
Sotong Bakar Atau Kukus Ala Thai ni memang nampak cukup menyelerakan. Rasanya yang pedas,masam,manis pasti membuatkan anda tak cukup sepinggan nasi.
Hujung minggu ni apa kata cuba resipi ini untuk sajian seisi keluarga. Admin kongsikan resipi dari Puan Habibah Badar Bajrai. Selamat mencuba!
Ni resepi viral yang ada banyak version. Seme version, tukang post dia kata sedap. Kita yang baca pun jadi gamam.
Tapi, sebab seketul Kak Bib ni jenis malas nak guna resepi yang banyak bahan, version ni jadi pilihan.
Result dia. Uwarghh!! Mintak ampun sedapnya!!
Kalau tak minum dulu #cannella, korang makan nasi sure bertambah tambah.
Nak cuba try? Jom tengok resepi
SOTONG KUKUS/BAKAR ALA THAI
Bahan-bahan
6 ekor sotong
Bahan sos
12-15 biji cili padi
4 ulas bawang putih
3 biji limau nipis – perah ambik air
1 pokok daun ketumbar
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan gula
Cara cara
- Kukus atau bakar dulu sotong sampai masak. Pastu kelar kelar badan dia. Angkat, letak dalam pinggan.
- Kisar cili padi, bawang putih, perahan air limau nipis, dan gula.
- Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan daun ketumbar yang di cincang.
- Tuang sos ni atas sotong tadi. Woala!! Sedap giler!! Sambal dia cukup rasa pedas, manis, fresh. Senang cakap, memang sedap sangat sangat.
Kalau korang makan time mata tengah ngantuk, confirm lepas tu terus segar bugar ?
Die die must try ok!
Kalau nak lagi resepi yang simple dimple tapi best, follow Habibah Badar Bajrai ok
#DapurCasadiab
Pucuk Pudina Yang Dibeli Jika Keluarga Makan Tak Habis, Eloklah Ditanam!

Tumbuhan herba pudina mungkin tidak ramai mengetahui begitu banyak manfaatnya. Selain boleh dijadikan ramuan tambahan ketika menyediakan laksa, daun pudina juga boleh dijadikan minuman menyegarkan.
Malah jika dikunyah mentah daun pudina tersebut dikatakan petua terbaik untuk menghilangkan bau mulut. Kesan kesegarannya jauh lebih baik daripada menguyah gula-gula getah.
Untuk itu, elok kiranya kita menanam pudina ini di laman rumah. Selain boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, pokok pudina ini juga dapat menyerikan laman kediaman.
Dimana hendak dapatkan benihnya? Mungkin ada yang tertanya-tanya. Paling mudah sekiranya ada membeli pudina di market untuk dijadikan ramuan masakan, asingkan sebatang dua untuk ditanam.
Nak tahu cara menanamnya? Ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Rashidah Arshad ini.
Cara Menanam Pudina
- Sediakan tanah.. sy belasah je campur tanah ikut suka hati.. siram tanah bg basah..
2. Potong pucuk pudina dari pokok yg sedia ada atau p la beli kt market nu.. ambik bahagian pucuk dlm 3-4″
3. Cucuk ke tanah
4. Penuhkan seperti di dalam gambar.
5. Letak tempat redup. sy letak bwh pokok2 lain. Biarkan sampai stabil. Bila da cantik kejadiannya, potong pucuk n ulang je proses ke pasu lain.. kalau dibiarkan nnt jd lupus kering tak cantik.. kena trim bila da byk.. wat la ulam ka.. teh ka.. nasi ka.. laksa ka hihihi..
Inilah hasilnya… buh la baja 2 minggu skali.. siram ayaq beras..
Ini Sebabnya Kenapa Kena Berhenti Order Air Limau Ais Di Kedai Jika Limau Tidak Di Cuci. Baca Perkongsian Doktor Ini.

Rasanya yang masam manis apabila dimasukkan ke dalam air minuman atau makanan lain menambahkan rasa enak.
Namun, pesanan penting buat penggemar minuman atau makanan yang menggunakan limau kasturi seperti air limau, sirap limau, teh-O limau, mee rebus dan sebagainya, pastikan buah tersebut dicuci dahulu.
Ini kerana lazimnya buah limau kasturi itu akan diletakkan ke dalam minuman atau makanan, dengan kulit-kulitnya sekali. Ini yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman facebooknya.
Kulit limau kasturi tu mungkin ada debu, bakteria, kulat, dan mungkin juga ada racun serangga. Bahan-bahan ini jika mencemari minuman atau makanan maka ia boleh menjejaskan kesihatan.
Konsepnya sama macam kita mahu telur dicuci sebelum digunakan untuk roti canai telur atau martabak. Kita tak mahu kekotoran pada kulit telur mencemari makanan.
Jika sediakan minuman dan hidangan di rumah, jangan pula kalian sendiri lupa bersihkan limau kasturi tu sebelum diletak dalam makanan atau minuman. Lebih elok jika selepas beli, cuci dulu siap-siap dan keringkan sebelum simpan dalam peti sejuk. Barulah limau kasturi tak cepat rosak atau berkulat.
Selain menyedapkan rasa dalam minuman dan makanan, limau juga memiliki khasiat yang baik:
1. BAIK UNTUK PERUT
Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan SEMBELIT. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.
2. PERAWATAN KULIT
Limau dapat menjadi ubat antiseptik semulajadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.
3. RAWATAN GIGI
Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus dalam perawatan gigi membantu menyingkirkan rasa sakit, cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
4. SEMBUHKAN JANGKITAN PADA TEKAK
Limau juga ialah buah yang sangat baik untuk membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya anda boleh berkumur-kumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.
5. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Air limau bekerja baik, ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membamtu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress metal secara depresi.
6. MENURUNKAN BERAT BADAN
Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Kesan yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air suam bersama madu.
7. MEMBANTU MENYEMBUHKAN GANGGUAN NAFAS
Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutamanya pada individu yang menderita asma.
8. MENGUBATI REUMATIK
Limau memiliki sidat deuratik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi dengan cara mengeluarkan racun, bakteria dalam tubuh.
9. MERENDAHKAN SUHU BADAN DAN SELSEMA
Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam dengan meningkatkan daya perpeluhan.
10. PEMBERSIH DARAH
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria, dapat diubati dengan air limau keranan ia mempunyai sifat pembersih darah.
.
Suami Isteri Bergaduh Jangan Lama-Lama, Rapatkan Kembali Hubunngan Dengan Cara Ni!

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri’, petikan lagi Tan Sri P Ramlee ini begitu menggambarkan kehidupan sebenar suami isteri.
Perbalahan kecil, perselisihan faham adalah lumrah kehidupan berumah tangga. Walau bagaimanapun, hal yang dianggap kecil jika diperbesarkan boleh membawa kepada masalah besar dan seterusnya mencetuskan bibit-bibit pergaduhan sekaligus perceraian.
Bagi mengelakkan pertengkaran, tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda dalam menangani pertengkaran yang kerap berulang.
1.Jangan bangkitkan lagi kemarahan pasangan anda
Sekiranya perselisihan faham atau perbualan anda dan pasangan sudah menunjukkan ke arah pertengkaran, berhenti seketika dan bertindak menjadi pendengar. Elakkan daripada menambahkan kemarahan pasangan anda dengan ayat-ayat yang berunsurkan emosi atau negatif. Kadang kala perkataan yang diutarakan ketika pergaduhan berlaku adalah di luar kawalan fikiran.
2.Bertolak ansur dalam pertengkaran
Beri ruang kepada pasangan untuk menyuarakan luahan atau pendapatnya agar anda dapat mengetahui keadaan sebenar dengan lebih jelas lagi. Sabda Rasulullah s.a.w, “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” Justeru itu, beralah tidak bermaksud bahawa anda sebaliknya, anda menjadi penyelamat kepada perhubungan anda.
3.Banyakkan bersabar
Sudah pasti ketika pertengkaran berlaku, tahap kesabaran anda diuji dalam menangani masalah yang timbul. Berkorban demi kebaikan adalah wajar dilakukan demi kesejahteraan rumah tangga bersama. Ketika anda dan pasangan dalam keadaan tegang, cuba anda beristighfar supaya hati yang membara boleh sejukkan kemarahan tersebut. Sesungguhnya, syaitan sentiasa menjadi orang tengah yang berusaha untuk menjatuhkan masjid yang terbina bagi menyesatkan lagi umat Islam.
4.Panggilan manja
Kadang kala pertengkaran yang berlaku boleh menjadi tenang andai anda menggunakan panggilan manja kepada pasangan anda. Jika sebelum ini anda membiasakan panggilan ‘sayang’ ‘manja’ atau ‘baby’, kekalkan panggilan tersebut ketika pertengkaran. Hindari sikap yang mementingkan diri sendiri sehingga tergamak untuk membahasakan diri dengan ‘aku’ atau ‘kau’ kepada pasangan anda. ini hanya meningkatkan lagi kemarahan pasangan kepada anda.
5.Jangan melibatkan orang ketiga
Kadang kala ada sesetengah pasangan menggunakan khidmat orang ketiga dalam membantu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Namun, perlu diinginkan bahawa segala rahsia rumah tangga haruslah terkunci rapi dalam ‘peti besi’ kerana isi hati manusia adalah berbeza-beza. Mungkin pihak ketiga tersebut hanya ingin mengambil kesempatan terhadap pergolakan yang berlaku dan penyelesaian yang ingin dicari hanya membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri.
6.Selesaikan masalah sebelum meninggalkan pasangan anda
Jangan sesekali meninggalkan pasangan anda tanpa sebarang kata putus atau penyelesaian kerana ia akan membuatkan pasangan anda keliru akan situasi yang berlaku. Lazimnya, ada yang berpendapat bahawa meninggalkan pasangan sendirian adalah jalan penyelesaian daripada membiarkan ia berterusan. Ini akan menyebabkan masalah anda tidak akan tamat dan berkemungkinan ia akan menjadi isu pada masa akan datang. Cuba bertindak secara profesional dan cari jalan penyelesaian bersama kerana kehidupan berumah tangga adalah tanggungjawab anda dan pasangan untuk mengemudikannya.
7.Mohon Kemaafan dan perdamaian
Setelah kedua-dua belah pihak kembali bertenang, ambillah langkah segera dengan memohon kemaafan daripada pasangan anda. Peluk pasangan anda dan ungkapkan kemaafan dengan keikhlasan agar pasangan anda dapat melihatkan kesungguhan anda untuk berdamai. Berjanjilah kepada pasangan anda bahawa kejadian tersebut tidak akan berulang lagi dan anda akan berusaha untuk mempertahankan hubungan tersebut sehingga ke akhir hayat.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/