Resipi Roti Pisang Rangup, 15 Minit Dah Siap Masak

Share

Resipi roti pisang rangup cepat disediakan. Hanya dalam masa 15 minit siap untuk dinikmati. Sesuai disajikan untuk sarapan dan minum petang. Makan panas-panas memang sangat sedap!

Kalau mak-mak sudah tepu nak sediakan menu sarapan atau minum petang untuk seisi keluarga, apa kata cuba menu berasaskan roti

pula. Resipi roti pisang rangup ini lebih enak dinikmati bersama aiskrim.

Boleh cuba resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz  ini memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.

RESIPI ROTI PISANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)

15 Minit Dah Siap Masak

CARA MEMBUAT:

1. Sapu marjerin di atas roti.

2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.

3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.

4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.

5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.

6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.

7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

Baca artikel lain di sini: Santai Petang Bersama Menu Roti Bakar Pisang. Lemak Manis Rasanya, Bergandingan Pula Dengan Teh O Panas Lagi Layan!

Roti Tak Menjadi! Ini Tip Kena Ambil Tahu Sebelum Nak Mula Uli Doh

Tak Perlu Uli! Ini Resipi Roti Boy Paling Mudah Nak Buat. Yang Penting Sedap