Menarik perkongsian resipi kali ini, hanya menggunakan satu resipi yang sama, ibu-ibu boleh sediakan 3 menu berbeza. Sama ada hendak dibuat roti puri, roti pita atau pun roti khubz. Secara tak langsung, bolehlah kita sekeluarga bersarapan dengan menu yang bervariasi dengan begitu mudah.

Tunggu apa lagi, jom buat dan ini infonya.

Alkisah roti pagi ni…Antara ketiga-tiga roti ni ada rasa yang berbeza..3 jenis roti dengan menggunakan 1 adunan yang sama… ada roti kubz, (oven), roti pita (bakar atas pan)
roti puri (goreng). Dan tersangat sedap bila digandingkan dengan kuah dhal dan sambal sardin india…walla!!

Resepi roti pita, khubz & puri

3 cawan tepung gandum
1+- cawan air (adunan dia macam adunan donat
2 sudu gula
sedikit garam
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu minyak masak/olive oil

IKLAN

caranya
1. Tepung gandum, minyak , garam dan gula dan yis dicampur bersama kemudian masukkan air…uli dalam 10 mnt dan perap adunan 1 jam
2. Ambil adunan dlm 50gm bulatkan ke semua dan leperkan
3. Adunan ni boleh digoreng utk dijadikan roti puri
Resipi Sama Je,Tapi Boleh Hasilkan Roti Puri, Roti Pita & Roti Khubz. Terbaiklah!
4. Boleh juga dibakar atas pan atau oven suhu 200c api atas bawah sehingga roti naik mengembang.
Resipi Sama Je,Tapi Boleh Hasilkan Roti Puri, Roti Pita & Roti Khubz. Terbaiklah!
Resepi sambal sardin india ni saya dpt dari aunt susela (indian) memang sambal ni sangat terangkat!

Resipi Sama Je,Tapi Boleh Hasilkan Roti Puri, Roti Pita & Roti Khubz. Terbaiklah!
sardin setin (sederhana besar saiz)

IKLAN

2 biji bawang besar dimayang
4 biji bwang putih mayang
sedikit halia potong nipis
2 sudu lada kisar/ serbuk lada
1 sudu kecik biji sawi
1 @ 2 biji tomato belah 8
daun kari
1 sudu kecil halba campur
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air

caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari dan lada kisar/serbuk lada
2. Masukkan pula bawang besar dan bawang putih serta halia. Kacau sebati sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Kemudian masukkan sardin dan lenyek/hancurkan sardin dlm periuk
4. Taruk tomato dan sedikit air.. sambal ni tak cair sangat dan tak pekat sangat ye. tomato dimasak sehingga layu
5. Last skali baru masukkan halba campur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula pengganti ajinomoto. siap…

IKLAN

Resepi Kari Dhal India

1/2 cawan kacang dhal rendam dahulu dgn air biasa
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
segenggam ikan bilis dibersihkan dan dikisar
1 sudu kecil jintan manis disangrai dan dikisar
5 tangkai cili kering digunting serong
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil biji sawi
sedikit kunyit debu
1 biji bawang besar potong mayang
2 ulas bawang putih potong mayang
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
sedikit minyak utk menumis
sedikit air
garam dan gula

caranya
1.Kacang dhal yang direndam di kisar separa halus (tak halus tak kasar)
panaskan kuali dan taruk minyak
2. tumis bawang putih dan besar yang dipotong mayang,daun kari, kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang ..nampak bawang dah layu masukkan bahan kisar …kacau hingga pecah minyak
3. masukkan kacang dhal dan air secukupnya sentaisa kacau utk elakkan ianya berkerak.
4. tambah air jika ia agak pekat masukkan biji sawi dan apabila dhal telah masak perasakan dgn garam dan gula dan siap dihidang.

sumber : Tahrunnisah Jali

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI