Sudah jemu atau tiada idea untuk masak hidangan keluara, apa kata cuba menu yang simple ini iaitu Siakap Steam Chinese.
Nak buat mudah sangat. Ikuti resipi ni.
__________
Aku dah repeat banyak kali menu ni. Layan baqhang. Bahan-bahan pun mudah yakmat.
Aku dah pernah share sebelum ni, bagi yang terlepas dan yang belum pernah rasa, jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah ni.
Mudah sangat aihhh.
Bahan-bahan untuk projek kali ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam
Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
7. Siap dan hidangkan.
Mudah kan?
Aku kalau bab masak yang ringkas dan mudah ni memang aku suka lah. Paling best sebab cepat, tak sampai 15 minit dah siap.
Tengoklah gambar tu, sedap wehhh.
P/S: Banyak lagi resepi mudah dan sedap boleh korang tengok di Instagram @mynameiskhairul
Sumber: Khairul Abdullah