
Teringin nak buat tomyam macam di restoran, rasanya yang masam-masam pedas ditambah kuah yang pekat. Bila di hirup memang terangkat. Tak payah nak order atau makan di kedai, kita cuba buat sendiri di rumah. Nah cuba resipi dari Siti Husni
Tomyam Pekat Ala Thai is done. Resepi tomyam pekat ala restoren Thai ⬇️
Bahan2:
-Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung
-Cili kisar 3 sudu
-santan/ susu cair
-sos ikan/kicap sotong
-sos tiram
-ayam/udang/sotong
-bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,
-cabai melaka
-limau nipis
-daun ketumbar
-sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung
Cara2:
1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. masukkan pes tomyam dlm 4 -5 sudu besar. Masuk sos tiram dalam 1 sudu besar. Masukkan serai. tumis sekejap je.
2. Masukkan ayam/udang/ sotong. gaul sebati.
3. Masukkan air dlm 3-4 cawan.
4. Masukkan semua lengkuas, bwg putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar,renehkan sekejap.
5. Perasakn dgn kicap sotong sampai cukup rasa.
6. Masukkan sayur sayuran,daun limau purut dan daun ketumbar. masukkan susu cair/ santan.
Last sekali dah mendidih perahkn air limau nipis sehingga cukup rasa. Siappp 😃😃
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Sambal Belacan Power, Sedap & Cukup Rasa. Tak Perlu Guna Air, Rahsianya Kena Ada Bahan Ni. Memang Padu!

Kalau sudah namanya orang melayu, 7 menu yang satu ini tak lengkap kalau tak ada. Dulu mungkin dimakan bersama ulam sahaja, tetapi sebenarnya sambal belacan ini banyak betul kegunaannya . Bermula sebagai sambal cicah untuk ulam-ulaman, pelengkap rasa kepada nasi goreng, ikan bakar dan sebagainya lagi.
Nampak macam mudah nak buatnya, tapi sebenarnya tak semua rasa sambal belacan menepati cita rasa. Ada terlebih masin, pedas dan sebagainya.
Tip untuk dapatkan sambal belacan yang enak katanya bawang serta belacan perlu dibakar terlebih dahulu.
Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa
Ini namanya sambal belacan.
Lain orang lain cara penyediaannya.
Tapi sambal belacan Hakak Ros sampai ada yang termimpi² bila dah lama tak merasa.
Dalam rumah ni kalau Abang Long ada, stok sambal belacan kena sentiasa ada. Hantu sambal belacan anak bujang tu.
Abang Long cakap sambal belacan ibu yang paling sedap di dunia. Dah namanya anak ibu, air tangan ibunya jugak yang sedap.
Meh lar kita tengok resipinya.
Bahan-bahan:
Belacan Melaka 1/2 ketul
Bawang besar 1 biji sedang
Cili api 40 – 50 biji
Cili besar 5 – 8 biji
Limau kasturi 10 – 15 biji
Gula 2 sudu besar (agak² jer)
Cara membuat:
Mula² kita gorengkan sebentar belacan & bawang besar. Bawang tu jangan layu sangat. Agak² dah layu sikit terus angkat.
Masukkan belacan & bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar (cili² tu tak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pon boleh) & gula. Gula pon jangan banyak sangat. Agak² jer tau untuk seimbangkan rasa. Hakak Ros tak letak garam sebab belacan Melaka tu dah masin. Tapi kalau belacan rasa tak masin boleh lar isi sedikit garam.
Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan Hakak Ros tak menggunakan air. Hanya air limau kasturi jer.
Blend kasar. Kalau buat dalam kuantiti sedikit guna lar lesung batu untuk menumbuk.
Yang penting seimbangkan rasanya. Ni masa blend tak guna sebarang air tau. Hanya air limau kasturi jer untuk menggerakkan blender.
Sambal belacan ni kena ada rasa pedas, masam, manis & masin. Sedang²kan kat tekak lar kiranya.
Ada ulam²an syiok makan dengan sambal belacan.
Perginya Siti Sarah, Abam & Pak Yus. 3 Insan Istimewa Ini, Ada 8 Perkara Yang Kita Boleh Belajar!

