Resipi Samperit Cream Cheese Corak Unicorn Ni Mudah Nak Buat. Tak Perlu Pakai Mixer, Guna Senduk Je. Cantik Terletak!

Share

Memasuki minggu kedua kita berpuasa, pastinya ibu-ibu sekarang sibuk membelek buku resipi untuk membuat biskut raya. Biarpun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun tak salah kalau nak menyediakan keperluan menyambut raya seperti sebelum ini.

Antara juadaha wajib ada adalah samperit. Pelbagai bentuk , corak dan rasa boleh dicuba oleh ibu-ibu. Terbaru resipi dari puan Yusliana Amoy‎ yang berkongsi resipi Samperit Cream Cheese dengan corak yang cukup menarik, unicorn. Admin pun teruja tengok. Jom cuba!

Semperit Cream Cheese 💜🌿

1st time buat hari tu asalnya saja2 utk mkn sendiri. Tp jadi sumber pendapatan plk pd musim PKP ni. Alhamdulillah.

Sy share resepi.

Bahan-bahan

🌸250 butter cup
🌸1/2 tin susu pekat
🌸5Og cream cheese tatura

Sebatikan bhn diatas. X perlu pakai mixer.
Pastu masukkan..

🌸400g tepung jagung
🌸3 sudu tepung kastad
🌸1 sudu esen vanila
🌸pewarna ikut suka.

Utk dptkn warna warni..asingkn 3 bhgn utk letak pewarna..masa nk tekan campurkn tiga2 warna.

Saya guna acuan tembaga saiz 13 .
Sekali adunan dpt 4 tray hitam yg dpt masa beli oven tu .

 

Slmt mencuba 🙋‍♀️