Bukan hanya untuk keluarga, resipi ini juga boleh dijual untuk menambahkan pendapatan ni. Yang penting ia sedap dan ada tip bagaimana nak dapatkan hasil gorengan yang sempurna dan tak serap minyak.
Nak tahu caranya, boleh baca perkongsian dari Puan Siti Noor Hidayah Samah ini. Selamat mencuba!
ROTI GULUNG SARDIN
INTI SARDIN
-1 tin sardin (Sy ambik isi ikan je x ambik sos die pastu hancur2kan ikan)
-1 biji bawang besar (Cincang halus)
-3 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar mayonis
-Garam
-Gula
1) Tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
3) Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4) Perasakan dengan garam & gula.
5) Masak hingga sedikit kering.
6) Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
7) Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas2. Ketepikan.
BANCUHAN TEPUNG
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar tepung beras
-1/4 cwn tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yg spicy)
-2 sudu besar marjerin
-2¼ cawan air
*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.
*Tips x nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali mase goreng. Cukup sekali balik je.
Selamat mencuba😋😋😋
#feelfreetoshare
Patutlah Viral Sampai 100K ‘Share’, Puding Oreo Milo Viral Ni Sedap & Tepati Cita Rasa Seisi Keluarga. Wanita Ini Kongsikan Resipinya!
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Milo Oreo ini.
Air tangan dari Nurfarleena Shukor ini viral sehingga dikongsikan 100k dan mendapat tanda suka sehingga 8k. Nampak simple tapi sedap dan memenuhi citarasa seisi keluarga. Nak tahu caranya, jom tengok resipinya!
Atas permintaan ramai yang tergoda dgn puding milo ni, nah resepi … buat jangan tak buat
Puding Milo Oreo
Bahan
Serbuk agar2 clear 10gm
Air 4 cup
Gula pasir 1/2 cup (suka makan manis letak la 1 cup)
susu cair 1 tin
oreo 1 paket (krim jangan buang)
milo 1 cup (eyna campur serbuk koko sikit*)
Cara-cara:
1) Larutkan agar2 dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2) Masuk susu, kacau sampai didih.
3) Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4) Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5) Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.
6) Tunggu sehingga layer tu keras, garit2 kan pakai garfu diatas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo tu, dan susun biskut ikut suka byk mana atas layer putih tu.
7) Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam2 boleh masuk dalam esbok, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencubaaaa
p/s: eyna buat 1/2 cup gula dan oreo dalam 5 keping je sbb tak suka manis.
eyna pakai serbuk agar2 yang color coklat (ketua keluarga salah beli)tapi rasanya lagi nmpak menarik layer tgh tu, dun wori rasa still sama hihii
Kredit : Nurfarleena Shukor
Sebelum Anak Makan, Ibu Perlu Merasa Terlebih Dahulu. Ada Sebabnya & Wanita Ni Kongsikan. Sila Buat!
Kebanyakan ibu setiap kali memasak pasti merasa dahulu masakan yang dimasak. Selain untuk memastikan hidangan yang dimasak cukup rasa, sebenarnya ada kebaikan lain yang mungkin ada yang tidak tahu.
Ini dijelaskan lagi melalui perkongsian daripada Puan Sarah Saifuddin, ibu kepada lima orang anak berkenaan apa perlunya seorang ibu merasa dahulu makanan sebelum memberi anak makan. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Ok. Ini kisah benar yang pertama. Ada seorang suami yang suka memaksa. Memaksa isteri makan suapan makanan dari tangan dia selepas dia merasa dahulu makanan tersebut.
Tapi bila part isteri nak suapkan, suami tolak awal-awal. Kenapakah??
Sampai hati kan…
Suatu hari isteri tergerak bertanya.
“Kenapa abang taknak makan setiap kali saya suapkan?”
“Hehehe..
Sebab sayang tak rasa dulu makanan tu.”
“Kenapa mesti rasa dulu?”
“Sebab dah banyak kali suap abang, kena makanan masin ke pahit.
Takkan nak sembur makanan pulak?
Suami soleh macam abang kena telan je masin tawar.”
Erkkk…
Sadis kan?
Kalau fikir logik, betul jugak tu.
Kesianla kalau kena anak yang disuap. Sifat anak ni telus. Jujur.
Apa perasaan kalau time tu jugak anak menyembur? Of course yang terasa kecik hati dulu si ibu kan..
Tapi sebenarnya, Tahukah kita?
KENAPA IBU MESTI MERASA DAHULU MAKANAN SEBELUM ANAK MAKAN?
Selalu kan kita nampak mak memasak, cicip dulu makanan. Kadang cicip dari periuk terus, letak ditapak tangan.
Begitu juga untuk anak-anak. Rasalah dahulu. Biar makanan yang anak makan nanti adalah dari “sisa” makanan seorang ibu. Orang tua dulu pernah berpesan, biar anak makan sisa kita. Jangan kita makan sisa anak. Kerana bila anak yang makan dari sisa ibu, Anak akan lebih mengingati ibubapanya sekalipun dia tercampak jauh ke kerak bumi.
Tapi jika ibu yang makan sisa anak, terbalik jadinya. Pernah saya tanya perihal ini pada seorang ustaz. Tapi ustaz tinggalkan saya dengan senyuman dan membalas..
“Sebab itulah kalau ibu yang makan sisa anak , makanan yang tak habis, makanan tu tetiba jadi sejuk dan dingin.”