Akhir-akhir ini kita sering dikhabarkan dengan berita kematian, sama ada menjadi korban akibat angkara Covid-19, mahu pun pelbagai asbabnya. Benar, kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Namun apa yang akan ditinggalkan setelah berlakunya kematian itulah yang membezakan setiap antara kita.
Berkongsi tentang itu, Puan Siti Suryani Yaakop merangkumkan ada satu persamaan antara arwah Pak Yus, Abam & Siti Sarah yang boleh kita jadikan panduan dan renungan untuk kita meneruskan kehidupan ini agar kelak bila tiba masa kita tinggalkan dunia ini, kita dapat tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang dengan seikhlas hati.
Pak Yus, Abam & Siti Sarah Dalam Kenangan
Pak Yus. 30 November 2015. Isnin.
Abam. 10 Febuari 2020. Isnin.
Siti Sarah. 9 Ogos 2021. Isnin.
Masa arwah Pak Yus meninggal, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk arwah. Masa tu arwah masuk Raja Parodi. Lepas arwah meninggal, minggu tu rancangan tu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk arwah.
Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan arwah yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari arwah Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, “Lepas ni takda lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan”.
Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal arwah mesti menangis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang.
Paling kita ingat kisah arwah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, “Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam takda”.
Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato’ Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan arwah. Sampai menangis kita walau tak pernah jumpa dia.
Tuan Nadir kongsikan kisah arwah bagi korban berbelas ribu untuk Gaza. Masa jenazah arwah sedang diuruskan, team BeePrihatin post di ig. Orangnya dah takda tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live di tanah perkuburan saya nampak ada orang komen. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.
Lalu dari 3 manusia berbeza ini, ada satu pengajaran yang sama
1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa.
2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.
3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.
4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah takda ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ni macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.
5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.
6. Kebaikan ni sama bagai minyak wangi. Dia meruap. Bila mana kita sorok tak bagi nampak pun, Allah akan tunjuk. Lepas tunjuk satu, keluar satu lagi. Dan lagi. Akan pecah harumnya sama macam pecahnya bau minyak wangi. Jika tidak masa kita hidup, waktu kita telah mati.
7. Tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang. Seikhlas hati. Pak Yus suka tolong anak yatim. Abam sabar jaga mak sakit. Siti Sarah punya taatnya pada suami, stokin pun dia sarungkan.
8. Tinggalkan impak pada orang keliling yang ada. Sehingga semua orang ada memori istimewa yang berbeza dengan kita tiap satunya. Ada kisah manis yang terus hidup walau saat kita telah tiada.
Hidup seketika biar beri makna.
Sumber : Siti Suryani Yaakop
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Lebih Terjamin Nak Dapatkan Udara Bersih Dalam Rumah, Begini Ibu Ayah Boleh Buat

Tidak dinafikan situasi semasa menjadikan kita akan berada di dalam rumah 24 jam lamanya. Selagi tiada keperluan untuk keluar rumah, lebih baik kita duduk di rumah sahaja bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Itu adalah paling selamat!
Pun begitu bila setiap hari terperap di dalam bilik mungkin ada yang berasa bosan dan kemudian akan beralih angin ke ruang tamu untuk menonton tv untuk mengisi masa terluang. Bila perut terasa lapar maka akan menjengah ke ruang dapur untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan.
Selain itu, ruang dapur kini telah menjadi ruang kerja paling aktif semasa seisi keluarga berada di rumah. Bukan satu menu dalam sehari yang dimasak malah pelbagai, ada yang perlu digoreng, dibakar, ditumis, dikukus, dan macam-macam menu lagi akan disediakan demi keluarga tercinta. Begitulah aktiviti harian yang dilakukan kebanyakkan antara kita apabila berada di rumah.
Udara Tercemar Tanpa Sedar
Realitinya untuk memastikan ruang rumah memberi keselesaan dan selamat buat seisi keluarga, ada satu hal terpenting perlu diambil kira iaitu memastikan pengudaraan bersih dan segar.
Ini kerana tahukah anda berdasarkan kajian, berlakunya pencemaran udara di dalam rumah adalah lima kali lebih tinggi berbanding pencemaran udara luar?
Umumnya pencemaran sering terjadi namun kita jarang menyedarinya. Umpamanya selain asap yang terhasil dari aktiviti memasak di dapur, zarah halus PM2.5 turut dilepaskan dari aktiviti menggoreng dan memanggang. Begitu juga dari api dan lilin yang dibakar akan menghasilkan gas karbon monoksida, karbon dioksida dan nitrogen dioksida.
Malah kesan daripada penggunaan bahan kimia yang mengandungi Formaldehid untuk penjagaan perabot, lantai kayu dan sebagainya juga menghasilkan pencemaran udara dan ianya bahaya pada kesihatan seisi rumah.
Tidak dengan itu, ditambah pula dengan habuk pendingin hawa atau kipas angin yang tidak diselenggara, permainan anak-anak yang berdebu, penggunaan penyembur aerosol atau penggunaan racun perosak dan pelbagai lagi boleh mengganggu kebersihan dan kualiti udara di dalam rumah.
Apatah lagi jika keadaan rumah yang sentiasa tertutup pintu dan tingkap, sekali gus menghalang pengudaraan yang bersih dan segar ke dalam rumah. Ini secara tidak langsung menjadikan aliran udara tidak lancar dan tidak bagus untuk kesihatan seisi keluarga.
Bahkan keperluan untuk mempunyai aliran udara yang bersih lebih mendesak jika ada ahli keluarga yang menghidap asma, telah berusia atau terlantar sakit. Mereka perlukan pengudaraan yang bersih dan baik supaya dapat bernafas dengan selesa.
Penapis Udara Dyson Sebagai Penyelamat
Oleh yang demikian, untuk membantu mewujudkan kediaman yang lebih bersih dan sihat, anda perlu menggunakan penapis udara Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09 ini. Ia bertindak dengan berkesan untuk memerangkap virus, alergen dan debu yang sangat halus hingga mampu menghilangkan 99.95% zarah sekecil PM 0.1.
Berbeza dengan penapis udara biasa, Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09 ini mempunyai penapis Selective Catalytic Oxidisation (SCO) yang unik agar berfungsi secara berterusan untuk memusnahkan gas berbahaya formaldehid pada tahap molekul sekali gus menjadikan ia sebagai penapis udara termaju yang direka seumpamanya.
Secara ringkasnya produk ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dan perlu dipasang di setiap rumah. Ini antara ciri-ciri keistimewanya :-
1. Produk ini telah diuji secara saintifik untuk menghilangkan 99.95% zarah bawaan udara, seperti debu yang sangat halus, alergen dan virus.
2. Penapis udara yang berkualiti tinggi, di mana seluruh mesin ditutup kedap sepenuhnya dengan piawai HEPA H13. Ini bermaksud penapis udara Dyson tidak hanya memerangkap 99.95% zarah sekecil PM0.1 dan apa-apa yang masuk ke dalamnya mesin akan kekal terperangkap di dalam, tanpa terkeluar kembali ke udara.
3. Fungsi pengesanan pencemaran secara automatik. Bahkan turut tertera laporan melalui skrin LCD pada mesin dan apabila Aplikasi Dyson Link diaktifkan, ia membolehkan anda mengawal dan memantau kualiti udara di rumah anda dari mana sahaja. Bahkan anda boleh mengatur jadual, memeriksa jangka hayat penapis dan mengawal mesin anda dari jauh.
4. Hanya penapis udara Dyson memaparkan hingga 5 pencemar yang berbeza dalam masa nyata, iaitu PM2.5, PM 10, Formaldehid, VOCs dan NO2
5. Satu-satunya alat penapis udara dengan teknologi Air Multiplier ™ untuk menarik pencemaran jauh dan memproyeksikan udara yang dibersihkan ke seluruh ruangan.
6. Penapis udara Dyson yang diperbaharui kini 20% lebih senyap daripada generasi sebelumnya. Ini sangat bermanfaat bagi individu yang menggunakan penapis udara ketika mereka tidur nyenyak sepanjang malam.
Oleh yang demikian, atasi semua masalah pengudaraan di dalam rumah dengan menggunakan penapis udara terbaik dan paling maju Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari di laman sesawang www.dyson.my atau ke laman facebook www.facebook.com/DysonMY