Resipi Siakap Kengsom Dari Thailand Ni Memang Sedap Hingga Menjilat Jari. Patutlah Mak Mentua Pun Suka, Siap Minta Resepi Lagi

Share

Biasanya ikan siakap dibuat amsak tiga rasa, stim dan juga digoreng begitu saja. Mungkin anda dah bosan dengan resipi ini, cuba pula resipi ini pula. Katanya datang dari Thailand, rasanya yang masam, manis dan pedas pasti membuka selera anda.

Bagi yang nakkan kelainan, tetapi resepi enak dan berkhasiat, jom cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom ni. Bagi yangbaru nak mencubanya, pasti akan menggemarinya. Malah resipi ini sangat bagus dan  patut dicuba terutamanya kepada mereka yang mahu berdiet.

Resipi ini dikongsikan oleh Emila Nadia‎ menerusi  Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Yang nak mencuba bolehlah salin resipi ni.


Ni menu minggu lps sebenarnya. Mak mertua ckp sedap, siap mintak resepi lagi. Meh la kita kongsi yer..

IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.

3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.

4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.

5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.

*** resepi asal dari blog azie kitchen. TQ