Resipi Sup Tulang Ala Thai Patutlah Sedap, Rupanya Ada Bahan Tumis Penyedap Rasa. Mesti Cuba!

Share

Lazimnya apabila meraikan Hari Raya Aidiladha, masakan sup tulang adalah wajib selepas selesai majlis korban. Rasa enak daging segar akan membuatkan sup tulang menjadi lebih sedap.

Pelbagai resipi sup tulang menjadi pilihan kita antaranya resipi sup tulang ala thai sebagaimana perkongsian ini. Boleh cuba buat resipi ini. Penyediaanya pun mudah!

SUP TULANG/DAGING ALA THAI

BAHAN :


2 kg tulang
1kg daging lembu/gearbox -rebus semua hingga lembut
1 batang saderi (hiris)
3 helai daun bay
3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jadi pahit)
1 biji buah keras (blend)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 btg serai (ketuk)
1 btg lobak (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong)
2 biji tomato (belah 4)
Cili padi 5 btg
kiub maggi Lembu 1 kiub

BAHAN TUMBUK @ KISAR :


Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/sy ambil isi dlm sup bunjut tulang, blend skli dgn bawang). Daun ketumbar dan perahan limau nipis

CARA:


Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk. sy tak ambil air rebusan. Didihkan air dalam periuk, masukkan halia (ketuk), bawang holland hiris, serai (ketuk) biarkan mendidih.

Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk/kisar, daun limau purut, daun bay, kiub lembu dan masukkan 2sdb rempah sup, (saya guna rempah sup adabi) masak sehingga naik bau . Masukkan 3 sekawan.

Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan. , masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang n lobak empuk.

Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa. Siap.Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice  then makan dgn sambal kicap.

Resepi perkongsian sahabat saya. Saya gabungkan sedikit resepi ala thai saya.

Kredit: Sharla Rose