Resipi singgang daging Kelantan, bahan ‘rahsia’ ni buat lagi sedap! Singgang daging merupakan salah satu hidangan tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Masakan ini dikenali kerana cara penyediaannya yang ringkas tetapi mampu menghasilkan rasa yang lazat dan menyelerakan. Berbanding dengan masakan lain yang memerlukan penggunaan minyak dan santan, singgang daging lebih sihat kerana hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti rempah ratus dan air.
Nah cuba masak Singgang Daging seperti yang dikongsikan oleh Tengku Syazwanie ini.
BAHAN-BAHAN:
1 keping daging – hiris nipis
1 inci halia – hiris
1 inci lengkuas – hiris
1 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil
1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar
2 keping asam gelugur –
1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.
2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.
3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.
4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.
Singgang daging bukan sahaja enak tetapi juga mempunyai banyak khasiat. Penggunaan bahan semula jadi seperti kunyit dan halia membantu dalam sistem penghadaman serta meningkatkan imuniti badan.
Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie
Baca artikel lain juga: Ayam Goreng Tomyam Pedas. Cuba Buat Sekali, Rasanya Ramai Yang Suka!
Resepi Bihun Sup Siam Sedap, Rasa Macam Bercuti Di Thailand
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my