Bagi ibu-ibu yang sibuk pasti tak punya banyak masa untuk menyediakan masakan pada keluarga kan terutama sekali sarapan pagi anak-anak.
Apa kata ibu cuba buat sardin gulung crunchy ni. Selain mudah disediakan, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sekali gus kemudian frozen kan.
Bukan hanya untuk keluarga, boleh juga dijual untuk menambahkan pendapatan ni. Resipi ini dikongsikan oleh puan Noraslinda Md Radzhi. Selamat mencuba!
Buat nak hantar kt kedai kwn.. Bc msj baru kjap ni.. kwn bgtau dia cuti.. kwn msj malam td.. Sy tak bc sbb tido awal.. hihii.. Inti dah siap.. lepas subuh dah masak 😁.. Takpe.. teruskan buat.. frozenkan.. Esok pagi hantar kt kedai lain 😊.. Deal dgn adk tu.. Dia ok je
Alhamdulillah.. Allah bukakan rezeki di tempat lain..
SARDIN GULUNG RANGUP@CRUNCY
BAHAN²
7 biji cili api ( di hiris ).. kalau nak pedas lebihkan ye
1/2 biji ke tangkai ye 😅😅..Cili besar merah ( di hiris )
1 biji Bawang besar saiz sederhana dan 3 ulas bawang putih ( di hiris dan di cincang² )
Sardin tong besar
1 biji Limau kasturi
Gula dn garam
Bawang besar di hiris ( utk di campur bila inti dah nak hampir masak )
CARA MASAKNYA
Tumis semua bhn yg dah dihiris cincang td hingga naik bau
Masukkan isi sardin sekali dgn sosnya
Kacau.. hancur² ikan tu..
Masukkan hirisan bawang besar
Masukkan jus limau kasturi.. gula dan garam secukupnya
Kacau² kjap.. Inti dah kering.. siap
Kalau dah siap masak.. minyaknya banyak.. di tapis ye
Td akak tumis tak guna minyak bnyak.. akak tak tapis
Roti di gelek.. buang tepi kelilingnya.. tak nak buang pun boleh
Letak inti dan gulung..
Hujung roti lekat dgn bancuhan tepung gandum
Tepinya tekan dgn penggelek tart
Roti celup telur
Salut serbuk roti
Siap.. boleh di frozenkan