
Hari ini apa menu yang ibu-ibu nak sajikan buat keluarga? Atau masih tercari-cari lagi. Apa kata cuba buat Resipi Ayam Madu yang cukup mudah ini. Bahan pun tak banyak. Makan bersama nasi putih memang terangkat. Anak-anak pasti suka ni.
Ayam madu… Simple rasa pun sedap…sapa nk cuba ni saya kongsikan resepi nya..
Bahan-bahan:
Ayam 1/2 ekor potong ikut suka besar mana…
Butter 2 sudu mkn. Saya guna marjerin pelangi je tu yg ada stok..
Sos tiram 1 sudu mkn
Madu 3 sudu mkn
Cili giling 1 sudu mkn
Sos cili 1 sudu mkn
Sos tomato 1 sudu mkn
Cara-Cara nya :
Cairkan butter, lepas tu masuk madu, sos tiram, sos cili, sos tomato, cili giling…gaul sebati… Pastu masuk ayam…tutup dan kecik kn api..biarkn ayam masak n sos jadi pekat likat dan ayam masak seperti gambar d atas… Ala2 kena bakar gitu.. Siap boleh mkn nasi ayam or nasi panas2… Saya mkn dgn nasi putih je.. Potong timun.. Ngappp.
Sumber: Mar Che
“Kakak Tak Kaya Tapi Sebelum Meninggal, Kakak Nak Tinggalkan Sesuatu…” Khiriah Tawar Khidmat Van Jenazah Percuma!

Seperti mana yang ramai maklum, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie telah pun mengumumkan hasratnya untuk melepaskan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya bagi dijadikan van jenazah.
Lebih menyentuh perasaan bila pelakon siri drama popular ‘Nur’ ini menawarkan perkhidmatan van jenazah secara percuma bagi pihak yang memerlukan. Bukan itu sahaja, bahkan Khiriah bersama suami dan team menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah turut menguruskan jenazah dari mandi, kafan, solat dan hinggalah ke tanah perkuburan tanpa sebarang bayaran.
Ini seperti mana memetik entri di akaun Instagram pelakon wanita ini, yang sering mohon didoakan agar niat dan hasratnya dipermudahkan Allah.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah…Sedia berkhidmat, perkhidmatan vanjenazah percuma @nurbykhiriah.. Terima kasih juga pada yang sudi menyumbang.
“Doakan akak semoga usaha kecil ini dipermudahkan ALLAH.. terima kasih encik suami dan jemaah @suraualikhlaspalmspring.. terima kasih ALLAH. Salam Jumaat salam penuh keberkatan, “ tulisnya.
Seperti apa yang pernah dimaklum oleh Khiriah sebelum ini, bahawa niat murni itu dilakukan sebagai ‘bekalan’ untuk ditinggalkan sesudah meninggal dunia nanti.
“Lama akak tak UP pasai Van Jenazah Akak..takut ada yang terlupa..PERCUMA..Untuk Semua..dari mandi,kafan,solat sehinggalah ke TANAH PERKUBURAN..takyah bayar pape tapi DOAKAN @pertubuhanamalnurbykhiriah dipermudahkan Allah..Aamiin Yra,’ tulisnya lagi.
“Mohon doakan kakak, bohong kakak cakap kalau tak takut #vanjenazah..kakak tak kaya tapi sebelum meninggal, kakak nak tinggalkan sesuatu buat semua,” tulis Khiriah menerusi keterangan video di Instagram.
Pengikut laman sosial rata-ratanya menyokong usaha yang dilakukan Khiriah dan turut sama mendoakan agar usaha murni beliau dipermudahkan dan mendapat keberkatan ALLAH SWT.
Tambah Khiriah lagi buat mereka yang memerlukan perkhidmatan yang ditawarkan, beliau boleh dihubungi di talian 0122058005 atau 0128005996.
Manakala untuk sebarang sumbangan boleh salurkan ke Bank Islam atas nama @pertubuhanamalnurbykhiriah 12140010018156. “Terima kasih semua..Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian,” tulisnya.
Sumber & Foto : Instagram @khiriah17
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera! di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Dekorasi Bilik Anak Lelaki, Idea Ini Sesuai Untuk Guna Sampai Dewasa

Dekorasi Bilik Anak Lelaki, Idea Ini Sesuai Untuk Guna Sampai Dewasa
Bagi ibu-ibu yang ingin memilih jenis dekorasi bilik anak lelaki, pilihlah dekorasi yang boleh ‘bertahan’ hingga mereka dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Anis Syuhada. Moga idea yang diberikan oleh pereka dalaman ini mampu membantu ibu-ibu memilih dekorasi yang sesuai untuk anak lelaki masing-masing.
TIP DEKORASI BILIK ANAK LELAKI
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOT yang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTING pastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.
Sumber: Anis Syuhada
Biasa Coconut Shake Diminum, Kali Ni Jadikan Aiskrim Paling Gebu Pula. Sekeluarga Sukakannya!

Menikmati keenakan rasa coconut shake dengan rasa yang cukup lemak manis dan berkrim tiada siapa mampu menolaknya. Lebih-lebih lagi jika cuaca panas, andai dapat dihirup alangkah puas rasa di hati.
Pun begitu selain minuman coconut shake ini yang menjadi kegemaran ramai, jika dijadikan aiskrim tidak kurang hebatnya. Jika anda ingin mencubanya untuk dinikmati bersama keluarga tercinta, apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Norhafiza ini.
Membuatnya juga tidak susah dan untuk itu, jom teliti cara membuatnya dan bahan-bahan yang digunakannya.
“Aiskrim malaysia perisa coconut shake gitu haaa nama dia… Saya sertakan resepinya di bawah..” –Norhafiza
Bahan2 yang diperlukan :-
– air kelapa serta isinya
– air kosong
– susu cair 1 tin
– susu pekat 1 tin
– gula ikut kesesuaian
– secubit garam
– ovalette 2sb
– tepung jagung sesenduk bancuh dan tapis
Cara buat :
- Asingkan isi kelapa..isi kelapanya jangan lah terlalu muda tau..kalau rajin buangkan yg koko2 tu..xrajin hentam jala.. basuh bersih dan toskan.
2.Isi tadi kita blendkan dia.. jangan terlalu hancur.. bila tergigit isi baru rasa…walllaaaaaa gitu.
3. Campurkan air kelapa,air,susu cair,susu pekat,garam,gula..gaul dulu.. kemudian ambil sedikit campuran air ni blendkan dengan ovalette.. lupa pulak nak snap gmbar yg cantik gebu lepas blend..masak atas api..pastikan periuk yang you all gunakan suci murni dari segala bau.. kalau guna periuk kuah laksa..kau rasakan sendiri coconut laksa . Masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kacau selalu untuk elak hangit.
4.Sejukkan bolehlah dipacking ikot kerajinan anda.. kalau nak lagi gebu sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan..mixer sampai gebu gebas.
Ekstra info :
Sukatan tak payah risau agak2 je masak lepastu rasa..xcukop manis tambah gula.. nak buat ais kenalah manis..kalau manis2 buah nanti bila dah beku jadi tawar..
Semoga bermanfaat buat semua.
sumber : Norhafiza Othman via MAHN