Solok lada memang sedap! Biasa kita makan dengan nasi kerabu. Makanan ‘orang Kelantan’ ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat tempatan tetapi juga orang luar. Selain dimakan bersama nasi kerabu, solok lada juga boleh jadi lauk atau boleh dimakan begitu sahaja.
Cuma di luar ini tak ramai jual, nak puas makan kena buat sendiri. Caranya ikut langkah yang dikongsi oleh El Musliha Katiman. Cara buatnya pun tidaklah sesudah mana pun.
Bahan-bahan:
15 biji cili besar
1/3 biji kelapa parut- ditumbuk
2 cawan santan separa pekat
3 ekor ikan-rebus, buang tulang dan tumbuk
4 biji bawang merah- tumbuk
3 biji bawang putih- tumbuk
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
Sedikit halia- ditumbuk
3 helai gaun pandan
Gula dan garam
Cara-cara membuat:
1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
2. Gaul kelapa parut, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
3. Sumbat kelapa yang sudah digaul ke dalam cili.
4. Lapik periuk dengan daun pandan (boleh guna kacang panjang juga) & susun solok lada yang telah ada inti di atasnya. Tutup dengan daun pandan.
5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.
6. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak.
Sumber: El Musliha Katiman