Resipi Tak Perlu Masak, Bebola Kek Coklat Cheese Ni Memang Tak Rumit Buatnya!

Share

Perkongsian resipi Bebola Kek Coklat Cheese daripada Ieda Jayata ini diakui nampak begitu menyelerakan. Sekali pandang macam coklat Ferrero Rocher yang mewah tetapi yang ini adalah  versi yang bukan sahaja lebih jimat kos malah mudah disediakan!

Hanya dengan menggunakan bahan-bahan seperti biskut marie, coklat masakan dan cream cheese menu yang istimewa ini tersedia untuk dinikmati tanpa perlu dibakar. Cukup hanya disejukkan dalam peti ais.

Memang mengujakan untuk sama-sama dicuba resipi ini. Jadi usah tunggu lagi begini resipinya.

 

 

Bebola Kek Coklat Cheese

Bahan-bahan:

1 peket biskut merie (perisa coklat atau asli)

250g cheese tatura

Gula icing (kalau tak nak manis tak perlu letak)

Coklat masakan

Badam dikisar kasar  (panggang sekejap)

Cara-cara :

1.Kisar biskut marie hingga halus.

2.Kemudian gaul bersama dengan cheese tatura sehingga rata.

3.Kemudian bulat-bulatkan kecil.

4.Cairkan coklat masakan mengunakan teknik double boil.

5.Golek-golekkan bebola biskut tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan tadi. Kemudian tabur sedikit badam.

  1. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

Sumber : Ieda jahaya via BIKMM

 

ARTIKEL MENARIK :

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club