Apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengah hari? bila mengikut selera masing-masing mungkin banyak pilihan kan. Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat resipi Sup Daging pula.

Simple je tapi rasanya sedap macam makan di kedai. Yang penting bahan asas untuk menyedapkan resipi ini kena ada. nak tahu apa dia jom baca perkongsian dari puan Nik Hakimah ni. Selamat mencuba!

Resipi Sup Daging Ala Thai  Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

saya nak share buat Sup Daging ala kedai tomyam zero failure. Sesuai untuk yang baru belajar masak. Jangan risau. Saya dulu pun tak pandai. Puas bubuh segala rempah apa bagai tetap tak macam sup kat kedai tomyam siam tu.

Lepas tu saya makan kat rumah mak saya. Ada hint rasa yang sama. Apa lagi. Korek ilmu la…
Caranya lihat di bawah:
  • Mula2 rebus daging yang dah dipotong2. Besar kecik tu belakang kira. Tak payah pikir urat ke apa. Lebur je. Ni guna sepeket daging frozen. Saya gunakan pressure cooker.. Ala. Pressure cooker yang berbunyi scary bila tgh masak tu. Kejap jela. Kalau rebus periuk biasa lama lah sikit. Bila dah siap rebus, campak je 2biji kentang size kecik yang dah dibelah 2. Kalau besar sebiji cukup belah lah 4.

Resipi Sup Daging Ala Thai  Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

Ads
  • Dalam kuali yg lain, tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah 3ulas, bawang putih 3ulas,halia 2inchi, sup bunjut. Saya belasah je bawang besar. Semalam pi beli bawang, bawang dah la mahal. Bawang merah pun habis stok. Alahhh.. Balun je.

Resipi Sup Daging Ala Thai  Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

  • Sampai dia caramelised begini ha. Hangus2 sikit tu sedap. Pastu tuang je masuk periuk daging tadi, on pulak api daging.

Resipi Sup Daging Ala Thai  Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

Ads
  • Ha. Inilah rahsianya. Perencah sup siam. Ha. Letakkk..

Resipi Sup Daging Ala Thai  Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

  • Rebus lah sampai kentang empuk, letak tomato belah 4, batang saderi (tak letak sbb tak ada, orang econsave semalam lambatnyaaa restock barang), garam dan sedikit air limau nipis… Ha. Yg tu pun rahsianya juga. Kalau nak pedas time ni la masuk cili api ketuk je.

Resipi Sup Daging Ala Thai  Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

Ads
  • Tabur daun sup. Mahaplah kurang fresh daunnya. Siap. Memang rasa macam kat kedai siam tu ha.

Resipi Sup Daging Ala Thai  Yang Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Secukup Rasa!

Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI