Resipi Sambal Balado Yang Padu. Mudah & Sedap. Buat Stok Pelbagai Guna, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

Share

Jika ibu-ibu suka makan sambal, pasti resipi yang satu ini wajib cuba. Sambal Balado ini memang padu rasanya, mudah je nak buat. Boleh dimakan dengan nasi panas bersama ayam goreng, ikan ataupun dijadikan pes untuk nasi goreng.

Admin kongsikan resipi dari puan Mazliana Mazlan Selamat mencuba!

Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia.
Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.


Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.
Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!
Resepi sambal balado ala Indonesia
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)

Bahan-bahan :
1. 1 biji bawang besar
2. 1 biji tomato
3. 3 ulas bawang putih
4. 3 biji cili merah
5. 3 genggam cili padi (campur merah dan
hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
6. 2 inci belacan
7. 2 sudu besar gula
8. Garam secukup rasa
9. Minyak

Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil. Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.

Cara penyediaan: 

Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
Ini haaaa salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.

Selamat mencuba!