Takoyaki merupakan snek yang berasal dari Korea Selatan Jepun. Di Malaysia, makanan ini popular digemari ramai termasuk kanak-kanak. Biasanya kita akan membelinya di kedai. Kadang kala memang tak cukup jika membeli dalam kuantiti yang sedikit.
Namun, bagi yang nak makan sepuasnya, apa kata cuba buat sendiri di rumah.
Ikuti resipi yang dikongsikan ini. Jom buat!
Repeat lagi buat takoyaki sebab anak-anak suka sangay Beli tak cukup. RM10 dapat 10 biji je..bila mama buat, bole mkn byk2 n puas-puas. yummmyyy
Saya share resepi kalau ada yang nak mencuba. Thank you pada empunya resepi.
RESIPI TAKOYAKI (26 – 30 biji)
Bahan²:-
2 cawan tepung gandum
3 sdB tepung jagung
2 biji telur
2 cawan susu cair
2 cwn air
1 kiub ayam
Secubit garam
2 sdb minyak masak
1 sdt baking powder
Cara²:-
1. Campurkan semua bahan² dalam bekas besar, blend n tapis
2.Adunan mesti cair mcm adunan roti jala baru lembut takoyakinya…
BAHAN INTI :
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Kobis bulat dihiris halus
CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang
4. Taburkan sayur pilihan
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Renjis²kan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas
BAHAN HIASAN ATAS :
Sos Takoyaki (sy guna sos bbq)
Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Tabur seaweed
4. Taburkan bonito flakes
Sos Takoyaki sy guna sos bbq azad, sedappp sebijik rasa mcm beli kt kedai saya cairkan sedikit dgn air panas dn masukkan dlm botol sos utk mudahkan drizzle… Wallahhh dh bole mkn puas-puas!
Selamat mencuba!
Kredit: Fuzi Omar