Resipi Roti Canai Homemade, Lembut Sampai Petang, Tak Liat Macam Selipar Jepun
Roti canai telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Menerusi laman Instagram rasminya, Tasteatlas telah mengumumkan makanan kegemaran rakyat Malaysia ini sebagai makanan terbaik di Asia Tenggara
Roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia. Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas.
Sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India. Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.
Selalu kita makan roti canai di kedai, apa kata kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah. Nak makan pun senang, tak kiralah pagi, petang atau malam.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini, anda pasti puas hati bila dapat makan lebih roti canai bersama keluarga. Roti canai sedap dimakan dengan kuah dhal, kari dan sambal bilis.
ROTI CANAI HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A.
2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
Ads
3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati.
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit.
6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai).
Ads
7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing.
9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak.
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis.
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Memberi kepuasan menikmati juadah minum petang bersama keluarga, apa kata ibu-ibu mencuba menyediakan menu Puding Karamel ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, hanya telur, susu pekat, susu cair, gula dan esen vanila. Menu yang enak tersedia untuk dinikmati.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Siti Norazliana, jom dicuba.
Day 24 PKP : Puding Karamel
Cara mudah hanya menggunakan barang yang ada kat dapur je ..
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
5 sudu makan gula
Cara penyediaan :
Step 1 :Hanguskan 5 sudu makan gula terlebih dahulu ..Guna api sederhana ..Jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap ..Bila gula dah cair masuk air panas 10 sudu ..Masak sampai gula sebati & hancur ..Tutup api masukkan air gula tadi dalam loyang sejukkan ..Nak buat karamel ni perlukan kesabaran sikit ye
Step 2 : Kepuk manja2 telur sampai jadi macam ni
Step 3 :Pastu masukkan bahan lain & kacau sebati ..Tapis adunan terlebih dahulu ..Tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit ..
Pastikan loyang tutup bagi mengelakkan wap air masuk masa kukus . Dah siap sejukkan & simpan dalam peti ais sekejap baru boleh terbalikkan ..Kalau terbalik masa tengah panas nanti dia akan pecah ..Selamat mencuba
Jika ditanya, apa menu lain yang boleh disediakan andai ada lebihan nasi? Mungkin jawapan paling popular adalah nasi goreng. Pun begitu andai inginkan kelainan, apa kata sediakan menu apam nasi ini.
Menyediakannya juga mudah dan pastinya anak-anak teruja untuk menjamahnya. Jom semak perkongsian resipi ini.
Resipi Apam Nasi
bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air suam
3/4 cawan gula halus
(Blend 3 benda ni)
Kemudian masukkan
1 cawan tepung Beras (saya guna cap JATI)
1 cawan tepung gandum (saya guna cap FAIZA)
1 sudu besar yis mauripan
(Kacau sebati)
Akhir sekali masukkan
Setengah sudu kecil garam halus
(Kacau sebati)
Peram setengah jam – 1 jam
(Dalam bekas bertutup rapat)
Cara memasaknya:
Tuang dalam acuan yang dah disapu dengan minyak.
Kukus selama 15 min (pastikan air sudah mendidih baru letak adunan untuk dikukus)
Selamat mencuba
sumber : Nurul Izzah Joelati via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedapnya kalau dapat makan pancake yang gebu dan comel bukan? Ditambah pula diletakkan topping coklat meleleh, pasti membuatkan rasanya begitu enak dinikmati tanpa mengira waktu.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.