
Anak-Anak suka makan telur rebus? Apa kata cuba resipi telir bersalut tepung yang cukul mudah ini. Pasti bertambah teruja si anak.
Cukup enak dimakan ketika panas-panas, baik ketika sarapan, makan tengah hari mahupun malam.
Jom ibu-ibu cuba resipi yang admin Kongsikan ni.
Melompat anak2 kalau akak masak telur ni. Idea pun entah datang daripada mana.
Tiba2 dapat ilham nak buat macamni satu masa dulu.. Alhamdulillah anak2 sukaaaa sgt.. dah jadi kesukaan diorang pulak sekarang ni..
Resepi Telur rebus celup tepung
Guna tepung bestari:
– Tepung 1 setengah cawan, Air 1 cawan.
– Celup telur rebus n goreng dgn minyak yg banyak.
Kalau takde tepung bestari,blh je guna tepung lain, tepung adabi ke, Kentucky ke.
Bahan bancuh sendiri:
– 1 cawan tepung gandum.
– Setengah cawan tepung beras.
– 1 cawan air sejuk peti.
– Sedikit air kapur,garam & perasa.
Tip:
Boleh ganti telur dengan tempe, brokoli, terung & macam-macam.
Kredit: Resepi Boncetkan Perutku
Kereta Kecil Bukan Ukuran Kekayaan, Peduli Apa Orang Kata Asalkan Hidup Punya Tabungan Kukuh.

Lumrah bagi segelintir orang yang memiliki kenderaan kecil dikatakan tidak berharta atau tidak berjaya.
Namun hakikatnya kini, ramai yang lebih suka memilih kenderaan kecil berbanding besar akibat beberapa faktor antaranya parking kereta yang terhad dan kesesakan jalan raya.
Sebagaimana yang dinyatakan dengan perkongsian ini. Dengan ini penjelasan ini, usah kita perlekehkan mereka yang memilik kereta kecil.
KERETA UKURAN KEJAYAAN
1. Ramai melihat kereta ukuran kejayaan, tak kurang juga yang kata itu lambang kekayaan.
2. Tak salah mahu membeli kereta, jika itu memang keperluan kita.
3. Alangkah bagus memiliki kereta, jika turut memiliki rumah dan juga harta.
4. Skim cepat kaya pun pamer kereta, hakikatnya menipu dan tiada harta.
5. Kereta tak jana pendapatan jadi liabiliti, buat perancangan agar tidak menyesal nanti.
6. Beli kereta fikirkan juga alat ganti, bukan main beli sesuka hati.
7. Apa guna kita berkereta besar, jika duit buat ‘parent’ selalu tersasar.
8. Kereta tak janjikan untuk kaya, simpanan habis jika asyik bergaya.
Info gambar:
Ini adalah suasana rumah jiran kami. Pasangan tua suami isteri di rumah ini selalu menegur anak-anak di waktu pagi sewaktu berjalan kaki ke sekolah.
Barangkali di kala usia tua ini, mereka memerlukan teman untuk berbual. Ditambah pula anak bongsu saya yang sangat peramah sehinggakan jiran ini sanggup membelikan ‘jajan’ buat anak-anak.
Di rumah ini terdapat 2 buah kereta kecil atau lebih dikenali sebagai keijidousha (軽自動車). Ada juga mengkelaskan kereta kecil ini sebagai K-cars (compact cars).
Keijidousha sangat mudah kelihatan dan sering menjadi pilihan warga di sini. Bahkan jika pergi membeli-belah, terdapat beberapa premis perniagaan menyediakan tempat letak kereta khas bagi kereta-kereta dalam kategori keijidousha ini.
Sebelum terlupa, perkataan keijidousha merujuk kepada ‘kei’ (compact/light), manakala ‘jidousha’ (kenderaan). Kebiasaannya, keijidousha berukuran 3.4 m x 1.24 m (11.2 x 4.9 kaki) untuk muatan 4 orang dewasa dan dibawah 660 cc.
Di sekitar kawasan kejiranan, ramai jiran-jiran Jepun saya memilih keijidousha ini. Pemilihan kereta kecil ini bukan disebabkan mereka tidak kaya atau kurang kemampuan. Tetapi, disebabkan faktor ruangan ‘parking’ yang terhad.
Atas sebab itu, ia merupakan satu kesilapan besar jika kita masih melihat kereta kecil atau besar sebagai ukuran kejayaan ataupun itu lambang kekayaan.
Bagi mereka yang berkereta kecil, percayalah apa sahaja pilihan jenis kereta kita nanti akan ada orang yang mengata. Usah didengari atau fikirkan apa yang ‘orang kata’. Usah juga berterusan menjalani kehidupan berdasarkan apa yang orang akan kata.
Pedulilah apa yang orang hendak katakan! Paling penting jika kita memilih keijidousha pun kita tidak susah! Boleh juga katakan pada mereka, “Keijidousha: Ada Aku Kisah!”
Sekadar perkongsian dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Sumber: Isma Addi Jumbri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Saya Doakan, Anak-Anak Inilah Yang Akan Jaga Ibunya.” Luahan Hati Datuk K Sempena Kelahiran Bayi Kedua Undang Sebak!

