Resipi Sihat & Sedap, Dr Pakar Otak Ni Kongsikan Resipi Pancake Teh Hijau!
Lempeng atau pancake yang dimasak dengan bentuk bulat yang comel, biasanya tidak pernah mengecewakan selera anak-anak. Apatah lagi bila disertakan bersama topping madu, coklat, aiskrim dan sebagainya. Nyata cukup menyelerakan hingga membuatkan seisi keluarga tidak sabar untuk menjamahnya.
Tidak hanya dengan perisa asli, rupa-rupanya pancake ini juga boleh dipelbagaikan dengan rasa teh hijau dan dicampur dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan ianya lebih berkhasiat dan mengenyangkan.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh doktor pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar di akaun facebooknya baru-baru ini.
Perkongsian resipi ini mendapat perhatian warganet sekali gus membuatkan mereka teruja untuk mencubanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jadi buat anda yang ingin tahu ramuan dan cara membuatnya, nyata menurut Dr Rizal begitu mudah untuk disediakan.
Ini resepi sihat nak buat pancake teh hijau.
Tak guna tepung putih. Tapi guna rolled oats. Elok untuk yang jaga berat. Bantu kenyang lebih lama. Kaya beta-glucan – bantu turunkan kolesterol dan gula dalam darah.
Untuk topping, boleh tambah madu, yogurt, blueberi dan kacang. Ikut selera sendiri. Memang merecik pekena masa breakfast. Bahan mudah nak dapat.
Bahan:
Susu segar
Madu
Ekstrak vanila
Rolled oats
Serbuk teh hijau
Telur
Serbuk penaik
Sedikit garam bukit
Minyak zaitun extra virgin (sapu pada kuali)
ARTIKEL MENARIK :
Ni Dia Air Lemon Dengan Macam-macam Resipi. Bukan Je Sedap Tapi Wanita Ni Amal Untuk Jaga Kesihatan!
Nak Kudapan Sihat Untuk Keluarga, Makanlah Kacang Tanah. Lagi Awesome, Buat Sendiri!
“Ni Resipi Saya Selalu Buat. Elak Lemak Berkumpul”- Dr Rizal Kongsi Amalan!
Cara buat :
1.Campur semua bahan basah kecuali minyak zaitun dalam pengisar. Kisar.
2.Kemudian, masukkan bahan kering dan kisar lagi sekali.
3.Pastikan adunan lembut. Biarkan adunan seketika.
4. Panaskan kuali leper guna api sederhana. Sapu sedikit minyak zaitun.
5. Cedok adunan guna senduk. Tuang dan biarkan setiap sisi selama 1-2 minit.
6. Terbalikkan dan angkat bila sudah bertukar warna perang.
Mudah bukan? Anak anak confirm suka. Kalau nak khasiat lagi berganda ganda. Boleh tambah sayur hijau.
Bila dah kisar, jadi tak nampak lah ada sayur dalam tu. Bolehlah cuba.
Sumber : Dr Rizal Abu Bakar
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club