Biasanya jika teringin makan tosei akan ke kedai mamak yang berdekatan.
Namun disebabkan masih tidak dibenarkan ‘Dine In’ ramai yang suka makan di rumah sahaja.
Jadi bagi yang teringin nak makan tosei panas-panas apa kata buat sendiri di rumah.
Rupanya cara nak buat mudah aje. Ikuti resipi yang disediakan oleh puan Fatimah Saari.
Dari arwah nanny sampai ke cucu semua belajar buat tosei Alhamdulillah lembut mcm arwah buat tapi ttp xleh lawan kesedapan air tgn arwah nanny Al fatihah utk arwah…
Resipi Tosei Arwah Nenek
1 cawan kacang ulunthu
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 sudu yis mauripan
Garam
Air 3 cawan
Cara-cara nya :
1.Cuci kacang ulunthu n rendam 5-6jam,kemudian Blend smpai halus bersama dengan nasi nasi sejuk.
2.Letak garam sedikit. Kemudian tuang dlm bekas lain bancuh bhn blend dgn air + tpg beras + yis
3.Peramkan lagi semalaman (ttp dgn tudung puyuk) – untuk menaikkan
4. Sapukan kuali leper dengan minyak masak sedikit tuangkan tepung yang diperam satu senduk. Ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api
5.Gulung atau lipat kan. Siap boleh dihidangkan
Selamat mencuba.
Sumber: Fatimah Saari
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520