Kalau sudah namanya orang melayu, memang menu yang satu ini tak lengkap kalau tak ada. Dulu mungkin dimakan bersama ulam sahaja, tetapi sebenarnya sambal belacan ini banyak betul kegunaannya . Bermula sebagai sambal cicah untuk ulam-ulaman, pelengkap rasa kepada nasi goreng, ikan bakar dan sebagainya lagi.
Nampak macam mudah nak buatnya, tapi sebenarnya tak semua rasa sambal belacan menepati cita rasa. Ada terlebih masin, pedas dan sebagainya.
Hari ini admin kongsikan satu resipi sambal belacan untuk ibu-ibu cuba sendiri. Katanya, resipi ini mendapat permintaan ramai.
Tip untuk dapatkan sambal belacan yang enak katanya bawang merah, bawang putih serta belacan perlu dibakar terlebih dahulu.
Resepi ni tak dapat kat mana2, atas permintaan ramai saya cuba share jugak.
Ads
Bahan-bahan
-Senggegam cili api
-Sebiji tomato
-2 ulas cili merah
Ads
-2 biji bawang besar
-1/2 labu bawang putih
-1/4 genggam ikan bilis
-1 papan belacan
Ads
Cara membuat:
Semua bahan tu sangai sampai naik bau wangi.
Ok, tumbuk semua bahan tu campurkan AKAR KETUMBAR yg dah dibilas bersih dan limau kasturi 2 biji dibuang biji. Tumbuk semua bahan2 termasuk kulit limau.
-asam jawa di perah secukup rasa( pastikan bancuh sepekat mungkin supaya sambal tak cair)
-masukkan GULA MERAH 2 sudu besar. gaul hingga sebati. siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada memberi dan menerima, saling membantu dan hormat antara satu sama lain. Tidak ego dan hanya mahu mengikut pandangan sendiri semata-mata.
Namun menyebutnya mungkin mudah, tetapi melaksanakannya itu yang agak payah. Lebih-lebih lagi kita sudah terbiasa dengan segala beban rumah tangga diserahkan pada sang isteri.
Begitu pun, tak semua suami yang bersikap sedemikian. Perkongsian dari saudara Muhammad Hassan ini boleh dijadikan panduan dan manfaat buat pasangan suami isteri.
Ada sahahat saya cerita. Ada hamba Allah datang ke klinik nak pinjam duit RM100. Katanya terdesak sangat untuk perbelanjaan anak sekolah dan nak beli barang dapur sedikit. Sahabat saya keluarkan duit rm200 bagi hadiah. Dia terus menangis kata terima kasih.
Selepas beberapa hari itu dia hairan. Selalu rumput depan rumah ada orang potong,sampah ada orang buang,longkang kawasan rumah sentiasa bersih.
Terdetik nak tengok CCTV. Rupanya setiap kali kawan saya ini ada urusan diluar kota,hamba Allah ini yang bersihkan. Sebak kawan saya cerita,selepas siap bersihkan kawasan rumah,hamba Allah ini tadah tangan berdoa.
Begitulah Suami yang baik,bertanggungjawab buat apa sahaja demi keluarga. Sikit pun taknak anak-anak dan isteri susah,lapar. Dia tahu isteri dah banyak susah,dah buat segalanya untuk dia. Dia taknak isteri juga susah fikir risau tentang kewangan.
Saya ada sahabat di kampung siang malam kerja. Pagi hari dah kat reban ayam ambil upah masukkan najis ayam dalam guni untuk dibuat baja. Petang pula ambil upah potong rumput bagi lembu makan.
Sekarang bangun jam 4 pagi kerja sembelih ayam. Lepas zohor ambil upah parut kelapa. Tapi cukup sayang keluarga,solat jemaah tak tinggal. Pernah datang jumpa saya sebab mata merah. Rupanya jangkitan kuman dari najis ayam.
Sahabat ini pesan. Matt jangan susahkan anak isteri,biarlah kita susah untuk mereka. Jangan marah marah isteri walaupun kita penat. Dia lagi penat jaga anak,uruskan anak-anak. Isteri kau lagilah pernah kehilangan anak,lagi kena jaga emosi dia.
Sahabat.Begitulah seorang suami,seorang ayah. Sanggup buat apa sahaja untuk keluarga. Jika puan-puan penat uruskan rumahtangga,anggaplah suami lagi penat mencari rezeki. Anggaplah ini kebaikan yang termampu untuk kita buat terhadap suami.
Kemas rumah,jaga anak,basuh baju,basuh pinggan,masak untuk keluarga niat kerana Allah. Jika suami tak puji tak apa,kerana Allah tidak pernah lupa jasa baik seorang isteri terhadap suami dan keluarga.
Suami ibarat sayap kanan buat kita. Tanpa sayap ini kita tidak mampu untuk berdiri,apatah lagi untuk terbang. Doakanlah buat suami setiap kali masak didapur kemaskan rumah. Dia adalah hero yang akan pimpin keluarga kita ke syurga.
Sayangi suamimu,kerana sayangkan kamulah dia sanggup susah payah menjagamu.
-EncikMatt- #LelakiBurQa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Antara juadah minum petang atau sarapan yang menjadi permintaan ramai sudah semestinya, cekodok pisang. Bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa pun boleh habiskan berpinggan-pinggan cekodok pisang ini. Namun, apakah ‘rahsia’ cara buat cekodok pisang rangup dan kurang berminyak?
Ada orang cakap kalau kurang berminyak, cekodok pisang akan jadi keras, tetapi tidak apabila anda menggunakan petua yang dikongsikan ini. Jom kita cuba!
CARA BUAT CEKODOK PISANG RANGUP, JIMAT MINYAK
Bahan-bahan
-5 biji pisang besar-besar
-2 sudu besar majerin
-5 sudu besar gula pasir (boleh kurangkan ikut citarasa)
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil garam
*Semua bahan-bahan ni dilenyek sebati
Tujuan letak majerin untuk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng dan dia merupakan guard supaya minyak tak diserap ke dalam isi dan pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput-jemput pisang tu…
Dah lenyek dengan sebati, masukkan:
-2 cawan tepung gandum
-Gaul saja bagi sebati dengan pisang yang dilenyek
-TAK PERLU LETAK AIR
-Rehatkan dia kejap dalam 10-15 minit
Lepas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dengan api sedang-sedang slow ya. Kalau guna api kuat, confirm hangit dan tak masak dalamnya.
*Terliur bukan tengok kegebuan cekodok pisang ini? Lagi puas makan sebab kurang berminyak!
Sumber: Cik Pooja
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif.
Bila bercakap mengenai pemakanan sudah tentu melibatkan makanan yang berkhasiat. Salah satu makanan adalah ulam raja. Biarpun ia dikatakan makanan kampung tapi khasiat sungguh menakjubkan.
Malah tanaman ini mudah tumbuh dengan subur di tanam tepi halaman rumah.
Nak tahu khasiatnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai ulam ini.
Khasiat ulam raja
Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.
Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.
Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.
3. Kaya dengan sumber antioksida
Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.
5. Perlindungan terhadap tulang
Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.
6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.
7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb
Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.
Kesimpulan
Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.
Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...