, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Pencemaran gas metana yang berlaku baru-baru ini menyebabkan 13 sekolah di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di tutup.
Salah seorang mangsa, Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14, kini kritikal akibat terhidu gas metana. Affza dikatakan masih tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).
Dia yang mesra dipanggil Adik sebelum itu sempat bergurau serta mencium ibu dan bapanya, sebelum pergi ke sekolah semalam.
Noor Atikah Daud, ibu mangsa berkongsi kisah sedih dan perbualan terakhir bersama anaknya itu.
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Facebook yang mengenaliku ataupun tidak. Mohon solat hajat dan doa dari kalian semua untuk Allah berikan kesembuhan buat anakandaku yang dikasihi Affza Balqis Ahmad Sharel panggilan manja ‘Adik’, 14 tahun dari SMK Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang.
Masih terngiang-ngiang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19.
Adik: Ummi, adik cantik kan? (sambil peluk dan cium ummi dengan manja)
Ummi: Ya syg, adik cantik sangat-sangat tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik-cantik niat kerana Allah tau.
Adik: Ya ummi. (sambil ku kucup dahinya)
Dengan bapanya pula dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata adik nak peluk bapa (seorang anak yang manja dan taat pada ibubapa).
Menurut Noor Atikah lagi, dia dihubungi pihak sekolah beberapa jam kemudian memberitahu anaknya dimasukkan ke HSI. Justeru, dia meminta semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan semua mangsa yang terjejas akibat pencemaran itu.
Ummi bapa redha dengan ujian Allah ini tapi bila ummi bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi bapa lemah dan longlai seluruh anggota. Ummi bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.
Affza Balqis merupakan salah seorang daripada lebih 260 mangsa terbaharu pencemaran gas metana yang dirawat di hospital semalam.
Sumber: FB Noor Atikah Daud
Kuih Ketayap Bunga Telang, Resipi Tradisi Sentuhan Moden. Lembut, Sedap & Mudah. Ini Caranya!
Kuih Ketayap merupakan kuih tradisional kegemaran ramai. Sesuai untuk dimakan sewaktu sarapan mahupun minum petang, cara buatnya tak susah pun.
Seolah-olah lempeng, diletakkan inti dan kemudian digulung. Inilah antara juadah yang menjadi kegemaran ramai.
Kali ini admin sajikan resipi Dadar gulung/kuih ketayap bunga telang. Nampak menarik bukan?
Kuih tradisi dengan sedikit sentuhan moden ini sanagt ringkas dan mudah je nak buat. Nak tahu cara buatnya, jom ikut perkongsian dari Lily Azhary.
Selamat mencuba!
DADAR GULUNG BUNGA TELANG
Adunan lempeng dadar :
Adunan 1 (warna terang)
125ml air bunga telang
75ml air kosong
125gm tepung gandum
1 sdt minyak
Secubit garam
Cara membuat:
Kesemua bahan di atas dikisar halus kenudian di tapis
Adunan 2 (warna lembut)
60ml air bunga telang
340ml air kosong
250gm tepung
1 sdt minyak
Secubit garam
Cara membuat:
Kesemua bahan di atas dikisar halus kemudian di tapis
Bahan
Inti : 60gm gula merah/gula melaka
20gm gula pasir
60ml air
150gm kelapa parut putih
Cara membuat:
Masak semua bahan di atas menggunakan api perlahan sehingga agak kering.
Jangan lupa kaup balik untuk mengelakkan inti hangus.
Biarkan sejuk.
Cara mendadar lempeng (crepe) :
Lengser kuali leper, lukis adunan (warna yang lebih gelap) seperti dalam gambar.
Kemudian tuangkan sedikit adunan berwarna lembut dan layangkan kuali leper supaya menjadi dadar nipis.
Tunggu hingga masak kemudian angkat dan letakkan ke dalam piring.
Sudukan inti kelapa ke atasnya dan gulung kemas.