Menu apa ibu-ibu sediakan untuk anak-anak pagi ni. Kalau masih belum ada, cubalah resipi mudah tapi sedap ini.
Roti Pattaya yang dikongsikan oleh puan Jnida Nyda hanya guna tiga bahan je. resepi Roti Pataya menjadi perhatian netizen dengan cara olahan yang cukup mudah tapi nampak sangat menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu!
ROTI PATTAYA 3 bahan. Senang sangat nak buat! Inti tak kisah nak pakai inti apa,sy buat inti sardin senang. ▶️inti sardin ▶️telur ▶️roti gardenia . Cara masak semua dalam caption ya. Ni kalau buat untuk makan petang anak ni,laku keras ni 😘
-inti sardin (sy tumis dulu sardin ni,terpulang pada korang nak tumis atau nk letak mentah je)
Ads
Cara membuat:
Panaskan pan dan tuang sebiji telur dan ratakan (ala ala nak buat pattaya)
2. Letakkan sekeping roti
Ads
3. Letakkan inti di atas roti
4. Tutup dengan sekeping lagi roti
Ads
5. Part ni mencabar!
Nak bungkus dia,boleh buat kuali terbang. Jangan nipis sangat ok,nanti dia pecah tak cantik.
Kepada penggemar kek cawan, boleh mencuba resepi mudah ini. Lebih menarik resepi ini tidak mengunakan telur sebagaimana kebiasaan membuat kek. Malah, kek ini sesuai untuk anak mengalami ekzema yang alah kepada telur. Ikuti resepi mudah dan cepat ini yang dikongsi oleh Puan Wan Farihan Sulaiman. Berikut cara membuatnya.
CUPCAKE MUDAH TANPA TELUR.
1 cwn tpg gandum
1/3 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
1/2 gula halus
1sk baking powder
1sk soda bikabonat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn air panas mendidih
Cara membuatnya:
Gaul semua sebati, masukkan dlm papercup. Bakar 160’c / 20minit.. Boleh kukus / bakar dlm oven / air fryer.
Setiap kali bulan Ramadan tentu ada antara kita yang teringin untuk menikmati kuih onde-onde. Kalau dulu 10 sen sebiji, tapi zaman sekarang tidak akan dapat harga begitu. RM2 hanya berapa ketul sahaja yang dapat kita nikmati. Terasa tidak puas pula menjamahnya!
Jadi hendak puas hati, jom kita buat sendiri kuih onde-ponde ini memandangkan untuk menyediakannya tidaklah rumit. Sekali satu adunan, berbekas-bekas kuih onde-onde dapat kita hidangkan kepada seisi keluarga. Memang berbaloi dan puas hati.
1.Gunting kasar daun pandan, kisar dengan air dan tapis dan ambil airnya. Ketepikan.
2.Masukkan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit.
3.Masukkan pewarna hijau dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.
Kemudian potong gula nisan atau gula Melaka kepada kiub kecil.
5.Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup.
6.Kemudian ambil sedikit doh, uli bulat dan leperkan. Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan semula.
7.Panaskan air dan masukkan kuih onde-onde ke dalam periuk dan biarkan sehingga timbul. Gunakan api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.
8.Bila sudah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
Ekstra tip : Masa mengentel jangan terlalu besar tepung pulut tu, saya siap timbang nak balance gula dengan tepung (15 gram )
Halia selain menjadi bahan wajib dalam kebanyakkan menu masakan, diakui juga halia banyak digunakan dalam petua nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Sama ada diamalkan untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan agar tidak berangin dan sebagainya, malah bukan perkara pelik bila mana halia juga berfungsi dalam penjagaan kecantikan.
Oleh itu, ini apa yang kami rasakan menarik untuk diketengahkan dan dicuba oleh anda sekeluarga. Jom semak.
#KECANTIKAN
Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita jika mahu badan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan sebagaimana yang dikongsikan resipinya menerusi akaun fb Noor Mila.
Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
10 Batang Serai
Halia dibakar lalu dibersihkan
Gula Melaka
Air 4 gelas
Sedikit Garam
CARA MEMBUAT:
1. 10 batang serai di ketuk dan halia di bakar terlebih dahulu. Kemudian, bersihkan halia tersebut.
2. Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan air 4 gelas air hingga masak.
#KESIHATAN
Selain halia sering dijadikan air rebusan untuk pelbagai kegunaan kecantikan dan kesihatan dalaman , mungkin jarang mengetahui bila mana halia juga dikatakan boleh elakkan serangan asma.
Ini sebagai mana yang dikongsikan Mulianis Ahmad yang juga penghidap asma, dia punya caranya sendiri untuk mengelakkan serangan ini. dansalah satunya adalah amalan Telur Dadar Halia yang diperolehinya daripada seorang ibu berketuruan Cina yang berkongsikan resipi ini.
” Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.
Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu.”
Bahan:
2 biji telur
2 inci halia -ditumbuk
Sedikit garam
Caranya:
1. Tumbuk halus halia tua.
2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.
3. Goreng hingga garing.
Apa yang pasti, petua lama nenek moyang kita memang banyak menggunakan halia ini. Untuk itu, ada baiknya jika kita sendiri menanam halia tersebut untuk kegunaan yang lebih menjimatkan. Nak tahu cara menanam halia lebih mudah dan berganda tuaiannya bolehlah klik di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.