Biasanya kalau kita buat resipi tomyam di rumah mesti tomyam kuah merah bukan? Tapi kalau makan di kedai suka pesan Tomyam Putih memandangkan ada antara kita tidak mahir untuk sediakannya sendiri.
Diakui tomyam kuah putih ini lebih masam dan pedas rasanya, memang enak dan menyelerakan hingga kuahnya akan dihirup hingga licin. Sungguh menyelerakan!
Jadi sesiapa yang ingin mencuba untuk sediakan sendiri, bolehlah ikut resipi yang dikongsikan oleh Eqienura Mokhtar ini. Begitu detail resipi dan langkah demi langkah dikongsikan olehnya.
bahan tumbuk:
5-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
2 ulas bawang putih
4 biji tomato cherry (tomato besar lebih baik)
bahan titik:
2-3 batang serai
1 inci lengkuas
1 cm halia
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
bahan lain:
udang
sotong
1/2 biji bawang holand
oyster mushroom
cauliflower
daun limau purut
daun ketumbar (optional)
2 biji limau nipis -ambil air perahan
sos ikan
garam
gula (optional)
tomyam poktek: tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang siam tambah gula paste siam sikit bagi manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak iaitu daun ketumbar jawa. Agak keras tapi layan je makan tomyam putih kat Bangkok kunyah sekali daun tu.
Cara memasaknya :
1.Sediakan air dalam periuk. masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. biar sampai mendidih.
2.Setelah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. api slow je tak apa. nak masuk awal-awal dengan bahan tumbuk pun boleh takda siapa nak marah eh.
3.Bawang holand dipotong baji atau potonglah sesukahati. saya guna separuh je.
4.Biar kejap lepas tu masukkan sayur. Saya suka cauliflower dengan cendawan oyster. Tak lupa juga kepada cik tomato. Penting tomato ni dalam tomyam sebab dia tambah rasa masam. Elok guna tomato yang besar tu. Masak semua sampai mendidih.
5.Pastikan semua sudah mendidih baru masuk daun limau purut. Kalau masuk awal-awal nanti kuah rasa pahit dan aroma dia hilang. Nak letak akhir sekali pun okay. Lepas ni letak bahan perasa jangan tunggu-tunggu or ralit main phone dah. nanti lembik sayur tu semua.
6.Bahan perasa: yang penting ada ni. Masakan Thai tak sah kalau tak ada sos ikan. Sis masak setengah periuk, letak satu senduk. Lepas tu adjust dengan garam. Sis tak pakai aji. dua ini sudah cukup.
7.Masukkan seafood. Sis tak suka campur seafood dengan ayam/daging. Rasa tak sama. Dalam ini ada udang dengan sotong sahaja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.
Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ lion king ke apa tak payah buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsia dia, rasa tomyam manis je.
8.Masukkan sotong last sekali. Yang ni dah celur air panas sekejap. Seafood semua letak last sekali sebab senang overcooked. Bila overcooked semua liat keras-ketung. kalau buat tomyam ayam pun sama letak last sekali.
9.Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup tak. Kalau tak masin tambah lagi, kemudian tutup api.
10.Tengah tunggu kuah mendidih tadi tu boleh la belah limau nipis 2 biji. Perah airnya. dah tutup api tadi terus curah air limau ni. Tutup periuk okay.
11.Tadaaa! dah siap dah.
Oh ya, sebelum hidang panas-panas boleh letak daun ketumbar. tapi jaga-jaga ye sebab daun ketumbar ni bagi rasa pahit dalam tomyam. Sis letak sikit je. tak letak pun tak apa.
ARTIKEL BERKAITAN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club