Bulan Ramadan ini, kalau tak pekena Nasi Ulam memang tak sah. Sungguhpun sekarang sukar untuk mendapatkan nasi ini namun anda boleh membuatnya sendiri.
Satu perkongsian resipi oleh Hajah Rahmah Bt Puteh Mak Mah di laman sosial telah mendapat perkongsian yang tinggi.
Rata-rata netizen sangat berterima kasih kerana nasi ulam sememangnya sukar didapati dan jika ada ianya tidak enak seperti dulu.
Berikut adalah resipi yang dikongsikan.
Bahan-bahan:-
Nasi putih
Ikan talang masin
Kerisik Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus
Bunga kantan hiris halus
Ikan kembung bakar ambil isinya
Lada hitam
Bawang merah kecik dihiris halus
Serai dihiris halus
Lengkuas racik halus
Halia racik halus
Ulam-ulaman daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)
Cara penyediaan:-
1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar ( ambil isinya)
5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih.
Selamat mencuba. Saya halal kan resepi yg diajar dari arwah ibu saya. Ilmu yg manfaat utk dipanjang2kan dibulan keberkatan ini semoga sama² kita semua dapat merasa.
Kredit Resepi : eyta omar.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club