Bila difikirkan semula..
Kenapa Baginda Rasulullah saw minum dari cawan yg sama dgn Saidatina Aisyah ra. Betapa Baginda kasih pada isteri kesayangannya.
Mungkin begitu juga perihal mencicip makanan ini.
Anak, walaupun dah besar. Jangan malu suapkan makanan ke mulutnya. Kerana kesannya di hari tua, Suatu hari nanti dia kenang siapa ibu dan ayahnya..
Nampak kecil dan mudah. Tapi kesannya sepanjang zaman. Itulah sebab saya minta abanf-abang suapkan adik. Supaya bila besar, dia kasih sesama mereka.
Sumber : Sarah Saifuddin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Hati-Hati Bila Masuk Usia 40 Tahun, Ibu-Ibu Kena Lihat 5 Perubahan Kulit Ini.
Pada usia memasuki 40 tahun tanda-tanda penuaan sebenarnya akan semakin jelas kelihatan. Perubahan ini lebih ketara pada bahagian kulit terutama wajah. Namun, ia tidak seharusnya menjadi satu bebanan, bukankah tanda-tanda ini mampu memberi kesedaran pada kita.
Lagi pun mengapa perlu risau kerana di pasaran terdapat pelbagai produk yang membantu melambatkan tanda-tanda penuaan seperti berikut:
Kedutan dan garis penuaan
Dengan terjadinya penuaan,kedutan adalah tanda pertama yang paling jelas kelihatan dan harus diperhatikan. Biasanya ia mudah dialami oleh mereka yang memiliki kulit jenis kering.
Selain itu, di sekitar bawah mata akan mengalami garis-garis halus. Penebalan yang tidak sekata pada lapisan kulit ditambah pula kekurangan air pada lapisan bawah kulit akan mempercepatkan lagi proses kedutan pada kulit anda.
Kulit kusam
Kolagen bertindak menjaga kulit namun ketika proses penuaan berlaku urat semakin kendur dan kadar kolagen semakin menurun sekali gus menyebabkan kulit menjadi longgar dan tipis. Selain itu kulit akan kehilangan lemak dan jaringan. Lantaran itu, kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.
Kulit kering
Kulit menghasilkan sebum sendiri bagi melindungi dan mencegah kehilangan kelembapan kulit. Namun, seiring dengan bertambahnya usia, keupayaan kulit menghasilkan sebum semakin berkurangan sekali gus menyebabkan kulit mudah rapuh dan kering terutama di bawah sinaran matahari yang terik.
Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sejuk, iklim yang kering dan berangin mudah menjadikan kulit anda bersisik dan mudah menimbulkan rasa gatal.
Bintik hitam
Peningkatan usia sekali gus menyebabkan kulit seseorang turut mengalami perubahan. Antaranya, bintik-bintik coklat pada kulit kita pun akan mula timbul atau juga dikenali sebagai bintik-bintik hitam terutama di bahagian wajah.
Pada tahap awal bintik-bintik tersebut berwarna terang, namun pada akhirnya bintik-bintik tersebut akan berubah menjadi warna coklat sekali gus menjadi masalah pada kulit anda. Hal ini disebut dengan penuaan semula jadi.
Bintik-bintik ini juga boleh menyebabkan masalah ketika anda menyapu solekan pada wajah. Ia biasanya berlaku disebabkan pendedahan diri secara berterusan kepada sinaran ultra ungu atau terdedah pada sinaran matahari dalam tempoh yang lama tanpa menggunakan topi atau krim pelindung kulit wajah.
Liang-liang roma terbuka
Faktor genetik dan usia antara dua faktor utama yang membolehkan pori-pori atau liang-liang roma pada kulit membesar. Kebiasaannya, ia berlaku kepada mereka yang memiliki kulit tebal dan berminyak.
Terdedah lama pada sinaran matahari, kotoran, bakteria dan keanjalan kulit menurun juga antara faktor menyebabkan liang-liang roma membesar dan terbuka.
Tip untuk kekal muda
1. Lindungi kulit wajah daripada sinaran matahari antara langkah terbaik untuk mencegah kulit dari mengalami masalah penuaan lebih awal. Pakai krim pelindung cahaya matahari atau pelembap dengan SPF 28 atau lebih setiap kali anda berada di luar mahupun di dalam bilik berhawa dingin.
2. Merokok dapat menyempitkan pembuluh darah, yang mana dapat menurunkan aliran darah selain mengurangkan perjalanan oksigen dan nutrisi ke sel-sel kulit. Ia juga menyebabkan kulit anda menjadi kusam selain timbul bintik-bintik coklat.
Merokok juga menyebabkan proses penghasilan kolagen lambat pada kulit anda. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya, berhenti merokok.
3. Gunakan pelembap anti-penuaan, ia membantu meningkatkan kapasiti air pada kulit. Selain itu, Vitamin A yang turut membantu dalam menjaga kulit yang terhidrasi. Pastikan anda mendapat vitamin A dari makanan seperti keju, ikan Kod dan telur.
4. Penggunaan kosmetik juga dapat membantu memperbaiki tekstur kulit. Garis-garis halus dan kulit kedut dapat ditingkatkan dengan memperbaiki permukaan kulit (resurfacing) melalui kaedah dermatologi, pengelupasan kimia (chemical peeling), laser atau mikro dermabrasi. Peeling juga dapat membantu untuk meratakan warna kulit dan memperbaiki tekstur kulit.