Makan

Resipi Roti John Homemade, Tak Susah Pun Nak Buat

Share

Roti John merupakan hidangan ringan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di bulan Ramadan. Selain beli di bazar Ramadan boleh buat homemade di rumah. Tak susah pun.

Kalau sudah tahu resipinya, tak perlu lagi beratur panjang untuk membeli di bazar Ramadan. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!

Resipi Roti John Homemade

Tak Susah Pun Nak Buat

BAHAN-BAHAN:

Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.

2. Sapukan planta pada roti. Ketepikan.

3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.

4. Tekap roti di atas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.

5. Bila dah masak, angkat.

6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.

7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad