Resipi Roti Pattaya Viral, Sedap & Mengenyangkan. Tak Susah Pun, Simple Je Guna 3 Bahan. Begini Caranya!

Share

Menu apa ibu-ibu sediakan untuk anak-anak pagi ni. Kalau masih belum ada, cubalah resipi mudah tapi sedap ini.

Roti Pattaya yang dikongsikan oleh puan Jnida Nyda hanya guna tiga bahan je. resepi Roti Pataya menjadi perhatian netizen dengan cara olahan yang cukup mudah tapi nampak sangat menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu!

ROTI PATTAYA 3 bahan.
Senang sangat nak buat!
Inti tak kisah nak pakai inti apa,sy buat inti sardin senang.
▶️inti sardin
▶️telur
▶️roti gardenia
.
Cara masak semua dalam caption ya.
Ni kalau buat untuk makan petang anak ni,laku keras ni 😘

-inti sardin (sy tumis dulu sardin ni,terpulang pada korang nak tumis atau nk letak mentah je)

Cara membuat:

  1. Panaskan pan dan tuang sebiji telur dan ratakan (ala ala nak buat pattaya)

2. Letakkan sekeping roti

3. Letakkan inti di atas roti

4. Tutup dengan sekeping lagi roti

5. Part ni mencabar!
Nak bungkus dia,boleh buat kuali terbang. Jangan nipis sangat ok,nanti dia pecah tak cantik.

6. Siap!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club