
Resipi sup tauhu telur antara menu mudah yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Menu begini sangat sesuai dengan ibu-ibu yang bekerja tetapi dalam masa yang sama mahu memasak sendiri di rumah.
Tauhu telur atau tauhu Jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Sup tauhu telur juga dapat dijadikan makanan alternatif untuk individu yang tidak suka makan daging. Ringkas tapi sedap. Makan panas-panas memang terbaik. Jom kita masak!
RESIPU SUP TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
3 pek tauhu telur
1 pokok brokoli
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar lada sulah
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air
Cara memasak:
1. Mula-mula potong tahu telur, lepas tu bedakkan dia dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.
2. Wajib untuk salutkan tauhu dengan tepung jagung bagi mengelakkan tauhu meletup ketika digoreng.
3. Apabila sudah garing seperti dalam gambar, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.
4. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
5. Masukkan sos tiram. Kalau tak ada pun tak apa. Bubuh ikan bilis pun sedap.
6. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Jika suka berkuah masukkan lebih banyak air.
7. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak masukkan sayur lain pun boleh. Ikut selera ya.
8. Masukkan tauhu telur goreng tadi.
9. Masukkan serbuk lada sulah.
10. Masukkan cili hiris.
11. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api. Tak perlu masukkan garam kerana sudah masukkan sos tiram. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Umi Watie
Nasi Ayam Hainan, Perkongsian Resipi Dari Mizzmoon Moon Dapat Pujian Warganet!

Menu nasi ayam diakui menjadi antara menu kegemaran ramai. Pun begitu ada orang lebih suka Nasi Ayam Hainan berbanding Nasi Ayam biasa dek kerana ayamnya direbus dan ini menjadikan ianya lebih juicy.
Mudah juga untuk anak-anak menikmatinya berbanding nasi ayam biasa di mana ayam perlu digoreng atau dibakar.
Jadi jika ada yang teringin untuk menikmati Nasi Ayam Hainan ini, boleh buat seperti resipi yang dikongsikan oleh Mizzmoon Moonyang dapat meraih perhatian warganet yang tercari-cari menu istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga.
Nasi Ayam Hainan
Sambal cili
Sambal halia,bawang putih,daun bawang
Sup bebola ayam
Bok choy sos tiram
Bahan rebusan ayam:
8 ulas bawang putih
3 inci halia
Daun bawang
Garam dan perasa secukupnya
Air melebihi paras ayam
Cara Buat :
1.Tutup periuk, rebus guna api sederhana selama 1 jam atau mengikut kuantiti ayam
- Apabila ayam sudah masak,keluarkan terus masukkan ke dalam air sejuk berais,rendam sekejap,supaya ayam kekal juicy
- Kemudian lumur ayam dengan sedikit sos tiram, saya guna sos seafood adabi, lebih sedap dan warna akan jadi cantik
- Kemudian bakar suhu 210 celsius selama 10 minit
Bahan-bahan untuk nasi ayam:
3 pot beras basmathi (1 pot beras bersamaan 1 1/2 pot air)
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang
1 kiub pati ayam (optional)
Air rebusan ayam secukupnya
Minyak lemak ayam dan sedikit planta
Garam secukupnya
Cara Buat :
1.Goreng tanpa minyak lemak dan kulit ayam, untuk dapatkan minyak lemak ayam
- Kisar halus halia, bawang putih, tumis guna minyak lemak ayam dan sesudu planta, masukkan sekali daun bawang dan kiub ayam
- Kemudian masukkan beras, air rebusan ayam dan garam, masak macam kita masak nasi biasa tu
Bahan sambal halia:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Daun bawang
Minyak masak
Cara masak:
1.Saya guna chopper untuk cincang semua bahan
2.Panaskan minyak masak, tuang ke dalam mangkuk bahan-bahan cincang tadi, gaul sebati, kalau nak letak perasa pon boleh.
ARTIKEL MENARIK :
- Pulut Kuning Tetap Lembut Walau Sejuk, Rupanya Begini Cara Orang Kelantan Buat Jadi Sedap!
- Sambal Tempe Bilis Kacang Yang Rangup. Buatkan Sebagai Stok, Boleh Makan Tak Kira Masa!
Sambal
Bahan sambal cili:
10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit jus limau kasturi
Sedikit air
Garam,gula,perasa secukupnya
Cara buat :
1.kisar halus semua bahan
2.Masak sekejap hingga mendidih
Sedia untuk dinikmati.
Bersuamikan Orang Utara, Perlu Pro Sediakan Menu Yang Satu Ni!