Kegembiraan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menimang cahaya mata bukan hanya dikongsikan bersama ahli keluarga, bahkan seluruh rakyat Malaysia tidak ketinggalan mengucapkan tahniah.
Umum mengetahui perjalanan untuk mendapatkan zuriat bukan semudah yang disangkakan. Pelbagai ujian dan dugaan terpaksa dilalui oleh isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini.
Tidak hairanlah, ramai yang sebak dan tersentuh hati bila mana lahirnya bayi lelaki penyanyi berkenaan. Ini termasuklah Beauty & Co. Clinic menerusi lama instagramnya telah memuat naik sebuah video semalam yang memaparkan perjalanan Siti dalam melahirkan bayi keduanya.
Menerusi video berdurasi 6 minit itu, ia memaparkan temu bual ringkas Siti dan suaminya yang mesra disapa Datuk K. pasangan ini menceritakan pengalaman dan luahan hati sepanjang kehamilan penyanyi tersebut berlangsung.
Dalam sesi temubual bersama Datuk K, warga maya sedikit tersentuh apabila beliau meluahkan isi hatinya yang kemungkinan tidak sempat melihat anak-anaknya bersama Siti membesar atau berjaya satu masa nanti.
“I just want her to know that I just love her, she’s always in my heart. I truly honestly love her. And all my prayers sebagai seorang suami yang sangat-sangat menyayanginya untuk selamat melahirkan.
“Saya percaya kedua-dua anak ini akan memberinya berjuta-juta kegembiraan dan harapan yang menggunung. InsyaAllah kedua-dua anak ini akan menjadi solehah dan soleh yang akan menyayangi ibunya.
Sebab pada saya, menjangkau umur yang melebihi 60 tahun dan Siti baru 40an dan anak yang baru dilahirkan… untuk melihat mereka berjaya ataupun grown up, possibilities ia adalah agak kecil.
“Apa yang saya doakan anak-anak inilah yang akan bersama-sama ibunya. Yang akan mengharungi masa depan mereka bersama. InsyaAllah,” katanya.

Rata-rata yang melihat video berkenaan meluahkan rasa sebak dan mendoakan semoga Dato K dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik supaya dapat melihat anak-anaknya membesar suatu masa nanti.
Sebak pulak dengar ucapan DS Khalid terutama part perbezaan umur dia dan Siti, possibility dia untuk melihat Aafiyah dan #BabyA berjaya / grown up adalah kecil.#SitiNurhaliza pic.twitter.com/SNjIjTHABt
— BAD ARSILA (@BAD_ARSILA) April 19, 2021
Part ni 😭.. InshaAllah DK dapat melihat anak2 dia membesar 🙏#SitiNurhaliza pic.twitter.com/G6nVTVFoA9
— BAD ARSILA (@BAD_ARSILA) April 19, 2021
Terdahulu penyanyi lagu Anta Permana itu selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi, semalam.
Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.
Sumber: beautynco.clinic & Bad Arsila
Rupanya Begini Cara Betul Minum Teh Hijau, Ikuti Nasihat Dr Ni, Baru Dapat Khasiat!

Ramai orang tahu kebaikan teh hijau. Tetapi mereka tidak tahu cara terbaik dan waktu terbaik minum teh hijau. Jadi mereka tidak mendapat manfaat sebaiknya.
Nak tahu lanjut bagaimana minum teh hijau cara betul, ikuti nasihat Dr Zubaidi Haji Ahmad ni.
Begini caranya
Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum sejam sebelum atau selepas waktu makan bagi memastikan catechin (antioksida yang terdapat pada teh) dapat diserap dengan baik.
Tetapi teh hijau tidak diharus diambil ketika perut kosong kerana ia mengandungi kafein yang bersifat asid. Walaupun tahap kafein dalam teh tidak banyak seperti kopi, namun ia menyebabkan rasa pedih ulu hati (tanda gastritis) bagi mereka yang sensitif atau mempunyai masalah gastritis.
Lebih banyak kuantiti teh hijau dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak kandungan kafein yang ada.
Teh hijau juga tidak seharusnya dicampur dengan susu kerana penyerapan catechin diganggu oleh kehadiran casein yang terdapat dalam susu. Teh hijau juga menghalang penyerapan kalsium yang banyak dalam susu.
Teh hijau membantu penurunan berat badan dengan meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan lemak. Tetapi ia bukan kaedah utama dalam menurunkan berat badan.
Minum teh hijau ketika sedang makan akan mengurangkan penyerapan thiamine (vitamin B1) dan zat besi dari sumber tumbuhan.
Tahap kafein dalam teh hijau berbeza-beza bergantung pada jenama dan cara penyediaannya. Dianggarkan dalam satu cawan teh hijau yang direndam selama 5 minit adalah antara 40-60 mg.
Jadi teh hijau boleh minum antara 4-6 cawan sehari.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.