Resipi Siakap Stim Lemon Thai, Simple Tapi Power. Sihat Pula Tu, Sesuai Yang Nak Diet. Lelaki Ni Kongsikan Caranya!

Share

Belum reda isu Siakap tapi bukan itu yang kita nak ceritakan di sini. Admin cuma nak kongsikan resipi ikan siakap yang cukup mudah caranya tapi sedap.

Siakap Stim Lemon Thai perkongsian daripada saudara Khairul Hakimin Muhammad tidak menggunakan bahan yang banyak. Semuanya sudah ada di dapur ibu-ibu.

Bagi yang tengah nak diet tu sesuai cuba resipi sihat ni. Ratah macam tu pun dah sedap. Jom cuba buat untuk hidangan seisi keluarga nanti.

Okeh gais kita buat resipi sihat lagi hari ini. Sambil-sambil work from home, kita usahakan yang terbaik buat keluarga okeh. Ok jom.

Siakap Stim Lemon Thai.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap.
2-3 ulas bawang putih dihiris nipis.
1 biji lemon.
1 sudu kecil lada hitam.
1 sudu kecil garam.
Bahan sos:
1 biji tomato.
Sedikit daun ketumbar.
1 ulas bawang besar Holland.
1 sudu besar gula kelapa.
Sedikit asam jawa.
1/4 biji perahan lemon.
Sedikit garam dan gula.
Sedikit cili. Mana suka pedas buhlah cili padi.

Cara-cara:

Hiris-hiris bahagian badan ikan begini.Kemudian salutkan dengan lada hitam dan garam. Dan disetiap hirisan tadi tu, masukkan bawang putih yang dihiris tu. Letak dalam pengukus, perah sebiji lemon di atasnya. Kukus dalam pengukus lah kheeen. Dalam 20-30 minit dah masak dah tu.Untuk sos, campur je semua bahan, siap!Tadaaa!Haa dah masak. Keluarkan dari pengukusBuh sos. Sedaaap! Selamat mencuba!

#ResipiKHM #ResipiOneCookies