
Nak buka selera seisi keluarga bukan susah pun, kalau menu tu kena dengan tekak memang terlajak nasi sepinggan. Seperti menu simple tapi sedap ini, kalau makan dengan ansi panas-panas memang bertambah jadinya.
Kalau ada ikan bilis dan belimbing buluh di rumah, cubalah resipi yang dikongsikan oleh puan Nazura Zainal Abidin ini.
Sambal Ketuk Ketuk Ikan Bilis Cili Api dengan Belimbing Buluh. Cubalah resipi ni 😊Sudah tentu bertambah makan nasi. Sedap sangat pedas manis n masam😋❤
Bahan-bahan
Cili Api merah
Cili hijau,
Cili merah sebiji
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 1 biji
Ikan bilis direndam dan ditoskan
Stok ikan bilis
Sedikit gula
Belimbing hiris halus.
Cara membuat:
- Goreng kesemua bahan dengan sedikit sahaja minyak sehingga kekuningan. Tidak terlalu rangup ikan bilisnya.
2. Ditumbuk lumat dan sedikit gula
3. tumbuk belimbing tu pecah pecah je
4. Memang sedap😋❤
“Ayah Tak Kisah Susah. Janji Anak Anak Tersenyum Indah.” Ustaz Hanafiah Jadi Rider Grabfood, Warganet Titip Doa & Kata Semangat!

Tersentuh hati melihat perkongsian yang dimuat naik oleh Ustaz Hanafi menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, beliau dilihat mahu menghantar makanan. Rupa-rupanya Ustaz Hanafi kini mencari rezeki sebagai penghantar makanan.
Janji Halal.. Bismillah.. Ayah tak kisah susah.. janji anak anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakkal. #kanserfighter
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek sebelum ini sering muncul di kaca televisyen menyampaikan kuliah-kuliah agama. Namun, selepas disahkan menghidap kanser beberapa tahun lalu, perjalanan Ustaz Hanafi dalam dunia dakwah sedikit terkesan, lebih-lebih perlu menjalani rawatan kimoterapi hingga menyebabkan fizikalnya berubah.
Bagaimanapun, kesakitan dalaman yang dihidapinya itu tidak menghalangnya untuk terus hidup.
Rata-rata warganet melahirkan rasa terharu dan memberikan kata-kata semangat buat ustaz Hanafiah untuk terus kuat.
Robiah Rosni Saya juga pesakit kanser servick stge 4 selalu nya ini lah nasib canser fighter berjuang mencari kos rawatan utk teruskan kelangsungan hidup ….moga Allah swt memberi kesembuhan dan kekuatan buat kita semua pesakit kanser yg masih lg berjuang dan xputus asa dgn rahmat Allah aamiin … in sya Allah
Noorleha Noorleha As salamuialaikum wbt.UH.ya allah beri kegembiran dan kesihatan yg sihat kpd UH.Semoga segala urusan di permudahkan.sesiapa dpt jumpa UH ni mesti rasa gembira juga tgk UH menjlnkan amalan yg terbaik.in shaa allah aamiin
Wan Wama Allahu Akbar ustaz… Moga Allah limpahkan rezeki y melimpah ruah serta kasih sayangNya seluas Alam buana… Moga Allah Jaga Dan pelihara ustaz sekeluarga.
Ida Aziz hargai la ayah selagi ada …rindu arwah ayah …semoga ustaz terus sihat …
Zareen Abdullah Kehebatan dan kekuatan ustaz belum tentu ada yg sihat mampu galas…. semoga allah permudah kan urusan ustaz dunia akhirat….semoga ketabahan dan kekuatan ustaz menjadi sumber bagi kami utk bangkit…. subahaallah walhamdulillah
Allahu akhbar
Fauziah Halil Semoga Allah mmberi kesihatan n sembuh sepenuhnya Ustaz. Moga usaha Ustaz ni mnjadi inspirasi pada mereka2 yg sihat tapi berat tulang…
Munawaroh Ahmad Othman Ustaz punya cara tersendiri, semoga menjadi inspirasi buat anak2 muda masa kini, sy doakan semoga segala usaha kearah kebaikan ustaz di berkati dan sentiasa didalam lindungan nya. Aamiin
Jusmarni Darwis Saya doakan ustaz di murahkan rezeki..dimudahkan segala urusan..dilindungi Allah dari musibah dan bahaya…yang peling penting semoga Ustaz diberi kesihatan yang baik.
Semoga dipermudahkan buat ustaz Hanafi dalam mencari rezeki buat keluarga.
Mudah Rupanya Nak Buat Blueberry Cheese Cake, Ini Resipi Bajet Hanya RM30 Aje!

Buat penggemar kek cheese tentu terliur melihat resipi kek ini. Tentu ada yang teringin untuk mencubanya. Jika membeli tentu harganya mahal. Jadi apa kata kita buat sendiri.
Kek ini sudah tentu sedap tapi dibuat dengan bajet tak sampai RM30 pun. Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi blueberry cheese cake. Jom cuba buat!
Blueberry Cheese Cake
Bahan Lapisan Bawah
8 keping biskut digestive (hancurnya guna lesung batu)
2 sudu besar mentega (dicairkan)
Cara Membuat Lapisan Bawah
Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam bekas.
Masukkan pula mentega yang telah dicairkan.
Gaul sebati. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Masukkan biskut ke dalam loyang dan tekan-tekan untuk dipadatkan.
Bahan Cheese
250 gram cream cheese tatura
2 sudu besar gula halus
2 biji telur ayam
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Jem blueberi secukupnya
Cara Membuat Cheese
Campurkan cream cheese dan gula halus. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur ayam. Putar lagi.
Masukkan jus lemon. Putar lagi.
Masukkan pula tepung gandum. Gaul rata.
Curahkan adunan ke dalam loyang berisi biskut hancur tadi. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit.
Selepas masak, biarkan sejuk dan letak jem blueberi di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: SuiSan Aliezsha
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Petua Hilangkan Bintik Hitam Pada Baju. Ikut Langkah Ini Ibu-Ibu, Tak Perlu Pening Kepala Lagi!

Pasti ada antara kita yang menghadapi masalah baju berbintik-bintik hitam kan? Ketahuilah itu sebenarnya kulat yang tumbuh pada baju akibat baju tersebut tidak kering atau lembap.
Dah basuh banyak kali pun masih tidak hilang? Jangan risau , kami ada petua untuk korang hilangkan bintik hitam tersebut. Ikut cara ini :
1. Campur cuka dalam setengah liter air
2. Rendam pakaian yang berbintik hitam ke dalam air campuran cuka semalaman.
3. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Sediakan air panas yang dah dicampur dengan limau nipis.
5. Bilas pakaian dengan air suam hangat campuran limau nipis tadi.
6. Biar pakaian anda seketika dalam air suam campuran limau nipis.
7. Kemudian, cuci kembali guna sabun atau detergen
8. Bilas guna air bersih
9. Kemudian, jemur sampai kering
Info
Asid pada cuka dan limau nipis dipercayai boleh menghilangkan bintik hitam atau jeragat hitam pada pakaian.
Tip elak bintik hitam pada pakaian
Kalau anda seorang yang kuat berpeluh, pastikan baju tersebut terus dicuci. Jangan biarkan terperuk dalam bakul.
Selepas cuci baju, jangan biarkan hingga dua atau tiga hari baru dijemur. Siap cuci terus jemur tau!
Pastikan baju yang dijemur kering dengan betul, jangan angkat selagi baju tidak kering.
Sumber mynewsvibes