Ramai suka makan sup ayam dengan nasi. Lebih lagi, jika ada anak kecil. Mesti ia jadi menu wajib dalam keluarga.

Tambahan pula, menu ni mudah untuk memasaknya.

Apa kata cuba cara masak sup cara Johor. Ikuti perkongsian wanita ini.

 

IKLAN

Resipi Sup Ayam Cendawan Ini Rasa Enak. Patut Kena Buat!

Betul ke org Johor kalau lauk sup-sup diorang nk lawan dgn sambal kicap??? Suami sy johorean.. Dia lah ni ajar mkn sup dgn sambal kicap.. Goreng pisang pom dia nk sambal kicap jgk..
Hehe kalau org Terengganu singgang ikang wajib nk ada budu… Menu hari nie sup ayam cendawan, sambal kicap, sawi masak sos tiram, ikang goreng, buah dan ulam 🤗

IKLAN

Rasepi sup ayam cendawan
simple stail saya

Bahan2
1/2 ekor Ayam ( potong kecik dan basuh bersih2 )
💕 3 biji bawang merah
💕 3 ulas bawang putih
💕 1 inci halia
💕 cili padi ( nk pedas letak banyak)
1 biji Kentang ( potong 4 )
1 biji lobak merah ( potong besar)
1 biji buah tomato ( belah 4 )
1 peket sup bunjut adabi
sudu besar rempah sup adabi
Cendawan kering ( rendam biar lembut potong 2 )
Garam dan perasa
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Daun sup / daun bawang ( potong kecik )

IKLAN

Cara2nya
1. Tumbuk kasar bahan yg bertanda..
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk sehingga naik bau, dan masukkan ayam td, biarkan ayam separuh masak dan tambah air secukupnya.. Dan masukkan sup bunjut..
3. Masukkan kentang, lobak dan cendawan bila dah mendidih masukkan rempah sup, kacau sebati, perasakan dgn garam dan perasa, bila sup dh hampir masak masukkan buah tomato..
4. Bila dh masak hidangkan dan tabur dgn daun sup serta daun bawang..

Siap!

Kredit: Nor khomariah Norrohman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI