Tak perlu nak pening kepala fikirkan resipi apa untuk sarapan esok. Cuba buat Sandwich yang cukup simple ini tapi mengenyangkan. Anak-anak pasti suka.
Selain untuk sarapan pagi di rumah, menu ini juga sesuai untuk minum petang, atau disediakan jika anda sekeluarga mahu berkelah di luar. Cepat, mudah dan paling penting sedap. Itu yang penting kan.
Resipi perkongsian daripada Limau nipis ini juga tak banyak menggunakan bahan dan cepat pula untuk disiapkan. Jom cuba sendiri!
RESEPI SANDWICH MUDAH GUNA BAHAN-BAHAN YANG SIMPLE SESUAI UNTUK BREAKFAST DAN DINNER
Assalamualaikum semua. Kadang-kadang kita malas nak masak renyah-renyah dan nak masak masakan yg cepat tapi mengenyangkan kan?
Jom try resepi sandwich ni.SENANG, CEPAT DAN SEDAP. Resepi dan cara-cara step-by-step ada di gambar ya.
Campurkan telur, susu,serbuk lada putih dan garam, kacau sebati macam nak buat telur dadar tuPanaskan 1 sudu makan butter dalam kuali. Sebaiknya guna non-stick panSelepas butter dah cair, masukkan adunan telur.guna API KECIL sepanjang proses memasak. Terus kacau telur dan masak telur macam kita masak scramble egg, dan kacau sampai telur dah 80% masak tapi masih moist. Lepastu terus angkat dan letak scramble egg ni dalam piring.jangan tinggalkan dlm kuali nnt telur mengering.Sapu roti dengan marjerin. Tapi saya sapu sebelah bahagian roti sahaja sebab bahagian tu yg nak digrill nnti dan sebab saya taknak over masin.
Kemudian, susun sandwich. Roti > separuh cheese > scramble egg > separuh cheese > roti p/s pastikan bahagian yg disapu marjerin menghadap luar, sebab nnt kita nak grill bahagian luar rotiBoleh start grill roti. Pastikan guna API KECIL dan tutup kuali sepanjang proses grill supaya cheese boleh mencair.
Mula-mula grill 2- 3 minit sampai cheese cair dan bahagian bawah roti dah keperangan,
lepastu alih dan grill satu lg bahagian selama beberapa saat je sebab kuali dah panas masa ni.Dah perang macam ni boleh angkat!Boleh makan masa sandwich masih panas, baru sedap!
Ikan bilis cukup enak dijadikan perisa tambahan dalam hidangan baik masakan yang bergoreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Kerangupannya menambahkan keenakan rasa waiman dimakan begitu saja,
Tapi adakalanya selera jadi ‘terpotong’ gara-gara ikan bilis yang tidak rangup, lemau dan masih lagi kenyal ketika di makan. Sebenarnya ada cara mudah lagi pantas untuk merangupkan ikan bilis. Syaratnya kena buat dua perkara ini. Jom cuba!
# Langkah 1
Selepas dibeli di kedai, basuhlah ikan bilis anda hingga bersih dan jemurlah hingga ia kering. Apabila kering barulah disimpan semula ke dalam bekas. Jadi apabila hendak di goreng, ikan bilis tidak perlu lagi di basuh. Boleh dimasukkan terus ke dalam minyak yang panas. Jadi lebih rangup. Sila buat!
# Langkah 2
Ketika hendak menggoreng pula, pastikan minyaknya panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, yang siap dibasuh dan dikeringkan. Teruskan masuk sahaja ke dalam kuali. Kemudian ambil hujung sudu serbuk perasa ajinomoto dan tuangkan ke dalam minyak. Cuba petua ini dan confirm ikan bilis lebih garing. Tak percaya anda kenalah cuba.
Tip Perlu Tahu
Ikan bilis yang masih basah dan dibasuh sebelum proses menggoreng membuatkan ia kenyal dan tidak rangup.
Jika menggunakan api yang kecil, ikan bilis akan lambat masak dan mengambil masa untuk rangup.
Serbuk ajinomoto buat ikan bilis lebih cepat rangup. Pantas!
Sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, jika tidak lagi lambat proses memasak dan rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali melihat kisah anak yang terkorban nyawa dek kerana tercampak ketika kemalangan kereta pasti hati mak ayah sentiasa risau. Ketika itu barulah sibuk mencari carseat yang telah tersadai lama.
Mengapa baru ada kesedaran sedangkan hal ini wajib dilakukan mak ayah. Di negara-negara maju seperti Australia mewajibkan kanak-kanak bawah 12 tahun memakai carseat dan diletakkan di bahagian belakang dan bukannya di sebelah pemandu.
Betapa mereka mementingkan keselamatan kanak-kanak. Mengapa kita sebagai mak ayah tak memikirkan hal ini malah memandang remeh.
Cuba fikirkan nyawa anak jika apa-apa berlaku ketika pemanduan. BAHAYA! Itu yang ibu ayah kena tahu.
Walau macam mana cara sekalipun, anak menangis, tantrum dan mengamuk teruk, mak ayah kena pastikan anak sentiasa berada di dalam car seat. Ini yang sebaiknya.
Perkongsian oleh Khairul Abdullah mengenai tip nak biasakan anak dalam carseat ini kita kena ikuti. Berbeza cara dan pendekatannya. Jom ikut tipnya.
BIASAKAN SEJAK KELUAR HOSPITAL
“Anak-anak saya kalau masuk kereta nak balik kampung atau ke mana pun, paling lama bertahan sekitar 30-40 minit sahaja. Lepas tu memang akan lelap. Bila dah lelap maka suasana aman damai. Bolehlah borak-borak dengan isteri sekejap sebelum dia pun lelap juga.
Tak kisahlah, janji diorang dapat tidur nyenyak dan saya boleh layan rock kapak kat Sinar FM. Paling penting adalah betapa anak-anak lebih selamat ketika berada di dalam kereta dengan seatbelt terpasang kemas. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang pemanduan kita.
Mungkin kita dah cukup berhati-hati, tapi ada orang lain pula yang melanggar kita. Impak pelanggaran kereta ni walaupun perlahan tapi boleh buat kita dan anak-anak tercampak keluar dari kereta kalau tidak memakai seatbelt.
Kalau dah tercampak keluar, peluang untuk mati adalah lebih tinggi.
Memang benar, semuanya kuasa Tuhan, namun sebelum kita menyerahkan segalanya kepada takdir, kita harus berusaha terlebih dahulu kemudian baru bertawakal.
Usahanya ialah memastikan kereta berkeadaan baik, memakai seatbelt dan memandu dengan berhemah.
Ada yang cakap, anak saya susah lah tak nak duduk dalam carseat, nanti menjerit, tantrum dan sebagainya.
Memang tidak dinafikan yang mereka akan memberontak bagi yang tak biasa. Anak-anak saya sudah dilatih ketika hari pertama keluar dari hospital lagi, jadi tiada masalah buat mereka untuk duduk diam di dalam carseat masing-masing.
Bagi anak yang berusia 1-5 tahun dan baru hendak mula belajar menggunakannya maka ianya pasti sukar. Namun ianya tidak mustahil sekiranya kita sebagai ibu
bapa terus berusaha.
Berikut adalah beberapa tips asas yang mudah untuk dicuba.
1. Berikan yang terbaik.
Berikan anak carseat yang paling sesuai dan selesa buat mereka. Kita pun hendak duduk di kerusi empuk dan sedap untuk balik kampung maka mereka pun sama. Kalau beli yang murah tu dan rasa tak cukup empuk maka buatlah kusyen atau pelapik lain agar lebih selesa. Untuk carseat yang ada “3 point harness” ok, kalau booster seat jangan lapik sebarangan. Kalau mampu, belikan yang terbaik. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.
2. Mulakan dari kecil
Seeloknya, keluar dari hospital terus masukkan dalam carseat. Jangan didukung atau diriba oleh ibu di tempat duduk hadapan. Lagi awal didedahkan dengan carseat ni maka lebih mudah.
Setiap kali hendak menyusu maka berhenti dan keluarkan baby. Dah selesai masukkan balik dan teruskan perjalanan.
3. Biasakan
Kemudian biasakan mereka dengan carseat tersebut. Biar ada rasa “ownership”. Keluar kereta angkut carseat bawa ke dalam rumah, bila dia tengok tv ke layan youtube ke, membaca ke, suruh dia duduk kat dalam tu. Biar dia betul rasa selesa dan seronok di dalamnya. Biar dia hidup dengan carseat dia tu. Takpun waktu beli terus bawak ke dalam rumah biar dia biasakan diri duduk dan bermain dengan seat tu lalu tak berasa takut atau pelik dan kekok.
Biar dia rasa carseat tu dia punya. Lekat nama dia, lekat sticker watak atau karakter kegemarannya. Biar dia bergaduh dengan adik atau abang dia mempertahankan carseat dia.
4. Kelengkapan
Sediakan kelengkapan di dalam kereta. Sediakan mainan atau bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh melekakan mereka. Makanan dan minuman juga penting namun pastikan ianya bukan makanan yang boleh membuat mereka tercekik. Ipad atau tab juga adalah item yang melekakan mereka, namun kalau boleh elakkan. Dah terpaksa sangat maka berikan gajet tersebut.
5. Rutin Peringatan
Setiap kali masukkan anak ke dalam carseat dan pakaikan seatbelt maka ceritalah tentang kepentingan penggunaannya. Selalu tekankan yang duduk di dalam carseat dan pakai seatbelt adalah penting dan sangat merbahaya kalau tidak menggunakannya. Cakap juga yang polis marah orang yang tak pakai seatbelt.
6. Waktu rehat.
Anak-anak juga mudah merasa letih dan lenguh apabila terlalu lama di dalam carseat. Kalau memandu jauh di waktu siang, maka berhentilah setiap 2 jam dan keluarkan mereka. Kalau mereka tidur maka boleh teruskan.
Sekiranya meragam, biarkan dahulu, namun apabila tidak terkawal atau hampir muntah ketika menangis maka berhenti dan keluarkan mereka. Biar mereka bertenang dan cuba kembali.
7. Puji-pujian
Jangan lupa untuk sentiasa memuji mereka setiap kali keluar dari kereta dengan mengatakan yang mereka sudah berjaya. Katakan yang anda akan masak sedap-
sedap atau belanja mereka makan dan sebagainya sebagai reward.
8. Tiada pengecualian
Tak boleh hari ni pakai, esok tidak, lusa tidak, minggu depan baru pakai balik dan sebagainya. Walaupun pergi ke kedai yang dekat sahajapun harus menggunakannya juga. Maksudnya, setiap kali anak-anak masuk ke dalam kereta maka mereka wajib duduk di dalam carseat dan memakai seatbelt.
Tiada pengecualian. Jangan si adik di dalam carseat, si abang duduk di depan bersama ibu atau sebaliknya. Jangan sampai ada anak yang merasakan yang dia kena “double standard”.
Anak-anak kena duduk dalam car seat sehingga umur 12 tahun.
*******************
Tips asas di atas adalah rutin. Ianya perlu dilakukan tanpa selang dalam apa jua keadaan sekalipun. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Kalau tidak rutin maka anak-anak merasakan yang ianya tidak serius dan mereka boleh “negotiate” dengan anda untuk tidak menggunakannya dengan melepaskan tantrum.
Walaupun diasuh sejak bayi menggunakan carseat, ketika umurnya 8 -16 bulan, mereka akan mula meragam dan tidak mahu duduk lama di dalam carseat. Maka tips nombor 3-7 harus dipraktikkan. Tetapkan hati dan terus mengamalkannya walaupun ribut dan badai melanda.
Namun, selepas anda berjaya melakukannya maka anda akan tahu betapa leganya dan senangnya hati anda memandu tanpa gangguan. Dapat bercinta suami isteri sambil makan jeruk Pak Ali tanpa perlu berkungfu dengan anak-anak.
Paling best nanti bila awak seorang diri, suami atau isteri tak ada pun awak boleh memandu dengan anak dibelakang tanpa gangguan.
Namun paling penting, anda telah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberi keselesaan dan perlindungan yang sebaiknya untuk anak anda. Kalau
apa berlaku anda tidak akan ralat lagi kerana telah mencuba sebaiknya.
Hendak memasak kari bukan senang. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah kuahnya jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh mak-mak kita? Perkongsian Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, boleh kita jadikan panduan untuk masak kari lebih umphh macam mak-mak kita.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?
Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kak Jee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kak Jee dan Uncle Pali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.
Kak Jee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kak Jee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kak Jee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kak Jee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
“Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
” Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Tak percaya korang cubalah. Begitu perkongsiannya.
5 Tips Ekstra
Berikut merupakan lima langkah yang anda boleh ikuti untuk pastikan kari bertambah enak. Kena tahu lima cara ni.
Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah kari.
Dalam dunia perniagaan, kejayaan tidak datang bergolek. Ia menuntut pengorbanan, usaha keras, dan disiplin yang tinggi.Usahawan Hafiz Mahamad menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi...