Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Mak Mentua Lalu Pun Tak Perasan. Wow, Terlajak Mudah, Jom Cuba!

Share

Rasa tak lengkap hidangan kalau tak ada Sambal belacan. Sebab itu,  kalau nak makan kena ada menu i, barulah berselera kan?

Apabila ada menu yang satu ini barulah lengkap menikmati hidangan tengah hari. Silap-sila makan pun terlajak kalau sambal belacan benar-benar power. Terlalu menikmati dan melayan selera tak mustahil mak mertua lalu pun tak perasan. Inilah penangan sambal belacan.

Jadi kali ini kami kongsikan resipi sambal belacan yang disediakan oleh selebriti chef Sherson Lian untuk dicuba.

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

30gm belacan

5 biji cili merah

5 biji cili padi

150gm bawang kecil

150gm tomato-dibelah empat

4 sudu besar jus limau kasturi

1 sudu kecil cuka

1 sudu kecil gula

CARA-CARA MEMBUAT:

1.Panaskan minyak di dalam kuali.

2.Kemudian gorengkan belacan seketika.

3.Masukkan bawang kecil dan tomato. Kacau lagi seketika.

4.Angkat bahan-bahan tersebut dan kisar dengan menggunakan pengisar.

5.Perisakan dengan jus limau kasturi, cuka, gula dan garam mengikut citarasa anda.

6.Hidangkan sambal belacan bersama ulam-ulaman.