
Isi Kandungan
ToggleRoti John merupakan hidangan ringan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di bulan Ramadan. Selain beli di bazar Ramadan boleh buat homemade di rumah. Tak susah pun.
Kalau sudah tahu resipinya, tak perlu lagi beratur panjang untuk membeli di bazar Ramadan. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
Resipi Roti John Homemade
Tak Susah Pun Nak Buat
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan planta pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti di atas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Air Barli Halia, Sesuai Sejukkan Badan Panas & Demam. Anak Kecil Pun Boleh Minum! Ini Caranya

Bila demam, badan pun akan jadi panas lain macam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama seperti minum air barli halia.
Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini. Jom lihat cara membuatnya di bawah!
AIR BARLI HALIA
Bahan-bahan:
Barli
Halia
Air
Gula batu
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.
3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian baru letak gula batu dan biarkan sampai gula larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.
4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan air sikit dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.
Tips:
Kalau masa rebus tak guna gula batu, boleh campur madu sikit masa nak minum. Kalau tak campur apa pun tak apa. Macam air suam saja rasa dia.
Ni anak kecil pun boleh minum. Bila badan anak panas, elok bagi minum. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.
Sumber : Effy Sueffy
Belajar Buat Kek Coklat Hari Jadi Anak. Siap Hias Macam Di Kedai! Ikut Cara Perkongsian Wanita Ini

Biasanya kita akan membeli kek untuk meraikan hari jadi anak. Tentu harganya agak mahal. Tambahan pula jika ada hiasan untuk mencantikkan kek tersebut. Jika mempunyai anak ramai tentu pening juga bila memikirkan bajet untuk membeli kek. Oleh sebab itu, ramai yang lebih gemar membeli satu keping kek untuk meraikan hari jadi anak-anak atau menggabungkan hari jadi anak-anak dengan membeli sebiji kek.
Selain itu, mungkin kita boleh membuat sendiri kek hari jadi anak. Biasanya kita akan membuat kek tanpa ada hiasan pada kek itu. Tapi kali ni kita boleh buat sendiri di rumah. Kek pun dah macam beli di kedai!
Sebagaimana perkongsian ini yang menyediakan cara membuat kek hari jadi anak. Huraian membuat kek yang disediakannya sungguh detail. Boleh lah cuba buat sendiri!
__________________________________________________________________
Mood mengekek. Mak2 asal birthday anak, mesti ada hati nak buat kek birthday sendiri. Kadang2 jadi, kadang2 tak jadi. Jadi hari ni Sis nak share resepi dan tips buat kek coklat yang mudah. As usual, memang panjanglah cerita Sis. Sis tak pandai tulis pendek2. Tak rajin baca, beli je.
Chocolate Sponge Cake:

4 biji telur Gred A
150gram gula
150gram tepung kek
20gram serbuk koko
70gram air
50gram minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
1+1/2 sudu teh baking powder
2 sudu teh ovalette
Cara penyediaan:
Mix telur, gula dan ovalette sehingga kembang, pekat dan putih.
Masukkan kesemua bahan lain kecuali minyak dah mix lagi sehingga sebati dalam 2/3 minit.
Masukkan minyak dan kaup rata menggunakan spatula/sudip kayu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 7 inci yang telah dilapik dengan baking paper. Hentak2 loyang.
Bakar dalam oven dengan suhu 160° atau 170° bergantung oven masing2. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Api atas bawah. Bila cukup masa, cucuk dulu kek tu dengan lidi nak check dah masak ke tidak. Jangan terbalikkan tanpa check. Kalau tak masak, kan dah hancur lebur.

Bila dah masak, keluarkan kek dari loyang. Bila dah suam, bahagikan kek kepada 3 bahagian. Atau ikut berapa tingkat kita nak.
Chocolate Whipped Cream:
750ml non-dairy whipping cream
180gram dark compound chocolate (cairkan dengan kaedah double boiler dan biar suam sikit)
Pukul whipping cream sehingga kental dan masukkan coklat yang dah dicairkan. Mix bagi sebati. Boleh terus digunakan.

Tips layer:
Kek Whipped cream Kek Whipped Cream atas sekali dan cover seluruh kek.