Nasi daging ini selalunya orang di Kedah masak di waktu-waktu tertentu sahaja, seperti Hari Raya Korban, Aqiqah dan sebagainya. Senang cakap, menu istimewalah!
Oleh itu, bila anda bersuamikan orang utara, kena hadam cara nak sediakan menu nan satu ini. Bila sudah pro, bukan sahaja suami sayang malah mak mertua pun suka.
Jadi bagaimana hendak masak Nasi Daging yang power? Perkongsian wanita ini menerusi facebooknya buat kita terliur dan rasa nak cuba serta-merta. Paling penting yang anda perlu tahu, nak masak Nasi Daging memang tersangatlah mudah dan ringkas. Campak-campak saja. Cuba tip ini.
Penumis Kena Ada
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Stok Air Rebusan Daging
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik Pelengkap
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
- 5 cawan beras
- 2 sudu makan rempah kurma
- 5gm kulit kayu manis
- 5gm bunga lawang
- 5gm bunga cengkih
- 5gm buah pelaga
- 1 sudu makan marjerin
- 1 ulas bawang merah -dihiris
- 1 ulas bawang putih -dihiris
- 1 helai daun pandan
- 1/4 cawan susu cair
- 10 biji tomato kecil – dipotong dua
- Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan marjerin.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
3. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
5. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
6.Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji tomato -dihiris
- 3 ulas bawang merah -dihiris
- 3 biji cili padi -dihiris
- Sedikit asam jawa
- 1 sudu makan kerisik
- 3 batang cili merah *
- 4 biji cili padi*
- Belacan bakar besar ibu jari*
- Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bahan bertanda * di atas.
- Satukan kesemua bahan hiris.
- Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
- Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
- Siap dihidang bersama nasi daging panas.
10 Sebab Mengapa Wanita Berusia Perlu Makan Biji Labu. Wow, Kena Cuba Ni!

Sebelum ini, anda mungkin beranggapan bji labu sekadar snek ringan yang tiada zat. Jangan tak tahu, biji labu banyak manfaatnya, terutama untuk wanita yang sudah berusia. Khasiat asid lemak dengan kandungan pelbagai zat serta tinggi serat, terbukti pengambilannya membantu ramai wanita mencapai jumlah ideal 50 gram serat daripada 1000 kalori yang dimakan.
Apa kelebihan lain? Ok, jom semak.
1. Jaga jantung
Satu perempat cawan biji labu mengandungi hampir separuh jumlah pengambilan harian magnesium yang dicadangkan. Magnesium dikatakan memberi kebaikan terhadap tekanan darah dan membantu mencegah serangan kardiak, serangan jantung dan strok.
2. Zink untuk sokongan imun
Biji labu kaya sumber zink. Satu auns biji labu mengandungi lebih daripada 2 miligram mineral ini. Zink penting untuk tubuh. Kebaikannya untuk keimunan, pertumbuhan dan pembahagian sel, tidur, mood, deria rasa dan bau, mata dan kesihatan kulit, mengatur insulin dan fungsi seksual lelaki.
3. Lemak omega-S berasaskan tumbuhan
Biji-bijian dan kacang mentah, termasuklah biji labu adalah salah satu sumber terbaik omega-3 berasaskan tumbuhan (asid alpha-linolenic atau ALA).
4. Kesihatan prostat
Pengambilan biji labu sebagai makanan semula jadi untuk kesihatan lelaki memang telah lama diketahui. Ini adalah berikutan dengan kandungan zink yang penting untuk kesihatan prostat. Ia juga mungkin disebabkan ekstrak dan minyak biji labu memainkan peranan penting dalam merawat prostat membesar atau BPH.
5. Anti diabetes
Kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mencadangkan biji labu mampu membantu memperbaiki pengaturan insulin dan membantu mencegah komplikasi diabetes melalui cara mengurangkan tekanan oksidatif.
6. Baik untuk wanita selepas menopaus
Minyak biji labu kaya dengan phytoestrogen asli. Kajian mencadangkan ini boleh membawa kepada peningkatan kolesterol baik HDL melalui cara mengurangkan tekanan darah, hot flashes, sakit kepala, sakit sendi dan simptom-simptom menopaus yang berlaku pada wanita selepas menopaus.
7. Baik untuk kesihatan jantung dan hati
Biji labu, kaya dengan lemak sihat, antioksidan dan serat, mampu beri kebaikan untuk kesihatan jantung dan hati terutamanya jika dicampurkan dengan biji flax.
8. Triptofan untuk tidur nyenyak
Biji labu kaya sumber triptofan, sejenis asid amino yang akan ditukar oleh tubuh menjadi serotonin. Serotonin ini kemudiannya akan ditukar menjadi melatonon atau hormon tidur. Memakan biji labu bersama-sama keping buah beberapa jam sebelum tidur dikatakan baik untuk menyediakan tubuh tritopfan yang diperlukan dalam penghasilan melatonin dan serotonin untuk membantu tidur nyenyak.
9. Kebaikan anti keradangan
Minyak biji labu dikatakan menunjukkan kesan anti keradangan. Satu kajian terhadap haiwan mendapati ia serasi dengan ubat anti keradangan indomethacin dalam merawat artritis.
10. Baik untuk kulit & rambut
Minyak biji labu dikatakan baik untuk merangsang pertumbuhan rambut lelaki terutamanya yang mengalami masalah androgenetc alopecia. Lemak sihat yang terdapat dalam biji labu baik untuk hidrasi, sementara vitamin A merangsang penggantian sel untuk memastikan kulit muda.
Sumber: Sempoimedia.blogspot.com