Pernahkah anda makan sup fungus? Biasanya ramai kaum Cina mengamalkan sup ini. Sup fungus juga ada dalam minuman sarang burung yang dijual di pasaran. Sememangnya sup fungus ini jika diamalkan bukan hanya untuk kecantikan sahaja tetapi juga kesihatan.
Penjagaan dalaman juga amat penting selain penjagaan luaran kerana untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik, dalaman kita juga perlu sihat. Oleh itu selain mengamalkan rutin penjagaan wajah yang betul, amalan suplemen juga amat penting. Dalaman yang sihat mampu menjadikan penampilan kulit lebih sihat dan berseri.
Memang banyak tersedia suplemen di pasaran namun anda juga boleh mengamalkan suplemen yang anda buat sendiri. Menggunakan bahan-bahan semula jadi tentunya anda tahu tentang bahan-bahan yang digunakan. Antara suplemen yang anda boleh amalkan ialah sup fungus.
Resipi Sup Fungus, Rahsia Awet Muda
Berikut dikongsikan resipi sup fungus yang digabungkan bersama bahan premium lain seperti kurma merah cina (Chinese Red Date), rooibos, American ginseng dan goji beri.
RESIPI SUP FUNGUS
BAHAN BAHAN:
40 gram snow fungus
7-10 red dates (boleh lebih)
Sedikit american ginseng
1 uncang rooibos tea
6 cawan air
80 gram gula batu (boleh lebih)
20 gram goji beri
CARA-CARA MEMBUAT:
- Pastikan red date, goji beri dibasuh sebelum menggunakannya.
2. Boleh rendam red dates di dalam air suam selama 5 minit dan kemudian buang bijinya.
3. Rendam snow fungus dalam air panas seketika. Dalam 7-10 minit.
4. Kemudian, buang air dan gunting snow fungus dapur menjadi kepingan yang lebih kecil dan kemudian potong bahagian berkerak kekuningan di bahagian bawah.
5. Rebus snow fungus bersama sama red dates dan american ginseng. Perlahan api.
6. Selepas beberapa minit masukkan pula gula batu. Bagi yang tidak mahu gula batu, sebagai pemanis boleh ganti madu atau stevia. Tapi jika mahu letak madu, pastikan madu letak selepas semuanya direbus dan selepas api ditutup. Jangan letak madu waktu api masih menyala. Kurang khasiatnya nanti.
7. Setelah beberapa minit dan gula batu cair, masukkan pula goji beri. Goji beri ini jika masuk terlalu awal akan menyebabkan terlebih masam.
8. Masukkan teh rooibos. Rooibos ini hanya sampingan. Tak mahu letak pun tak apa. Tapi disebabkan banyak khasiat, maka cikgu suka masukkan rooibos.
9. Setelah bahan sudah lembut, tutup api. Boleh hidang untuk satu famli makan. Sedap dan berkhasiat.
Kulit Anjal & Glowing, Tubuh Pun Fit
Setiap bahan ini mempunyai manfaat yang baik antaranya;
SNOW FUNGUS
*Cegah kanser
*Untuk kulit yang sihat
*Bagus untuk Kesihatan jantung
*Rawat keletihan
*Kuatkan sistem imun
*Kuatkan otak/daya ingatan dan rawat penyakit Alzheimer
*Bantu masalah diabetes
*Kulit jadi anjal dan awet muda
*Kurangkan keradangan
*Bantu cepatkan proses penyembuhan luka
CHINESE RED DATE
*Kaya dengan Vitamin C
*Mempunyai fungsi melindungi Hati
*Membantu mengurangkan kolesterol
*Meningkatkan sistem ketahanan badan
*Membantu mengurangkan risiko barah
AMERICAN GINSENG
*Kaya dengan antioksidan
*Kurangkan keradangan
*Bagus untuk otak
*Bantu tingkat sistem imun
*Melawan keletihan
*Meningkatkan tenaga
*Bantu turunkan gula dalam darah
ROOIBOS
*Bantu turunkan kolesterol jahat
*Tingkatkan kolesterol ‘baik’ pada mereka yang berisiko terkena penyakit jantung.
*Kaya antioksidan
*Mencegah kanser
GOJI BERRY
*Vitamin, mineral dan antioksidan
*Kawal gula dalam darah
*Cantikkan kulit
*Turunkan berat badan
*Melawan penuaan (awet muda)
*Melindungi dari kanser
Selain mengamalkan suplemen, makanlah makanan yang berkhasiat. Melalui pemakanan yang sihat, kecantikan wajah akan lebih terserlah.
Sumber kredit: Sarifa Redzuan II
Baca artikel lain yang berkaitan: Sup Tulang Makan Di Kedai Sedap ‘Lain Macam,’ Rupanya Ada Bahan Rahsia Kena Tambah
Sup Ayam Herba Ginseng & Sup Ayam Kurma Merah, Resipi Wajib Kaum Cina Waktu Pantang!
Tak Sangka Sedap Rupanya! Sup Barli Berlauk Sesuai Redakan Panas Dan Demam