Kemudian hiaslah ikut suka. Boleh rujuk gambar2 di internet untuk inspirasi. Sis hias dengan grated chocolate je. Senang kita nak tutup kecacatan masa lepa kek. Yelah. Kita belum terer, mesti tak licin lepanya. So pandai2lah ye. Guna chocolate rice pun boleh.

Rotatin cake stand tu boleh pusing2. Senang lepa kek. Tapi kalo takde pun takpelah utk kita2. Boleh tengok youtube macam mana orang deko kek
Tips:
Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Orang kata jangan kena air, nanti dia keras. Sis tak pasti yang ni sebab tak pernah jadi lagi. Tapi ikut jelah ye. Bukak api pelan2 je. Jangan mendidih2 air tu nanti terpercik masuk dlm bekas coklat. Asal air panas, cukuplah.
Cara nak pukul whipping cream pun kena belajar gak. Kena pukul masa sejuk. Tapi janganlah berketul2 ais2 lagi kat dalam tu. Whipping cream ni simpan kat bahagian atas peti sejuk. Kena freeze. Tapi kalau nak guna, keluarkan awal2 bagi dia cair balik, tapi masij sejuk. Goncang2 kotaknya tu bagi cream kat dalam tu sebati. Tak boleh kurang mix. Tak boleh terlebih mix. Kalau terlebih, whipping cream jadi berketul mcm butter. Susah nak lepa kek nanti. So kena belajar consistency yang betul. Tengoklah tutorial, baca tips. Pukul dalam bekas besi yang dah disejukkan terlebih dahulu. Supaya lebih cepat gebu. Kalau tak sejuk, lambat nak jadi.
Kalau lepas masukkan coklat yang dicairkan tu dan dah mix sebati, at one point, mungkin whipped cream akan jadi terlalu kental dan keras sedikit. Sebab coklat tu. Jangan risau, tambah lagi whipping cream sikit dan mix lagi sebati. Mix sekejap je. Nak cairkan semula whipped cream tu supaya mudah kita nak lepa kek.
Mostly ada sapu sugar syrup atas lapisan kek sebelum boh whipped cream. Untuk jadikan kek moist. Kalo rajin, boleh buat. Kalau tak nak pun takpe.
Boleh lah cuba buat kek hari jadi anak. Selamat mencuba!
Kredit: Khairunnisa Mohammad
Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury Ini Memang Superb.

Masakan kek memang menjadi idaman setiap orang. Salah satunya Kek Batik Indulgence Cadbury.
Ikuti perkongsian encik Muhamad Ali hingga mendapat share 3K
Atas permintaan ramai sgt yg nk resepi jadi sy kongsikan resepi dari ibu saya. Dia izinkan sy share kepada semua yg nk try buat kek batik ni. Ini CARA IBU SAYA yang tak nak manis manis sgt. Milo pum kita tak letak tau..pasainya dan pakai cadbury dah as topping. Zaman skrg ni tak helok manis2 sangat. Janji rasa dia balance kita makan pun rasa semua bahan2 nya. Serious tak menyesal . Lepas makan pun takde rasa sakit gigi sebab manis..just nice. Tapi perlukan kesabaran yg tinggi sikit ja..tak banyak sikit je .
So sy share resepinya ya
.
Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi dari ibu Mr.Ali
Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
.
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
👉🏻4 telur
👉🏻200g buttercup/marjerin
👉🏻300 g biskut merry
👉🏻3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
👉🏻2 sudu gula
👉🏻4 sudu susu pekat
👉🏻Secubit garam
Cara2 nya:
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
.
Dah agak2 pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy n x lemau
.
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit
.
2- Cheese cream
👉🏻120g whipping cream
👉🏻Setengah sudu essen vanilla
👉🏻250g cream cheese
bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
.
3- Toping Cadbury
👉🏻120 g whiping cream
👉🏻3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nk masukkan yg coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 or 5 cube je coklat cadbury tu sbb tak nak bagi manis sgt.)
Beza tau cube dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Cube ni satu petak coklat cadbury tu ya..jangan tertuko
Double boil kan semua bahan2 di atas
Tuang atas cream cheese tadi
. Tinggalkan semalaman or 12 jam then boleh makan
Selamat mencuba!