Resipi Sambal Kicap Stail Johor, Tahan Sampai 2-3 Bulan

Share

Sambal kicap memang selalunya menjadi ‘kawan baik’ untuk hidangan seperti pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah dimakan bersama bihun sup, soto dan juga ikan bakar. Sambal kicap stail Johor memang antara resipi sambal kicap yang paling padu.

Kalau anda ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ini. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja dan senang hendak buat. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam

ini. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok.

Resipi Sambal Kicap Stail Johor

RESIPI SAMBAL KICAP 

BAHAN-BAHAN:

20 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
1 sudu makan gula pasir
1/2 cawan kicap
(terpulang kicap apa, empunya resipi guna kicap jalen manis )

Tahan Sampai 2-3 Bulan

CARA MEMASAK:

1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.

2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung agar sebati.

3. Sambal kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.

INFO:

*Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.

*Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.

*Tip agar sambal kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah jangan sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja.

*Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .

*Petua orang tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api  untuk mengelakkan dari sakit perut.

Kredit resipi & foto: Ani Zam

Baca artikel lain yang berkaitan di sini: Wanita Ini Kongsikan Resipi Sambal Kicap Power Ibunya Yang Confirm Sedap & Tahan Lama. Memang Terangkat!

Resipi Sambal Kicap Letop Terlajak Sedap & Tahan Lama Kalau Ikut Cara Ni. Confirm Habis Licin!