Kuih tepung pelita antara sajian kuih muih yang sering menjadi buruan ramai ketika di bulan Ramadan. Biasa kita makan kuih tepung pelita yang bahan asasnya daun pandan, kali ini kita cuba pula kuih tepung pelita yang menggunakan bunga telang.
Rasanya yang lemak manis membuatkan kuih ini digemari tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Warna biru asli daripada bunga telang menjadikan kuih tepung pelita nampak menarik dan menyelerakan.
Berikut resipi membuat kuih tepung pelita seperti yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal berasaskan bunga telang.
Resipi Tepung Pelita Bunga Telang
Bahan-bahan lapisan biru:
30 kuntum Bunga Telang
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
1 cawan gula
sudu kecil gula (untuk lapisan bawah)
Bahan-bahan lapisan santan:
Ads
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa
Warna Biru Asli Kuih Menambat Selera
CARA MEMBUAT:
Cara-cara masak lapisan biru:
1. Rebus 30 kuntum bunga telang bersama 5 cawan air. Kemudian, keluarkan bunga. (tapis ambil air sahaja).
Ads
2. Masukkan air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.
3. Masukkan gula pasir yang dikisar halus ke dalam acuan lalu sudukan adunan bunga telang dalam anggaran setengah acuan.
Cara-cara masak lapisan santan:
Masak santan bersama tambahan garam secukup rasa dan tepung beras. Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat serta halus.
2. Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan ke dalam acuan iaitu di atas lapisan biru.
Ads
3. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk. Tepung pelita bunga telang sedia dihidang.
4. Kuih tepung pelita bunga telang ini rasanya tetap sama seperti tepung pelita hijau, cuma warna sahaja yang berbeza. Selamat mencuba!
Tentu mak-mak sering mencari hidangan yang mudah untuk seisi keluarga. Salah satunya hidangan minum petang.
Boleh cuba buat hidangan puding jagung. Penyediaannya pun mudah dan ringkas. Yang pertama kali pun boleh cuba buat, gerenti jadi.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Saja nak share puding jagung cara saya ya .
Puding Jagung:
1 tin jagung
1 tin tpg kastard
3/4 tin gula pasir (bole lbh/kurangkn)
3 1/2 tin santan (sy guna 1 1/2 kotak santan kara)
1 sudu garam
Cara2:
Masuk semua bahan ke dlm periuk… Gunakan api kecil…
Sentiasa kacau utk elakkan berketul.
Bile adunan dah nmpak mcm jernih & dah menggelegak… Bole tutup api
Masukkan dlm loyang @ acuan yg dh dibasahkan terlebih dulu (utk elak melekat)
Sejukkan sebelum dipotong ( utk loyang)
Saya mmg guna sukatan tin jagung untuk resepi ni, sy guna 4 tin santan..utk efek goyang inul ..sejuk2 best.
Dah siap! Memang sedap buat minum petang. Selamat mencuba.
Sejak pandemik ini ramai yang duduk dirumah bimbang dengan peningkatan kes yang meningkat saban hari.
Namun bagi penggemar kopi tentu sudah lama mengidam untuk menikmati kopi ala kafe yang disajikan dengan latte art.
Biarpun harganya agak mahal, bagi pencinta kopi ia umpama aura menjadikan kopi lebih enak diminum.
Apa kata kali ini buat aje di rumah sendiri. Sebagaimana yang dipaparkan oleh lelaki ini menunjukkan cara untuk buat sendiri latte art tanpa menggunakan mesin.
Nak tahu caranya ikuti resipi beliau.
Hanya empat bahan aje!
Making latte art versi jimat 1. French press 600ML – RM8.00 (DIY) 2. Pitcher 600ML – RM12.90 (Shopee) 3. Kopi sebuk 130g – RM2.30 4. Krimer manis – RM2.40
Boleh la nak bancuh 10-15 cup bergantung pada penggunaan susu. Saya guna satu sudu je untuk satu cawan. Tak perfect tapi ada ghope. Ajer gemor nak bergaye Saya masih baru lagi berjinak jinak dengan latte art ni. Lebih kurang sebulan dua try buat art berdasarkan pembelajaran melalui youtube dan igtv Walaupun tak secantik barista lain
Bahan-bahan:
Latte versi Cap Gantang: -1 sudu teh kopi cap gantang -20ml air panas -1 sudu besar susu krimer pekat -200ml air suam (60-70c) -frenchpress (FP) -pitcher
Petang-petang macam ni, banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga. Ada yang keluar beriadah, ada yang menghabiskan waktu untuk bercucuk tanam, berkemas dan ada yang duduk santai di rumah luangkan masa bersama keluarga berborak dan menonton televisyen.
Yang mana ada kat rumah, sambil duduk santai tu apa kata jamu keluarga anda dengan cucur comel ni! Bila lagi kan nak jamu keluarga makan petang bila hari biasa semua sibuk dengan kerja masing-masing. Jom cuba resipi mudah dan penting sedap dari Cik Pooja ni! Selamat mencuba!
Cucur Manis Bulat-Bulat
Bahan-bahannya:
3cwn tepung gandum
4sudu besar gula
1sudu kecil garam
3cwn air
Cara-caranya:
1) gaul semua bahan mesra
2) Dalam pada yang sama, renehkan air smpai menggelegak@mendidih
3) *bila air panas dah gelegak@mendidih gluk3😄😄😄…siram je atas gaulan tepung td
4) Gaulkan sebati seikhlas hati smpai jd doh gini…sebati molek doh ni…
*tggu sejuk baru di gentel bulat2 ikut saiz yg kome nak yea😁
5) Ni dah siap gentel… masa nak gentel tu tepung akan melekat2 ckit ditgn…jd cikpooja oleskan tgn ngan minyak masak…jd mudah la keje menggentel
6) time menggoreng… 👉panaskan minyak masak(pastikan betul2 panas) 👉gunakan api yg sedang2 kuat je yea…tapi bukan seMAKSIMUM api yea…kang rentung😄
7) masa menggoreng tu kene balik2kan cucuq kita tu yea…macam goreng donat jugak…
*kene kacau2 dia supaya dia masak sekata
*bila dah nmpk garing ditahap yg kome nak…boleh la angkat
haaaaa…dah siap dah…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.